Kaum India diwakili banyak parti dalam Pakatan Harapan, kata Mahathir
ARIF ATAN - March 15, 2018 7:12 am
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir Mohamad menegaskan kaum India di negara ini mempunyai lebih banyak perwakilan dalam gabungan politik itu berbanding BN yang hanya melalui MIC.
Bercakap dalam dialog anjuran Hindraf di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) malam tadi, beliau berkata, komuniti India tidak memerlukan satu parti dan satu pihak sahaja untuk menjaga kebajikan mereka.
“Sewaktu saya dalam kerajaan, hanya ada seorang pemimpin yang menjaga kebajikan kaum India.
“Kini dalam PH, anda tidak diwakili satu parti. Ada wakil India dalam DAP, PKR bahkan AMANAH juga membuka ruang kepada kaum India. Bangsa India akan lebih banyak wakil.
“Wakil India untuk tiga parti ini sudah banyak. Pemimpin India dalam tiga parti ini lebih banyak dari pemimpin MIC yang ada ketika ini,” jelasnya.
Menyifatkan MIC sebagai tidak lagi relevan untuk menjaga kebajikan masyarakat India, Tun Mahathir berkata, pemimpin MIC sebenarnya gagal menyampaikan situasi sebenar kaum India kepada kerajaan ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Antara masyarakat India yang hadir pada sesi soal jawab bersama Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi
Beliau memberitahu, permasalahan kaum India hanya diperolehnya daripada seorang pemimpin MIC sepanjang 22 tahun pentadbirannya sehingga 2003.
“Dalam Barisan Nasional (BN) setiap komuniti diwakili parti masing-masing dan bangsa India diwakili MIC. Apa yang dilakukan kerajaan adalah berdasarkan permintaan dari MIC untuk kaum India.
“Saya rasa wakil kaum India dalam kerajaan tidak memberi penekanan terhadap isu membabitkan masyarakat India.
“Tidak adil jika katakan saya tidak buat apa-apa untuk bangsa India. Setelah saya tinggalkan Umno dan sertai parti lain barulah saya sedar terdapat banyak masalah,” ujarnya.
Dialog yang mendapat sambutan hangat kaum India itu juga menyaksikan Tun Mahathir turut menyelar sikap seorang ahli politik MIC yang tidak dinamakan.
“Dia tidak akan benarkan sesiapa yang mengugat kedudukannya. Sesiapa yang mencabarnya akan diusir dari parti. Selepas saya bersara dari dalam kerajaan, dia masih ada.
“Dulu pemimpin MIC ini puji saya melambung, tetapi sekarang cakap saya tidak buat apa-apa pula untuk kaum India,” bidas Tun Mahathir lagi.
Terdahulu, Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy dalam ucapan alu-aluannya berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membohongi dan mengkhianati masyarakat India di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar masyarakat India mengundi PH kerana BN terbukti gagal menunaikan janji mereka selama ini.
“Perdana menteri telah menipu rakyat dan masyarakat India Malaysia. Mantra kami kini ialah kosong undi kepada BN,” tegas peguam itu lagi yang pernah dilantik sebagai timbalan menteri dalam kabinet Najib lima tahun lalu.
Walau bagaimanapun, beliau kemudiannnya meletakkan jawatan pada Februari 2014 iaitu selepas lapan bulan dilantik apabila menganggap pentadbiran Najib berlengah untuk menunaikan janji membantu masyarakat India yang miskin di negara ini.
Untuk rekod, demonstrasi Hindraf pada 2007 disertai puluhan ribu kaum India yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan BN menangani isu kemiskinan, politik dan agama masyarakat Hindu dan India.
Hindraf tahun lalu menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan PH untuk PRU-14

P. Waythamoothy

MIC, MCA sudah lama basi dan tidak relevan lagi! Bubarkan sahaja! Buat perabis beras saja.
ReplyDeleteTambah satu lagi..umngok
Delete