Saturday, March 17, 2018

Handsome KJ menggetarkan hati wanita. Beliau wajib pakai purdah?

Hukum-Hakam Wanita Berdasarkan Zakar Lelaki – Asiah Jalil
By Some Random Guys - March 16, 2018
Kuantan: Tidak berpuas hati kerana kononnya ulama mengharamkan golongan wanita daripada memakai wangian, Asiah Abd Jalil menuduh kebanyakan hukum hakam yang melibatkan kaum wanita adalah berpandukan kepada zakar lelaki. 

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian di laman media sosial Facebook beliau baru-baru ini lantaran terpesona dengan wangian seorang wanita yang berada di sebelahnya ketika membeli nasi lemak. 

Asiah Abd Jalil berkata, “Pagi tadi masa nak beli nasi lemak, kat sebelah saya ada seorang ibu yang nak beli nasi juga. Bau dia sangat wangi, saya terpesona, tertanya-tanya apa brand perfume yang dia pakai.” 

“Dua minit duduk sebelah dia, bau wangi dia buatkan mood saya jadi segar, fikiran jadi lapang dan terus rasa nak jadikan hari ini produktif. Aura positif dari bau dia berjangkit kat saya.”

 “Kemudian saya terfikir, kenapa ulama’ haramkan wanita memakai bau-bauan dan berwangi-wangian? Sedangkan bukankah fitrah manusia sukakan pada haruman?” 

“Lalu saya sedar, kebanyakan hukum hakam berkaitan wanita sebenarnya berpandukan zakar lelaki. 

Kalau sesuatu perbuatan itu mencetus ghairah lelaki, maka haram haram haram. Sudahnya hampir semua perkara yang disukai wanita secara fitrah, telah dihukumkan haram.”

Individu wanita yang pernah diiktiraf oleh Siti Kasim sebagai aset masa depan negara ini kemudian mempersoalkan keperluan untuk mengambil berat tentang zakar lelaki, sehingga mengorbankan kehendak wanita itu sendiri. 

Bentak beliau, “Adakah tugas wanita yang lemah ini sememangnya untuk melindungi lelaki dari api neraka? 

Seolah-olah zakar lelaki begitu sukar untuk dijaga dan ditertibkan oleh otak lelaki sendiri.”

“Maka kalau boleh wanita perlu jadi halimunan, atau perlu jadi seburuk dan sebusuk mungkin, agar zakar lelaki terpelihara.”
Menggunakan logik yang sama, beliau juga mendesak golongan agamawan untuk mengeluarkan fatwa agar lelaki yang kacak seperti Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar wajib memakai purdah bagi memelihara iman beliau dan wanita-wanita lain kerana mereka tidak mampu untuk menundukkan pandangan. 

Beliau berkata, “Kami bersetuju bahawa KJ sangat hot dan seksi, selain tall, dark and handsome.” “KJ menggegarkan hati ramai wanita. 

Pak lebai patut keluarkan fatwa agar lelaki seperti KJ wajib pakai purdah.” “Demi untuk memelihara iman kami para wanita, sebab kami tak mampu nak menundukkan pandangan. Barulah adil kan?”

3 comments:

  1. Belambak bangla muka mcm kj..
    Hot ke?
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

    sakit jiwa minah ni rupanya

    ReplyDelete
  3. Ada berapa banyakkah kes yang dilaporkan wanita yang menjadi kemaruk tergila-gilakan KJ tu?

    ReplyDelete