Wednesday, March 14, 2018

Insiden Lahat Datu: Menteri cuba beraksi sebagai komander melalui andaian-andaian yang bodoh - Patriot

Hishammuddin jangan dakwa insiden Lahad Datu sebagai kejayaan, kata Patriot
MALAYSIA DATELINE  -  March 14, 2018 9:33 am
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menempelak kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu membuktikan kejayaan kerajaan melindungi negara dan rakyat negara ini.

Hishammuddin, menurut laporan Bernama pada 11 Mac lalu mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika mengulas manifesto Pakatan Harapan (PH) berhubung keselamatan di Sabah.

Jelas Presiden Patriot, BG (B) Datuk Mohamed Arshad Raji (gambar atas), apa yang sebenarnya berlaku adalah bertentangan dengan apa yang didakwa Hishamuddin itu.

Kata beliau, insiden yang berlaku dari 11 Februari hingga 11 Mac 2013 itu disifatkan oleh ramai veteran dan pegawai kanan yang masih berkhidmat sebagai suatu kegagalan yang besar.

“Kegagalan berlaku dalam banyak perkara. Yang pertama, perkhidmatan risikan kita gagal mengesan kewujudan 200 militan bersenjata Sulu sebelum mereka menceroboh.

“Oleh kerana ia merupakan pencerobohan bersenjata pihak asing, tanpa ragu, arahan pertama sepatutnya adalah untuk menembak mati dan bukannya berunding.

“Malah jika terdapat alasan untuk berunding, sebelum rundingan dibuat, pasukan keselamatan kita sepatutnya telah masuk dan mendapatkan asas taktikal serta kelebihan,” kata beliau dalam kenyataan medianya kelmarin.

Tambah beliau, hanya selepas dua minggu rundingan yang gagal dibuat, barulah pasukan bersenjata kita diarah menyerang militan bersenjata Sulu tersebut.

“Patriot berasa sedih, kita terpaksa kehilangan 10 pegawai dan orang kita yang berani dalam pertempuran dengan militan berkenaan yang berakhir selama lima minggu,” kata beliau.

Menurut Mohamed Arshad, jika dari awal arahan terhadap keseluruhan operasi diletakkan di atas bahu general paling atas, komander sepatutnya, Patriot tanpa ragu merasakan keseluruhan operasi tersebut akan berakhir hanya dalam masa beberapa hari dengan jumlah musuh terbunuh maksimum dan kehilangan pada pihak kita pula minimum.

“Masalahnya ialah menteri dan orang awam kita cuba beraksi sebagai komander melalui andaian-andaian yang bodoh,” katanya.

Kata beliau lagi, Patriot tidak mempunyai masalah peribadi dengan Hishammuddin.

“Kritikan membina kami dilakukan dengan niat baik, bertujuan membetulkan keadaan dan membina negara yang lebih baik,” sambungnya.

2 comments:

  1. Mungkin ramai yg pernah tahu YB Tian Chua menuduh insiden di Lahad Datu adalah satu sandiwara UMNO.

    Kenapa ye?

    Kenapa ada rundingan sebelum 'perang' berlaku. Apa yg dirundingkan?

    Ada laporan mengatakan mereka, Tentera DiRaja Sulu menuntut tanah mereka di Sabah (Lahad Datu). Tanah apa yer??

    Dan mungkin ramai yg tak tahu atau tak perasan peristiwa selepas 2 tahun terjadinya insiden Lahad Datu:
    https://www.google.com.my/amp/www.theborneopost.com/2015/02/15/felda-ordered-to-pay-damages-to-villagers/amp/

    Buatlah andaian sendiri....

    ReplyDelete
  2. ada manusia bial ada kuasa sanggup buat apa saja
    dijadikan modai pru
    asalkan bukan amono

    ReplyDelete