Friday, March 16, 2018

Hebatnya penangan Rais!

‘Rais lenyapkan terus kredibiliti JASA’
mk  |  Dikemaskini 16 Mac 2018, 4:32 petang
Kredibiliti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai badan propaganda kerajaan lenyap susulan skandal berlarutan 1MDB, kata seorang wartawan veteran tanah air.

Menurut Mustapha Kamil Mohd Janor, jika seseorang mengikuti perkembangan isu 1MDB dari mula, mereka akan mendapati bahawa ia kini mempunyai nyawanya sendiri.

“Dari asalnya satu isu yang bersangkut paut cuma dengan sebuah dana dan kewangannya, ia kini telah merebak dan mencemarkan pelbagai institusi, dan kerajaan Malaysia sendiri.

“Dipanggil 'tali barut' bukanlah sesuatu yang elok. Tali barut ini maknanya seorang yang membuat kerja kotor untuk orang lain.

“Isu ini sebenarnya telah menghapuskan kredibiliti berbagai pihak dan institusi. Terakhirnya, respon ringkas dari (Tan Sri) Rais Yatim ini telah melenyapkan terus apa yang tinggal dari kredibiliti JASA,” ciapnya di Twitter hari ini.
Mustapha Kamil berkata, beliau juga hairan dengan sikap kakitangan JASA yang sering mempertahankan pengusaha kontroversial Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

“Apa yang orang JASA ini 'protective' sangat terhadap Jho Low itu.

“Dia pernah jumpa kah Jho Low itu? Jho Low kenal dia kah?” ciapnya lagi.

Bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) itu mengulas kenyataan Rais selaku penasihat sosiobudaya kerajaan hari ini yang membidas Panel Pemikir JASA, Tun Faisal Ismail Aziz kerana mendesaknya meletak jawatan.

Ini susulan bekas menteri itu bercakap mengenai isu 1MDB dan mempersoalkan mengapa sesetengah pemimpin Umno begitu sayang kepada Low sedangkan beliau menjadi buruan pihak berkuasa di beberapa negeri.

Menurut Rais, beliau sedia melepaskan jawatannya jika diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya asakan demi asakan oleh tali barut.

“Pegawai JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) Tun Faisal (Ismail Aziz) gesa saya letak jawatan sebagai penasihat kerajaan.

“Saya cuma cadang Jho Low disiasat. Macam nak runtuh langit. Kalau PM isyaratkan baru saya bersara.

“Tapi sabarlah Tun F saya dah berhubung dengan PM. Biarlah beliau yang putuskan. Ini tak boleh diputuskan oleh tali barut,” ciapnya di Twitter hari ini.
JASA dilaporkan mempunyai seramai 272 kakitangan bagi tahun 2016 dan 2017.

Mengikut dokumen Belanjawan 2017, jabatan itu diperuntukkan sebanyak RM22,886,500 pada 2017 berbanding RM22,801,000 yang dianggarkan dibelanjakan pada tahun sebelumnya.

Gaji ketua pengarah JASA pula dilaporkan melebihi RM20,000 jauh lebih tinggi daripada gaji bulanan menteri komunikasi dan multimedia yang dianggarkan sebanyak hampir RM15,000 sebulan.

JASA diletakkan di bawah kementerian berkenaan.

Skandal 1MDB sedang disiasat oleh pelbagai bidang kuasa di beberapa negara dan digambarkan sebagai kes kleptokrasi terburuk yang pernah dilihat oleh dunia.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dana berkaitan 1MDB telah diselewengkan dan digubah secara haram melalui sistem kewangan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

DOJ sedang berusaha untuk merampas aset AS$1.7 bilion yang didakwa diperoleh menggunakan wang yang dicuri itu.

Walau bagaimanapun, 1MDB menafikan bahawa wangnya telah diselewengkan.

3 comments:

  1. The Good The Bad & The Ugly.March 16, 2018 at 10:12 PM

    Siasat Jolo sama macam siasat Lanun Bugis. Jolo sangkut Lanun Bugis pun sangkut. Jadi Jolo perlu diselamatkan dari siasatan oleh penjilat jubor lanun sedangkan Jolo tahu dia dah tak selamat dari Lanun Bugis pasal tak mustahil spesis Sirul Azilah sibongok kuda kayu tak ada agama sedia menjunjung perintah membenamkan si Jolo si Cina buntal tak baca bismillah tak bersunat makan babi... ! kaaaaah kah kah.

    ReplyDelete
  2. Master mind yang memberi idea supaya Sirul lari ke Australia, mungkin saja orang yang sedang memegang telur Najib. Sebab itulah orang itu semacam amat yakin akan dirinya lantaran dia sedang memegang anak kuncinya, langsung tidak nampak riak gentar sehinggakan berani membuat pengakuan bahawa dia telahpun berjumpa dengan dermawan arab.

    ReplyDelete
  3. Jolo ni sembunyi kat malaysia je..sama la dengan riza

    ReplyDelete