Saturday, September 9, 2017

Apa lagi hujah PAS untuk menghalalkan persenyawaannya nanti?

Apa lagi hujah PAS berkempen?
SM Lebai   -   8 Sep 2017, 2:09 tengahari
Tiada siapa yang arif politik, boleh menafikan perubahan gaya berpolitik PAS pada hari ini. Lebih-lebih lagi apabila perubahan itu dicanang oleh PAS sendiri. Matang dan sejahtera.

Perubahan itu dihebahkan sebagai ke arah menghayati ukhuwwah Islamiah umat Islam, demi kebaikan dan bukan bermatlamat politik. Itu kata dulu-dulu.

Sebagai parti politik, apakah PAS langsung tidak meneliti posisi dan pulangan politiknya ketika mula bersalam dan berlaga pipi kanan dan kiri dengan Umno?

Jika PAS masih mahu mendakwa silaturrahimnya dengan Umno tiada kaitan politik-inilah yang dipercayai oleh pemuda-pemuda PAS - ia adalah antara dua; PAS (pasca 2015) naif berpolitik atau PAS sedang berbohong di siang hari.

Sama ada silaturrahimnya dengan Umno diambil kira atau tidak (gagal berunding), PAS makin terdesak dengan jalan-jalan berliku yang diambilnya.

Cuma ia beruntung kerana ramai pimpinannya di kalangan ustaz-ustaz yang dipercayai anak muda mereka, 'menerima' warkah rabbani dalam parti itu. Keputusan politiknya 'dibimbing' dari langit. Jauh lebih terpimpin.

Justeru anak-anak muda PAS tenang, yakin, wala, sabat, istiqamah dan berterusan dengan tarbiah, tidak akan rebah. Tanpa tarbiah, pasti rebah.

Sedang pemimpin mereka mengakui parti itu boleh rebah hanya dengan berlakunya tiga penjuru di mana-mana tempat ia bertanding. Maka pemimpin PAS mula terdesak berhujah. Sebenarnya terdesak mencipta persepsi kambing hitam.

Label khianat adalah pelan paling awal dalam mencari kambing hitam. AMANAH punca runtuhnya kerajaan Islam Kelantan. Itu canangnya nanti.

'DAP menguasai Pakatan Harapan' adalah hujah yang membawa kepada fasa baharu silaturrahim PAS dan Umno. Untuk kekal memburukkan HARAPAN, DAP dimomokkan dengan sekularisme dan Kristian evangelis. Mesti dijauhi.

Owhh, apa yang berlaku di Selangor adalah pengecualian. Ulama Fiqh memang biasa berbuat demikian. Hukum tidak mutlak. Titik. Jangan membantah.

Akhirnya situasi persenyawaan PAS dan Umno mula selesa. Sama ada perkahwinan itu menjadi kenyataan atau tidak, itu tidak penting bagi Umno. Umno sudah mendapat. Berbaki PAS, tanpa persenyawaan itu, PAS akan mula kehilangan. Cumanya, PAS pemalu. Malu besar.

Apa lagi hujah PAS untuk menghalalkan persenyawaannya nanti?

4 comments:

  1. Bukan nanti,sekarang pun tgh berzina setiap ketika..
    Geli geli tapi tak mengaku sedap

    ReplyDelete
  2. Serangan dan fitnah terhadap PAS menunjukkan PAS adalah parti yang amat digeruni terutamanya DAPigs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap Pas kata mahu lawan Umno, sekejap lagi ada pemimpin lain kata mahu berbaik dengan Umno.

      1) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi keluarkan kenyataan melarang ahlinya dari menyerang Umno.
      2) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi semakin lebih mesra Umno.
      3) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi siang malam dia serang DAP!
      4) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi tidak mahu rampas kuasa Umno.
      5) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tetapi tidak kemaruk kuasa perintah Negara, kata Hj Hadi.
      6) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi presiden Pas kata dia mahu jadi penasihat BN!
      7) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tetapi Majlis Syura Ulama menetapkan kerjasama Pas-Umno.

      Itulah beberapa kepelikan politik matang yang Pas amalkan.Nak lawan Umno tapi tak serang Umno, sebaliknya serang PH! Memang Pas parti menggerunkan. Pas dengan Umno kan tak jauh...

      Delete
  3. Pimpinan pas hadi ust ust ug ade skandal dan penyelewengan takut terbongkar mati2 mahu bersama umnobn... pemimpin pas pertengahan ke bawahan perlu tinggalkan pas hadi.... masuk join pas tgna ia itu Amanah

    ReplyDelete