Teacher dia bangga utk trip ni, semua budak2 turun main lumpur. Sebab trip yang lepas, ada budak yang taknak turun.
Album His 6th Year Journey
Dua minggu lepas, kindy Haris buat trip ke bendang utk kelas 6 thn. Ke Sungai Besar kalau tak silap.
Antara aktiviti yang disenaraikan adalah main lumpur dan tangkap anak ikan keli. Excited betul Haris ajak mama dan ayah beli selipar getah dan sarung tangan (mak confuse sebenarnya apa motif nk sarung tangan, tp dah cikgu suruh beli, beli aje la). Dalam keterujaan anak teruna sorang ni, mak sebenarnya sceptical, nak ke beliau turun main lumpur? Nak pijak lantai melekit sikit pun dah tak nak. Dasar penggeli gitu. Tang tangkap ikan lagi la mak nak tergelak, dgn serangga hatta rama2 pun beliau takut, lagi mau kejar dan tangkap ikan keli?
Takpe la mak layankan aje. Biar dia enjoy keluar dgn kawan2. Tapi dalam banyak2 benda, mak paling risau satu je. My top priority. Child seat. 💆🏻♀️entah berapa juta kali pesan pada Haris, kalau bas ada seatbelt, pakai seatbelt ketat2. Jangan longgar. Kalau takde seatbelt (😭), duduk diam2 dan pegang kuat2 kat kerusi. Elakkan daripada tidur sebab kalau jadi apa2 nanti Haris tak boleh bertindak-balas. Pada d-day, Mak lepaskan dengan doa.
Dan hasilnya? Wallah!
“Haris dapat tangkap dua ekor, mama! Laju betul ikan tu lari tapi Haris dapat tangkap jugak!”
😆😆😆 thats my boy!
Photos Credit to Little Caliph Segambut
* Mak dia dulu umur tujuh tahun saya bawa naik gunung tebu, pikul beg sendiri. Bawa adiknya sekali dan adiknya pula selalu nak berhenti dan nak minum. Pastu nak tidur pulak masa tu umur siadiknya lima tahun.
Bila dia boring tunggu adik tidur, dia minta izin saya untuk naik sendiri sorang-sorang dia. Saya izinkan dan berpesan trek yang macam mana dia boleh ikut.
Saya sampai ke puncak jam lima petang, saya dapati dia dah ada kat puncak berseorangan juga sebab tak ada orang lain yang mendaki pada masa itu.
Saya tanya dia kul berapa Along sampai? Dia cakap kul tiga lagi dan dah siap merayau di puncak tu.
Itu cerita mak dia. Tapi sianak ni penakut sikit dan cerewet tentang kebersihan.
Alhamdulillah dia boleh dan berjaya menguasai takut dan cerewet dia tu dan berjaya mengatasinya di program ni.
No comments:
Post a Comment