Saturday, March 17, 2018

Aku dah tanya, sejak merdeka Malaysia hidup dan makmur dengan apa sebelum GST?

* Pasalnya sesetangah yang berkepala bana tu kata tanpa GST negara akan bankrupt dan akan jadi negara defisit. Pokoknya hutang negara, siapakah yang lambakkan hutang untuk ditanggung rakyat?

Negara berkembang pesat tanpa GST berdekad lamanya, kata Dr Mahathir
Gan Pei Ling · Diterbitkan pada 17 Mar 2018 7:00AM
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad semalam berjanji GST akan dihapuskan, mendakwa tiada keperluan cukai membebankan rakyat itu wujud. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 Mac, 2018

MALAYSIA berkembang pesat tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) malah mampu membiayai beberapa projek mega berdekad lama, kata bekas perdana menteri yang kini jadi pemimpin utama pembangkang, Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mengatakan kerajaan sekarang mengutip empat kali ganda pendapatan berbanding zaman pentadbirannya dan tidak wujud keperluan kutip GST.

"Kononnya kerajaan tak cukup duit, kena kutip GST daripada semua orang, dan ini menyebabkan kos sara hidup meningkat dan kedai-kedai termasuk tutup pasal GST.

"Sebenarnya kerajaan mempunyai duit yang banyak berbandingkan dahulu. Kutipan cukai kerajaan sekarang ni empat kali ganda daripada dulu.

"Kenapa masih tak cukup duit untuk mengurus negara," kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di hadapan hampir 1,000 peneroka Felda yang hadir di ceramah PH di Gunung Besout 1, Tanjung Malim malam tadi.

Dr Mahathir adalah perdana menteri daripada 1981 hingga 2003. GST diperkenalkan pada April 2015.

Malaysia juga mampu membiayai dan membina beberapa projek infrastruktur mega termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, menaik taraf Pelabuhan Klang dan Jambatan Pulau Pinang tanpa GST, katanya lagi.
Hampir 1,000 peneroka hadir mendengar ceramah Pakatan Harapan malam tadi. Undi mereka akan jadi penentu sama ada Tanjung Malim yang selama ini jadi kubu kuat Barisan Nasional akan menguburkan parti pemerintah itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 Mac, 2018

"Kita tidak menjanjikan apa yang kita tak mampu. Kita akan hapuskan GST, (Perdana Menteri) Najib (Razak) kata kerajaan akan tak ada duit.

"Dulu kita tak ada GST, kita bangun negara dengan pesat," katanya.

Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu yang berucap lebih awal mengatakan PH juga boleh melangsaikan lebih banyak hutang peneroka dengan mengurangkan ketirisan disebabkan korupsi dalam pentadbiran.

Beliau juga mengingatkan peneroka yang pentadbiran Najib masih bergelut dengan beberapa skandal termasuklah melibatkan Felda. 
Presiden Amanah Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PH malam tadi dalam ucapannya turut mengatakan kerajaan PH akan melangsaikan lebih banyak hutang peneroka dengan mengurangkan ketirisan dan salah tadbir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 Mac, 2018

Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail juga berjanji kepada peneroka yang pengurusan Felda akan mengalami perubahan sekiranya pembangkang berkuasa.

Pemimpin PH melawat kubu kuat BN itu dalam usaha mewujudkan perubahan 5% undi Melayu yang dikatakan boleh memenangkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Pada ceramah itu, PH juga berjaya mengutip RM1,670 derma sumbangan orang ramai. – 17 Mac, 2018.

No comments:

Post a Comment