Tuesday, March 13, 2018

Hutang menimbun yang sedia ada sape yang buat?

Najib beri amaran hutang RM1 trilion menanti jika Pakatan ambil alih
TMI · Diterbitkan pada 13 Mar 2018 11:25AM
Perdana Menteri Najib Razak berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang yang berjanji untuk menghapuskan barang dan perkhidmatan cukai dan tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah M685 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mac, 2018

NEGARA akan menanggung beban hutang sebanyak RM1.1 trilion jika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan persekutuan, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu pelajar universiti hari ini.

Beliau berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang yang berjanji untuk menghapuskan barang dan perkhidmatan cukai (GST) dan tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah M685 bilion.

"Sekiranya semua itu diambil kira, hutang negara akan meningkat dan bertambah RM416 bilion, dengan hutang sedia ada, ia menjadi RM1 trilion. Pembangkang mahu mendakwa yang kita menaikkan hutang negara, tetapi manifesto mereka lebih drastik.

"Ini akan menjadi hutang yang kita warisi dan anda adalah orang yang akan membayarnya balik selepas ini," kata Najib pada perhimpunan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang disiarkan di Facebook.

Perdana menteri sedang dalam lawatan kerja satu hari ke utara untuk akan melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Najib mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang menyatakan Malaysia akan kehilangan pendapatan RM416.6 bilion jika GST, pinjaman PTPTN, tol dan duti cukai dimansuhkan.

Pemimpin Barisan Nasional itu mengkritik manifesto pilihan raya PH sejak ia dilancarkan minggu lepas.

Najib, yang juga menteri kewangan, berkata pembangkang tidak akan dapat melaksanakan program pembangunan negara dengan hasil kerajaan yang berkurangan.

"Anda akan mewarisi hutang. Inilah sebabnya mengapa kita tidak boleh berbohong kepada rakyat. Kami (kerajaan) akan mengatakan jika kita boleh melakukannya, kita akan melakukannya. Tetapi jika kita tidak boleh, kita katakan tidak boleh," katanya.

Tanpa menamakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai pembangkang, Najib menyalahkannya kerana mewujudkan banyak jalan bertol yang kini ingin dihapuskan oleh PH.

"Saya tidak menyokong tol, tetapi ada orang tua yang membinanya. Di bawah Bajet 2018, saya menghapuskan empat tol. Tetapi, kita tidak dapat melakukannya sekaligus. Kita tidak mampu," kata Najib.

Manifesto PH menyatakan 10 janji yang blok pembangkang ingin capai dalam masa 100 hari pertama mengambil alih Putrajaya.

Di antara janji-janji tersebut, ia akan menghapuskan, mengurangkan tol dan menunda pembayaran balik pinjaman PTPTN sehingga para graduan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM4,000. – 13 Mac, 2018

8 comments:

  1. Sibodoh pencuri sembang memang kencang. Buktikan ko bukan pencuri di mahkamah. Keturunan melahap duit haram! Puuuih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahalol didahulukan dan bodoh diutamakan

      Delete
    2. Bahalol didahulukan dan bodoh diutamakan

      Delete
  2. Kalau BN tak boleh buat sila meninggal

    ReplyDelete
  3. Bangang didahulukan dan bodoh diutamakan

    ReplyDelete
  4. Jika Tak boleh perintah bagi Kat orang lain, bukan bn saja boleh nama pun Malaysia boleh

    ReplyDelete
  5. Pemimpin kleptokrat ini fikir jika PH mengambil alih Putrajaya, corak mengurus dan polisi sama macam dia jugakah? Kepala bapak kamulah Najib!

    ReplyDelete
  6. klu ph perintah kita blh tuntut dn sita semua hasil rompakan utk kurangkn hutang dn hentikn rompakan serta merta

    ReplyDelete