Thursday, March 15, 2018

Dah kedua-duanya ada tokak, baik ko diam jerlah Rahim!

* Yang kau balun Nuar tu sape yang suruh? 
Dah minta maaf ke belum?
Bezanya Dr. Mahathir sedang merawat tokak lama......moga-moga akan sembuh

Kenapa Dr Mahathir salahkan polis kes pecat Anwar, soal bekas KPN
TMI · Diterbitkan pada 15 Mar 2018 12:35PM
Abdul Rahim Noor berkata beliau tidak mengetahui motif Dr Mahathir Mohamad dalam menimbulkan dakwaan berkenaan kerana polis tiada kuasa untuk menyingkirkan mana-mana menteri, lapor Utusan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2018

BEKAS ketua polis negara Abdul Rahim Noor berkata beliau hairan dengan dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa pasukan itu mendorong agar Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Kabinet dalam peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu.

Rahim berkata beliau tidak mengetahui motif bekas perdana menteri itu dalam menimbulkan dakwaan berkenaan kerana polis tiada kuasa untuk menyingkirkan mana-mana menteri, lapor Utusan Malaysia.

“Saya tidak tahu kenapa dia berkata begitu dan saya tidak dapat selami pemikirannya. Polis tiada kuasa dari segi undang-undang untuk melakukan pemecatan kepada sesiapa pun

”Pelantikan dan pemecatan seorang timbalan perdana menteri bukan seperti memetik buah kelapa, semuanya dicadangkan perdana menteri,” katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan.

Jelasnya, pelantikan dan pelucutan jawatan tersebut hanya boleh dilakukan melalui cadangan perdana menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Anwar dipecat dari jawatan Kabinet pada 2 September, 1999 dan seterusnya ditahan dan dipenjarakan pada 20 September.

Ketika dibawa ke mahkamah untuk didakwa, mata Anwar didapati lebam dan rentetan peristiwa selanjutnya menunjukkan beliau dipukul oleh Rahim.

Susulan itu, Rahim dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan didenda RM2,000 kerana memukul Anwar apabila Mahkamah Rayuan mengekal hukuman pada April 2001.

Abdul Rahim menjawab satu kenyataan Dr Mahathir yang mengakui membuat kesilapan dengan memecat Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Dr Mahathir dalam satu wawancara bersama akhbar Sin Chew Daily berkata, beliau tiada pilihan selain memecat Anwar apabila polis mengemukakan segala bukti kepadanya.

Beliau turut menyalahkan polis kerana tidak membenarkan Anwar dibicarakan dan tidak mendedahkan kepadanya mengenai kekerasan polis kepada menteri tersebut semasa dalam tahanan.

Katanya, beliau “tidak sepatutnya mengikut undang-undang sepenuhnya” dalam membuat keputusan itu.

“Dari sudut pandang politik, saya tidak harus melakukannya (memecat Anwar). Ketika saya menjadi perdana menteri, saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak melakukan apa-apa yang akan buat orang benci saya,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut. – 15 Mac, 2018.

4 comments:

  1. Bila pulak tun M kata polis yg pecat Anwar,, TnM hanya kata polis memberi bukti dan yg pecat adalah TunM,, jangan salah faham Tansri,, Tansri menjalankan tugas yg betul,, siasat dan beri bukti , itu keja polis,, tak salah,, yg salah TanSri sesah muka Anwar,, TunM ta kacau kerja polis,, dan polis Tak kacau kerja PM,, zaman TunM jadi PM polis ada kuasa ia sndiri tidak seperti sekarang sema kuasa ada pd satu org,,

    ReplyDelete
  2. Memula kau cakap Anwar selamat. Bila lobang pecah, sah kau tumbuk mata Anwar! KPN apa kau ni? Dah jelas kau salah guna kuasa pastu kau menipu! Sapa nak percaya dengan polis lepas tu kalau ketuanya sendiri tak boleh dipercayai dan terbukti seekor PENJENAYAH! Ko la RAHIM si penjenayah yang dah didenda dan dipenjarakan kerana melakukan jenayah salahguna kuasa. Ko boleh nafi ke Rahim? Sejarah akan tercatit bahawa kau KPN seekor PENJENAYAH. Tak mustahil akan ada spesis macam kau RAHIM SI PENJENAYAH! Kah kah kah.

    ReplyDelete
  3. ni bekas pinjinayah
    ada polis lain yang tengok mamamt ni tengah belasah anwar tapi tak buat laporan polis
    itu ornag pun dikira penijinayh jugak
    sorok bukti jinayah
    masatu 98 matde n polis sama saja lagaknya
    malam pasukan khas serbu rumah anwar apa tujuannya?????
    klaau terjadi kechoh tak mustahil peluru akan singgah di tubuh anwar n depa akan kata peluru sesat
    Allah tak izinkan jadi mungkin ada pihak yang ingin kan terjadi
    kalau terjadi abehlah riwayat anwar malam tu
    senang hati matde

    eloklah penyangak hilang kuasa lawan penyangak ada kuasa.sesama amoano cilako
    bnayak yang dah terburai
    belum lagi di akhirat
    asalkan bukan amaono

    ReplyDelete
  4. Sudah aku beri maklum kelmarin, Rahim Noor dan Rahim Tambi Chik adalah orang Melaka, negeri yang terkenal dengan fitnah dan hasad dengki untuk menghilangkan kepercayaan Sultan Melaka terhadap Hang Tuah dan itu adalah hakikat yang tercatat dalam sejarah!

    ReplyDelete