Sunday, November 12, 2017

Lepas lebih setahun Idris baru buka mulut

Allah bayar tunai’: Idris baru bersuara
ARIF ATAN  -  November 11, 2017 1:01pm
Selepas setahun menganggap “Allah membalas secara tunai” ketika Pulau Pinang ketika itu dilanda banjir, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad tampil memberi reaksi terhadap kenyataannya itu.

Memetik berita yang disiarkan portal Malaysia Dateline pada 20 Julai 2016 bertajuk, ‘Banjir: Orang angkuh Allah bayar tunai, kata Pas kepada DAP’, Idris malam tadi berkata, “malas juga hendak melayan.”

“Penjelasan mengenai tajuk berita yang diterbit oleh (Malaysia) Dateline yang tersebar dengan meluas. Kita tahulah apa tujuannya. Siapa pemiliknya.

“Saya pun malas juga hendak melayan. Banyak lagi kerja kita hendak buat. Tapi kasihan kepada mereka yang duduk sebar tajuk berita ini nanti dapat saham percuma saja,” dipetik daripada kenyataannya di Facebook atas namanya.
Idris dilihat tidak puas hati dengan laporan Malaysia Dateline yang disiar tahun lalu

Sehubungan itu, ujar Idris, beliau akan cuba memberi penjelasan berhubung isu berkenaan yang dakwanya, “ramai juga orang bertanya” kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Beliau turut melampirkan keratan tajuk berita itu yang kemudiannya mengundang cemuhan selain sokongan daripada pencinta Pas dengan ramai daripadanya meletakkan komentar tanda pagar #UP yang bermaksud ‘Undi Pas’.

Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline sehingga tengah hari ini mendapati tiada pula penerangan yang dimaksudkan walaupun Idris berkata akan cuba menjawab isu berkenaan pada malam tadi.

Hanya sementara menantikan bermulanya satu mesyuarat, beliau menyiarkan kembali tulisan tujuh perenggannya bertajuk, “Jangan angkuh” yang juga terbit di Harakahdaily pada 19 Julai 2016.

“Orang angkuh selalunya Allah balas secara ‘cash’ untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh.

“Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima,” dipetik pada perenggan terakhir pandangan Idris tersebut.

Reaksi beliau pada 14 Syawal tahun lalu itu difahamkan ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah menyifatkan kerajaan Pas Kelantan lemah dalam pengurusan banjir di negeri itu.

“Cuma pesanan saya jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir. Seolah-olah macam tidak ada kerajaan.

“Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir pada penghujung tahun 2014. Marah kepada Pas, jangan lupa ini semua kerja Allah SWT,” tulis Idris.

3 comments:

  1. Allah juga akan bayar tunai kepada Idris ini dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  2. Itu sebab orang belajar ugama jangan berpolitik. Dlm islam ada politik...tetapi jangan berpolitik gunakan islam.

    ReplyDelete
  3. Yes. Tk lama lg idris akan kalah di bkt gantang. Hari tu pon hanya menang 1,000 jer. Padam muka ostax deris. Huhu

    ReplyDelete