Saturday, March 17, 2018

Cabaran tujukan kepada Johari Ghani

KENYATAAN MEDIA
14 Mac 2018

SAYA CABAR JOHARI GHANI

Saya mencabar Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengumumkan berapakah jumlah status tanah di Kampung Bharu yang berjaya diselesaikan. Dan dimanakah alternatif kepada isu parkir dikawasan pintu gerbang Kampung Bharu.

Cukup dua isu cabaran saya buat ahli parlimen titiwangsa. Isu pelacuran di chowkit, peniaga warga asing dan bermacam lagi, saya yakin menteri kewangan kedua tidak cukup masa untuk menjawab.

Serangan balas Datuk Seri Syed Ali Alhabshee terhadap saya tidak dapat menyembunyikan kelemahan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam menguruskan parlimen titiwangsa.

Mempertikaikan asal-asul saya adalah perkara yang paling lemah boleh dibangkitkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Saya lahir, membesar dan bersekolah di Kampung Bharu Kuala Lumpur. Titiwangsa adalah kawasan saya bermain sejak kecil sehingga kini. Malah saya juga pengundi di titiwangsa.

Walaupun Syed Ali berkata bahawa beliau adalah pengundi titiwangsa. Tetapi beliau bukan anak titiwangsa. Kerana itu beliau tidak faham akan maksud pembangunan kepada pewaris tanah di Kampung Bharu.

Keluarga saya juga mewarisi sebidang tanah di disitu Dan tanah ini diwarisi sejak turun temurun.

Seluruh pengurusan tanah warisan di Kampung Bharu, diuruskan oleh satu lembaga pentadbiran khas disebut Malay Agricultural Settlement (MAS).

Didalam simpanan rekod mereka secara kasar terdapat lebih 1500 lot dan lebih lima ribu pewaris tanah di Kampung Bharu. Malahan terdapat juga lot yang dimiliki puluhan pemilik diatas satu bidang tanah. Dan ada yang gagal dikesan.

Perkara ini turut diakui oleh Pengerusi Perbadanan Kampung Bharu (PKB), Datuk Affendi Zahari dalam satu kenyataan media pada bulan mac tahun lalu bahawa PKB berhadapan masalah mengesan sebilangan besar pemilik tanah.

Sehingga ke hari ini Johari gagal untuk menghimpunkan kesemua pemilik ini. Apatah lagi membentangkan pelan pembangunan.

Terdapat usaha sebilangan kecil pewaris untuk menubuhkan Pertubuhan Pemilik Dan Pewaris Tanah (PPTWT) bertujuan menghimpunkan para pewaris. Namun ia hanya melibatkan sebilangan kecil dan tidak kesemuanya.

Tidak dinafikan terdapat usaha retorik Johari untuk membangunkan Kampung Bharu. Beberapa majlis pembentangan pelan kononnya melibatkan para pemilik tanah pernah dibuat. Namun sehingga ke hari ini, pelan itu masih gagal direalisasikan.

Yang adalah hanyalah janji-janji manis menjelang pilihanraya untuk mengekalkan Barisan Nasional di kerusi ini. Hakikatnya Barisan Nasional gagal menguruskan titiwangsa dengan baik.

Isu pokok di Kampung Bharu adalah status geran, pemilik dan pewaris. Jika isu asas ni gagal diselesaikan, bagaimana boleh pembangunan direalisasikan.

Isu parkir pula sememangnya menjadi isu turun temurun di Kampung Bharu.

Meminta supaya warga Kampung Bharu berbangga setiap kali kesesakan kerana kehadiran pengunjung yang ramai, adalah perkara paling lucu yang boleh dihujahkan oleh Barisan Nasional.

Hakikatnya masalah ini sangat menyukarkan penduduk dan ahli parlimen gagal menanganinya. Setidak tidaknya ahli parlimen boleh mencadangkan alternatif untuk sebuah kawasan parkir di pintu gerbang.

Sebaliknya bukan alternatif yang dipersembahkan, tetapi mereka meminta supaya penduduk Kampung Bharu berbangga kerana menjadi kawasan tumpuan.

Justeru saya meminta para pengundi menilai semula prestasi ahli parlimen barisan nasional sebelum membuat keputusan. Ternyata retorik menjadi permainan mereka dan saya berharap agar pengundi khususnya di titiwangsa tidak tertipu sekali lagi.

Undilah Pakatan Harapan.

SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN
Anak Jati Kampung Bharu dan Titiwangsa
Pen. Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan Nasional

No comments:

Post a Comment