Thursday, March 15, 2018

Kah, kaah......kahakh: "Belajarlah daripada kepimpinan PAS soal pemerintahan adil, bersih, telus dan amanah

HARAPAN kena belajar erti telus, amanah dari PAS
mk  |  Dikemaskini 15 Mac 2018, 5:22 petang
PAS hari ini menasihati pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) serta BN untuk belajar mengenai cara memerintah dengan adil, bersih, telus dan amanah daripada mereka.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Mohamad Nor berkata sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan dengan slogan yang dilaungkan oleh HARAPAN ketika ini.

Hal itu kerana, kata Riduan, sebelum menjadi kerajaan pun ramai pemimpin HARAPAN terpalit dengan isu rasuah.

"Bayangkan jika mereka memerintah kelak, apakah HARAPAN boleh menjadi lebih baik daripada BN, atau mereka adalah sama, atau mungkin lebih teruk lagi?" katanya.

Menurut Riduan pemimpin HARAPAN dan BN perlu bermuhasabah dan tidak terlalu kemaruk mahukan kuasa sehingga lupa diri mereka masih bergelumang dengan "tahi dan najis rasuah".

"Belajarlah daripada kepimpinan PAS soal pemerintahan adil, bersih, telus dan amanah.

"Bersihkan hati dalam politik sebelum bercita-cita tinggi menawan puncak Putrajaya kerana kelak ujian dan godaannya lebih besar," katanya.

PAS tak pernah terpalit

HARAPAN, BN dan PAS masing-masing sedang menggiatkan kempen menjelang pembubaran parlimen yang dikatakan berlaku tidak lama lagi.

Beberapa pemimpin parti komponen HARAPAN - membabitkan PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - atau individu yang mempunyai kaitan dengan mereka pernah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Antara mereka ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan exco negeri itu Phee Boon Poh.

Turut ditahan untuk disoal siasat ialah bekas menteri besar Negeri Sembilan serta naib presiden Umno Tan Sri Isa Samad.
Sesetengah mereka sudah didakwa manakala yang lain setakat ini masih belum dituduh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low memberitahu Dewan Rakyat pada 12 Mei memberitahu ada 92 pemimpin politik disiasat SPRM bagi tempoh 2013 dan 2017.

Daripada jumlah itu 71 adalah pemimpin BN manakala selebihnya HARAPAN.

Riduan berkata data didedahkan Low itu menunjukkan parti politik terbabit tidak boleh dipercayai kerana mempunyai rekod yang tidak bersih.

"Dalam hal ini, hanya PAS satu-satunya parti yang tidak dipalitkan dengan kes rasuah.

"PAS memimpin Kelantan sejak 1990 dan sering dicemuh sehingga akhir-akhir ini banyak pendedahan kononnya mengenai salah urus tadbir, penyelewengan, korupsi dan lain-lain yang melibatkan kerajaan negeri dan agensi-agensinya," kata Riduan.

Baca PAS Kelantan takkan hilang kuasa kerana isu Orang Asli

Malangnya kata Riduan semua dakwaan itu sekadar tuduhan fakta menunjukkan pemimpin PAS di semua peringkat masih bebas rasuah.

Untuk rekod pihak berkuasa pernah mendakwa salah seorang anggota parlimen PAS bagi kawasan Jeli, Mohd Apandi Mohamad, atas tuduhan membuat tuntutan palsu pada 2004.

Bagaimanapun Mohd Apandi dibebaskan selepas didapati tidak bersalah atas tuduhan memalsukan dokumen tuntutan sewa hotel berjumlah lebih RM31,00.

Turut pernah disiasat SPRM ialah menantu Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Bagaimanapun pada 2010 SPRM mengesahkan kes berkenaan ditutup kerana kekurangan bukti.

Baca kaitan iniMP Pas pun pernah didakwa kerana rasuah…

* Maaflah aku tanak komen untuk mengelak diri dari perkataan jelek dari kepala bengang aku ni

Hee.....dari mana asal usulmu, dari laut terjunlah ke laut!

4 comments:

  1. Kau ni memang lah bangang...tak bagi tau pn org dah tau kau ni bangang

    ReplyDelete
  2. Membalak bersama ulamak,
    Mendedak duit ameno,
    Manifesto pas pru 14. Takbur

    ReplyDelete
  3. Pas perlu belajar Dari orang asli,membalak d kawasan orang asli

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah..umpama si bangang mengajar si bebal macamana nak jadi bengong. Akhirnya jadi ahli PAS atau walaun seangkatannya.

    ReplyDelete