Wednesday, March 14, 2018

Sokongan warga Felda dalam hampir 100 peratus pada BN?

Mana bukti Najib jahat?
JANATUL FIRDAUS YAACOB21 FEBRUARI 2018
Razali bersama peserta di Seminar Jawatankuasa Permuafakatan Produktiviti dan Kualiti Kumpulan Felda, semalam

BANGI - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim membidas pembangkang yang sering memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Razali berkata, segala tohmahan dan fitnah terhadap Najib ditimbulkan semata-mata kerana pembangkang ingin mengambil alih tempat kerajaan.

Menurutnya, persepsi negatif yang ditimbulkan menyebabkan segelintir rakyat ingin menghukum Najib dan BN yang tidak bersalah.

“Pembangkang cerita Najib jahat, tak betul, rasuah, curi duit, kejam begini begitu, tetapi saya nak ingatkan bahawa tidak ada mana-mana undang-undang, institusi yang menghukum beliau (Najib) sebagai bersalah.

“Cuba fikir balik mana bukti Najib jahat, ambil rasuah semua ini kerana yang menimbulkan pemikiran ini adalah parti lawan yang nak kuasa Najib. Mereka nak ambil tempat beliau dalam pilihan raya sebab itu kata BN tak betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Jawatankuasa Permuafakatan Produktiviti dan Kualiti (JPPK) 2018 di sini, semalam.

Sementara itu Razali berkata, peneroka Felda diingatkan berhati-hati kerana pada PRU14 bukan sekadar memilih kerajaan memerintah, sebaliknya ia lebih kepada memilih majikan.

Beliau berkata, hanya kerajaan BN yang menjaga dan memastikan pendapatan peneroka Felda meningkat.

“FGV baik, Felda baik, Koperasi Permodalan Felda juga baik. Jadi tuan-tuan akan pilih majikan yang selama ini jaga tuan-tuan atau majikan baharu yang bercakap tidak henti-henti menghentam Felda?

“Kalau pembangkang jadi majikan, semua jawatan dan kedudukan tuan-tuan ini mungkin akan tukar sebab majikan baharu ini nak kurangkan penjawat awam,” katanya.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar turut menzahirkan keyakinan, warga peneroka masih lagi bank undi untuk BN.

“Berdasarkan rekod PRU13 Felda ada 54 kerusi parlimen, BN cuma tewas di enam kerusi tapi sekarang jadi tambah satu sebab Pagoh dah beralih arah," katanya.

Katanya, daripada 92 kerusi Dun BN cuma kalah 11 sahaja yang melibatkan kawasan Felda.

 “Dengan ini saya boleh beritahu bahawa sokongan warga Felda dalam PRU13 hampir 100 peratus dan sokongan ini akan berterusan pada PRU14 kali ini kerana orang Felda tahu dari mana kita datang dan ke mana kita nak tuju,” katanya.

4 comments:

  1. harap org felda gunakan akal. jgn kufur nikmat akal yg tuhan berikan

    ReplyDelete
  2. Mana dia tau..?razali ni bukan orang felda, atau anak felda, susah-senang org felda mana dia tau.setakat cakap je,org gila lg pandai bercakap

    ReplyDelete
  3. Orang Felda kalau lapar makan taik pemimpin UMNO kalau dahaga minum kencing pemimpin UMNO jugak. Nak harapkan generasi kedua banyak yang jadi mat gian. Kah kah kah.

    ReplyDelete
  4. Memang x salah lg kerana belum didakwa. Cerita BG ph memerintah...tau lah sape salah sape betul...x sabar nk undi PH Buat pertama kali.

    ReplyDelete