Showing posts with label bencana. Show all posts
Showing posts with label bencana. Show all posts

Monday, March 5, 2018

Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar

Raksasa dari Timur bekukan Eropah
kosmo  -  04 Mac 2018 3:00 AM
Sesi ujian kereta Formula 1 di Circuit de-Catalunya, Barcelona, Sepanyol terpaksa ditangguh akibat salji tebal

PAGI itu, Christiana Nogueira bangun seperti biasa dan mula bersiap untuk ke pejabatnya yang terletak di Edinburg, Scotland, United Kingdom (UK).

Begitu pun, sebaik sahaja kaki kanannya memijak lantai bilik, wanita berambut panjang itu terkejut kerana lantai itu teramat sejuk dan mungkin lebih sejuk daripada hari-hari lain.

Kehairanan, Nogueira melihat ke arah alat jangka suhu yang diletakkan berdekatan pintu bilik tidurnya.

Suhu yang tercatat di situ ialah -3 darjah Celsius dan ia adalah suhu paling rendah yang pernah direkodkan pada bulan Mac.

“Suhu teramat sejuk dan saya terpaksa memakai berlapis-lapis baju,” ujarnya.

UK serta beberapa buah lagi negara Eropah termasuk Itali, Jerman, Poland, Ireland dan Switzerland dilanda cuaca sejuk melampau ekoran persinggahan angin dari Rusia iaitu angin Siberia atau turut dikenali sebagai ‘Raksasa dari Timur’.

Ekoran tiupan angin itu, UK bakal mengalami musim bunga paling sejuk dalam sejarah.Menurut seorang pegawai di pejabat meteorologi UK, Martin Bowles, bacaan suhu akan jatuh serendah -8 darjah Celsius di seluruh negara.

Fenomena pelik

“Ini merupakan satu fenomena yang pelik memandangkan cuaca sejuk sebegini berlaku pada penghujung musim sejuk.

“Kali terakhir fenomena suhu sejuk pada penghujung musim sejuk sebegini direkodkan di Altnaharra, Scotland pada tahun 1995.

“Ekoran suhu yang terus jatuh, musim bunga akan tertangguh dalam tempoh beberapa minggu lagi,” ujarnya kepada portal berita Mirror UK.

Angin Siberia turut membawa salji tebal, seterusnya menyebabkan suhu terus menjunam. Sehingga Jumaat lalu, suhu di Scotland mencecah -15 darjah Celsius.

Menjelaskan fenomena itu, UK Meteorological Office (UKMO) melaporkan, fenomena ini berkait dengan polar vorteks atau pusaran kutub. Angin daripada pusaran itu menyebabkan udara sejuk dari kawasan Artik bertiup ke arah benua Eropah dan UK. Pusaran kutub ini biasanya dikekang dari menerobos masuk ke bahagian selatan Bumi oleh satu peredaran angin yang dipanggil Jet Stream. Aliran ini yang bertiup dari barat ke timur menyempadani jasad udara sejuk dari Kutub Utara dan jasad udara panas di selatan.

“Biasanya, kami menjangkakan tiupan angin yang sederhana kencang dari arah Barat.

“Begitu pun, fenomena yang sedang berlaku kini meniupkan angin dari Timur, seterusnya menjejaskan sistem cuaca serta menggerakkan Jet Stream ke arah selatan,” tulis kenyataan tersebut.

Kadar pemanasan di Artik yang lebih daripada kawasan lain menyebabkan vorteks polar yang mengasingkan udara sejuk Artik dari kawasan latitud sederhana menjadi lebih lemah.

Ragut nyawa

Fenomena aneh ini menyebabkan suhu sejuk dan salji tebal terus melanda beberapa bahagian Eropah yang sudah sepatutnya ditumbuhi bunga-bunga mekar menandakan masuknya musim bunga.

Begitu pun, ini bukanlah suhu paling sejuk yang pernah direkodkan di UK.

Suhu paling rendah yang pernah direkodkan di UK setakat ini ialah di Bremar, timur Scotland iaitu serendah -27.2 darjah Celsius dan direkodkan pada 10 Januari 1982.

Sehingga Jumaat lalu, suhu sejuk melampau itu sudah pun meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa di seluruh Eropah.

Mereka yang terbunuh kebanyakannya merupakan gelandangan.

Bimbang jumlah tersebut meningkat, orang ramai di Jerman menggesa supaya pusat-pusat pemindahan sementara dibuka untuk gelandangan.

Ketua Persatuan Gelandangan Kebangsaan Jerman, Werena Rosenke berkata, pusat tumpangan sementara perlu beroperasi 24 jam sehari.

“Sebelum ini, pusat tumpangan sementara hanya dibuka pada waktu malam. Kini, saya berharap agar ia dibuka juga pada waktu siang.

“Suhu sejuk pada waktu siang juga boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan,” ujarnya.

Selain kematian, aktiviti penduduk di Eropah juga terjejas teruk akibat cuaca sejuk serta salji tebal.

Urusan terjejas

Antara negara paling teruk terjejas ialah Itali apabila hampir kesemua sekolah di negara itu dilaporkan terpaksa ditutup.

Memetik laporan laman web www.theguardian.com, penduduk di Itali marah apabila laluan kereta api juga turut terganggu akibat salji tebal.

Kekurangan perkakas mencairkan salji pula menyebabkan pekerja-pekerja di stesen-stesen kereta api terpaksa membersihkan timbunan salji dan ketulan ais-ais besar secara manual.

Salji tebal juga menjadikan beberapa perlawanan sukan yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Februari sehingga awal Mac terpaksa ditangguh.

Antaranya, termasuklah perlawanan Serie A antara Juventus dan Atalanta yang dijadualkan berlangsung Rabu lalu di Turin yang terpaksa ditunda pada 14 Mac depan.

Pekerja-pekerja di Allianz Arena, Munich terpaksa membersihkan timbunan salji setebal lima sentimeter yang memenuhi kawasan stadium.

Pengarah Juventus, Beppe Marotta dalam satu kenyataan memberitahu, aksi pemainnya hanya boleh ditonton kira-kira dua minggu lagi.

“Mustahil untuk pemain beraksi dengan keadaan padang seperti ini, namun ini juga tidak berbaloi untuk perebutan tempat teratas liga. Potensi pemain untuk mengalami kecederaan juga tinggi,” ujarnya.

Berkongsi kebimbangan, seorang penduduk di Turin, Itali yang hanya mahu dikenali sebagai Lester berkata, suhu yang terlampau sejuk menjadikan semua orang berada dalam keadaan yang kurang selesa.

“Rabu lalu, suhu yang direkodkan di Turin ialah -5 darjah Celsius.

“Ia teramat sejuk dan saya risaukan warga emas yang sudah tentu lebih sensitif terhadap suhu sejuk melampau sebegini.

“Saya berharap agar semua orang di luar sana memeriksa dan bertanya kepada ahli keluarga mereka khususnya yang sudah berusia jika mereka memerlukan apa-apa pertolongan dan bantuan bagi menghadapi cabaran semasa musim sejuk ini,” ujarnya.

Suhu sejuk dijangka akan berterusan sehingga minggu depan.

Orang ramai diminta untuk mengelak daripada berada di luar bangunan sepanjang tempoh ini. Ini bertujuan untuk mengelak daripada diserang penyakit-penyakit berkaitan cuaca sejuk.

Britain dan beberapa negara di Eropah dilanda cuaca sejuk akibat angin ‘Raksasa dari Timur’ sehingga musim bunga yang dijadualkan berlaku pada awal bulan ini terpaksa ditangguh.
SALJI setebal lima sentimeter memenuhi stadium Allianz, Itali, menyebabkan perlawanan Juventus menentang Atalanta terpaksa ditunda.
KEADAAN Taman Vuelta del Catillo di Sepanyol yang diselimuti salji tebal menyukarkan pergerakan orang ramai
 CHINA TOWN, London turut dihujani salji teba
SEORANG pegawai perhutanan di Jerman sedang memeriksa ketulan ais yang terhasil di pokok Rabu lalu
 HANYA satu laluan jalan yang boleh digunakan di Kildare, Ireland ekoran timbunan salji yang mula menebal di kawasan itu
 GAMBAR rajah menunjukkan fenomena polar vorteks yang sedang melanda Eropah
SEORANG jurugambar sedang merakam gambar Tasik Neuchatel, Gorgier, Switzerland yang keras membeku akibat angin Siberia.

Friday, January 19, 2018

Malang di Kinabatangan pagi ini

MASJID, 30 PREMIS MUSNAH DALAM KEBAKARAN AWAL PAGI DI KINABATANGAN
January 19, 2018
Tiga puluh premis dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di Kampung Paris Tiga, Kinabatangan awal Jumaat pagi. – Gambar ihsan BOMBA Kinabatangan

KINABATANGAN: Sebanyak 30 premis dan sebuah masjid musnah dalam satu kebakaran di Kampung Paris Tiga Kinabatangan, awal pagi jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 2.34 pagi tadi.

Seramai 13 anggota bomba dan seorang pegawai dari Balai Bomba Lahad Datu bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kebakaran dengan bantuan bomba Kinabatangan.

Operasi memadam api berdepan kesukaran berikutan tekanan air yang rendah sehingga memaksa pasukan bomba menggunakan sumber air terbuka dari kawasan berdekatan.
Ini sahaja yang tinggal apabila api dapat dipadamkan oleh anggota Bomba.

Api berjaya dikawal pada jam 5.00 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira jam 9.00 pagi

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Ridzal Abdullah/Astro Awani

BACA LAGI DISINI

Thursday, January 18, 2018

Singkap kehidupan orang Bangladesh dan negaranya oleh wakil MyCorps Asia Selatan

2 Bulan Di Bangladesh, 5 Sebab Kenapa Negara Ini Indah Dan Dekat Di Hati Saya
Oleh Amalina   •  January 18, 2018

Aku terpanggil untuk menulis dan bercerita pengalaman aku dan kawan-kawan MyCorps Asia Selatan kerana tak banyak artikel yang aku jumpa yang menceritakan keadaan dan pengalaman di Bangladesh.

Kami bertujuh telah di hantar ke Satkhira, Bangladesh pada Ogos hingga Oktober 2017 di bawah program MyCorps Asia Selatan, satu program Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysia.

Kami ditugaskan untuk menjalankan misi-misi kemanusian yang memfokuskan pembangunan komuniti setempat di sana. Bagi aku, peluang untuk tinggal di sana tersangatlah ‘rare’ dan tak ternilai. Senang cakap, negara yang banyak memberikan keinsafan dan cukup banyak mengajar kami erti syukur.
TUJUH SUKARELAWAN MYCORPS ASIA SELATAN DI SATKHIRA, BANGLADESH

Dua bulan di sana, kami berpeluang untuk berinteraksi dengan warga Bangladesh dengan lebih dekat dan ini sekaligus telah membuang segala persepsi dan stigma yang wujud dalam minda kami sebelum menjejakkan kaki di Bangladesh.

1. Orang Bangladesh baik hati dan pemurah

Kebanyakan warga Bangladesh yang ditemui dan telah berurusan dengan kami amat baik hati. Ada yang sanggup datang ke rumah membawa buah-buahan dan makanan apabila mengetahui salah seorang daripada kami demam. Terharu yang amat.

Seorang tauke kedai besi pula tak pernah lupa menghidangkan kami doodh cha (teh panas) setiap kali kami ke kedai beliau. Ada pula pemandu ‘engine-van’ yang sudi menghantar kami pulang ke rumah tanpa mengenakan sebarang bayaran. Berkeras kami ingin membayar, tapi beliau masih tidak mahu menerima.

Umum tahu, Bangladesh merupakan underdeveloped country. Oleh itu, ramai rakyatnya yang hidup susah. Namun, apa yang membuatkan kami terharu adalah kemurahan hati mereka. Langsung tidak lokek berkongsi rezeki.

Satu lagi perkara yang kami belajar, buatlah sesuatu perkara seikhlas hati. Contohnya, ada seorang pakcik yang menjual pisang bersungguh-sungguh mencadangkan pisang yang lebih baik dari pisang yang kami pilih sendiri walhal, harga pisang yang dicadangkan itu jauh lebih murah daripada harga pisang yang kami pilih.

Sehingga kini, aku masih tertanya-tanya mengapa mereka begitu baik sedangkan mereka jauh lebih susah daripada kita di Malaysia.
PAK CIK INILAH YANG AKU CERITAKAN.
SUNRISE DI TEPI KOLAM UDANG
2. Masjid buruk tapi jemaah penuh

Aku tak ingat siapa, tapi apa yang individu ini katakan memang betul dan ‘deep’. Katanya, ‘di Malaysia ada banyak masjid cantik, tapi kosong, di Bangladesh, masjid yang kami ada biasa-biasa je tapi Alhamdulillah penuh setiap kali tiba waktu solat’.

Terdiam aku tidak dapat nak menyangkal. Waktu untuk kita muhasabah diri kembali kerana apa yang aku nampak, kesenangan buat kita jauh dari Tuhan.

3. Mengajar erti bersyukur

To be exact, kami tinggal di Atulia, Satkhira, Bangladesh selama 2 bulan. Untuk sampai ke Atulia, mengambil masa selama 14 jam dari bandar Dhaka dengan melalui jalan darat, melintasi sungai utama di Bangladesh iaitu Sungai Padma.

Pelbagai perkara baru yang kami tempuh yang akan kekal di ingatan sampai bila-bila. Antaranya, di Atulia kami mandi menggunakan air kolam yang ada di belakang rumah.

Apa yang lebih menarik, kolam tersebut merupakan kolam tempat itik berenang dan dalam di kolam yang sama, tuan rumah kami mandi. Air kolam tersebut akan dipam ke tangki air rumah sewa, dan air tersebut digunakan untuk mandi dan membasuh pakaian.

Tetapi, sesuatu yang lambat kami tahu, air yang telah digunakan untuk mandi dan membasuh pakaian tersebut akan disalurkan kembali ke kolam yang sama. Pertama kali mengetahui tentang hal ini, masing-masing terdiam tak terkata, tak tersangka dan masing-masing mula sedar punca kegatalan kulit masing-masing.
KEADAAN MASJID DI GABURA, SATKHIRA MALAHAN, ADA MASJID YANG JAUH LEBIH UZUR DARI MASJID INI.
INILAH ENGINE-VAN YANG KAMI NAIKI UNTUK PROJECT ASSESSMENT
4. Pengangkutan unik

Engine-van merupakan pengangkutan utama kami di Atulia kerana hampir setiap hari kami akan menggunakan engine-van ini untuk ke satu tempat.

Engine-van ini sebenarnya hanyalah basikal yang mempunyai sekeping papan di belakang yang dijadikan tempat duduk penumpang. Bayaran menaiki engine-van ini tersangatlah murah iaitu sekitar BDT 5 ke BDT 20 sekepala, bersamaan 30 sen ke RM 1 sekepala.

Bot juga merupakan antara pengangkutan utama sepanjang kami di sana kerana Atulia terletak berdekatan dengan Sungai Koalipatwa dan kebanyakan tapak projek kami tidak boleh diakses menggunakan jalan darat.

Perjalanan dengan menaiki bot boleh mencapai dua jam untuk sehala bergantung kepada keadaan cuaca dan arus Sungai Kaolipatwa. Di sini, kami belajar bersyukur dengan pelbagai jenis pengangkutan yang ada di Malaysia dan yang paling penting, bersyukur, betapa selesanya kenderaan yang kita ada.
SUNSET SEWAKTU DALAM PERJALANAN PULANG DARI TAPAK PROJEK DI GABURA KE RUMAH SEWA DI ATULIA.
KAWASAN KHAS UNTUK LOADING MUATAN KE ATAS BOT PENGANGKUT TANPA JETI. PEKERJA-PEKERJA TERPAKSA MEREDAH LUMPUR UNTUK KE BOT.

5. Pengalaman meredah lumpur yang takkan dilupakan

Satu lagi pengalaman menarik ialah ketika kami terpaksa berjalan merendah lumpur di Gabura dengan berkaki ayam selama 5 km. Kalau lumpurnya bersih, pasti tiada masalah tetapi lumpur yang kami redah tersebut bercampur dengan pelbagai ‘perasa tambahan’ seperti najis itik dan juga kambing.

Kalau diberi pilihan, memang takkan kami pilih untuk berkaki ayam, tapi apakan daya, tiada pilihan lain yang ada. Kenapa berkaki ayam? Itu pilihan terbaik, kerana berjalan di dalam lumpur menggunakan kasut adalah berkali ganda lebih sukar.

Jadi, demi untuk memastikan projek berjalan, ‘we have no other choice but to walk through the mud’. Bayangkan, penduduk di Gabura ini berjalan di dalam lumpur setiap hari berulang kali untuk ke sesuatu tempat, langsung tidak mengeluh sukar. Sekali lagi, kami belajar erti ‘syukur’.
BERJALAN MEREDAH LUMPUR DI GABURA, SATKHIRA
BERKESEMPATAN MEMAKAI KAMEEZ IAITU PAKAIAN HARIAN KAUM WANITA DI BANGLADESH
BERGAMBAR BERSAMA PENTERJEMAH KAMI DI SANA, RANA (PALING KANAN DALAM GAMBAR)

Pengalaman hidup selama dua bulan di Bangladesh membuatkan negara ini dekat di hati kami dan pastinya hubungan Bangladesh dan Malaysia ini tidak akan berhenti begitu sahaja.

Sekembalinya ke Malaysia, kami tetap memastikan WISH Project akan terus bergerak agar kami dapat terus berbakti kepada warga Bangladesh yang memerlukan. Ingat, ‘pertolongan diberi tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit’.

Bangladesh, cantik dengan caranya yang tersendiri.
 
Kredit gambar :
Nur Ezzah,
Rizuwan

Friday, December 15, 2017

Kelantan akan dibadai lagi......

Amaran angin kencang, laut bergelora bermula Sabtu sehingga Rabu ini
Disember 14, 2017 22:27 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang, laut bergelora bermula Sabtu sehingga Rabu ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, barat laut Palawan, timur laut Tioman, utara Bunguran dan barat laut Reef South pada Sabtu ini sehingga Rabu, 20 Dis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Khamis, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, tenggara Reef North, Labuan dan tenggara Palawan pada Sabtu hingga Rabu depan.

Situasi sama turut dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Labuan pada tempoh sama yang turut membahayakan bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula pada Ahad sehingga Selasa,19 Dis.

Dalam pada itu, ribut petir di perairan Sulu, dan Sandakan, Sabah dijangka berterusan sehingga malam ini.

Menurut kenyataan tersebut keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - sumber

Friday, November 24, 2017

Bantuan banjir: Apa yang tak kena ni.......atau ada yang nk disorok?

Bantuan banjir: PKR mula berbalah dengan DAP
Loo Wei Hoong  -  Hari ini, 7:01 pm
Pemimpin PKR menggesa isu membabitkan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang diselesaikan untuk mengelakkan konflik yang lebih besar dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Naib Presidennya, Tian Chua juga menggesa kerajaan negeri mengkaji semula keputusannya menghalang ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dari parti itu menguruskan pendaftaran mangsa banjir.
"Saya tidak tahu apa yang salah Cheah lakukan. Saya tidak tahu kenapa (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng menghalangnya.

"HARAPAN harus mencari penyelesaian secepat mungkin untuk mengelakkan perkara itu daripada menjadi lebih buruk dan memberi peluang kepada musuh untuk mensabotaj kita," katanya kepada Malaysiakini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam kiriman mesej kepada Malaysiakini berkata PKR Pulau Pinang akan bertemu dengan ketua menteri untuk menyelesaikan perkara itu.

Terdahulu, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman menyatakan sokongan terhadap Cheah yang dilarang menguruskan pendaftaran mangsa banjir oleh kerajaan negeri.
Mansor yang juga bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang berkata, penyerahan pengurusan bantuan banjir di Kebun Bunga kepada ADUN DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey juga langkah meminggirkan PKR dalam kerajaan negeri.

Mansor juga menolak alasan Lim yang mengatakan terdapat perubahan prosedur dalaman berhubung perkara itu sebagai “naif dan tidak boleh diterima”.

Cheah, yang berkecuali ketika undian yang usul Umno berkenaan penambakan tanah dua tahun lalu, dilarang menguruskan bantuan RM700 melalui surat bertarikh 20 November lalu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus.

Tiada alasan diberikan.
Cheah dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas berkecuali dalam pengundian usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan pada 2015.

Lim mendakwa mereka cuba mensabotaj kerajaan Pulau Pinang. Cheah juga dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation.

Cheah pada 10 November lalu juga mempersoal pengkorporatan Penang Botanic Gardens.

Selain beliau, ADUN Permatang PASIR Salleh Man daripada PAS juga tidak dibenarkan menguruskan pemohon bantuan mangsa banjir.

Sunday, November 12, 2017

Lepas lebih setahun Idris baru buka mulut

‘Allah bayar tunai’: Idris baru bersuara
ARIF ATAN  -  November 11, 2017 1:01pm
Selepas setahun menganggap “Allah membalas secara tunai” ketika Pulau Pinang ketika itu dilanda banjir, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad tampil memberi reaksi terhadap kenyataannya itu.

Memetik berita yang disiarkan portal Malaysia Dateline pada 20 Julai 2016 bertajuk, ‘Banjir: Orang angkuh Allah bayar tunai, kata Pas kepada DAP’, Idris malam tadi berkata, “malas juga hendak melayan.”

“Penjelasan mengenai tajuk berita yang diterbit oleh (Malaysia) Dateline yang tersebar dengan meluas. Kita tahulah apa tujuannya. Siapa pemiliknya.

“Saya pun malas juga hendak melayan. Banyak lagi kerja kita hendak buat. Tapi kasihan kepada mereka yang duduk sebar tajuk berita ini nanti dapat saham percuma saja,” dipetik daripada kenyataannya di Facebook atas namanya.
Idris dilihat tidak puas hati dengan laporan Malaysia Dateline yang disiar tahun lalu

Sehubungan itu, ujar Idris, beliau akan cuba memberi penjelasan berhubung isu berkenaan yang dakwanya, “ramai juga orang bertanya” kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Beliau turut melampirkan keratan tajuk berita itu yang kemudiannya mengundang cemuhan selain sokongan daripada pencinta Pas dengan ramai daripadanya meletakkan komentar tanda pagar #UP yang bermaksud ‘Undi Pas’.

Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline sehingga tengah hari ini mendapati tiada pula penerangan yang dimaksudkan walaupun Idris berkata akan cuba menjawab isu berkenaan pada malam tadi.

Hanya sementara menantikan bermulanya satu mesyuarat, beliau menyiarkan kembali tulisan tujuh perenggannya bertajuk, “Jangan angkuh” yang juga terbit di Harakahdaily pada 19 Julai 2016.

“Orang angkuh selalunya Allah balas secara ‘cash’ untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh.

“Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima,” dipetik pada perenggan terakhir pandangan Idris tersebut.

Reaksi beliau pada 14 Syawal tahun lalu itu difahamkan ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah menyifatkan kerajaan Pas Kelantan lemah dalam pengurusan banjir di negeri itu.

“Cuma pesanan saya jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir. Seolah-olah macam tidak ada kerajaan.

“Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir pada penghujung tahun 2014. Marah kepada Pas, jangan lupa ini semua kerja Allah SWT,” tulis Idris.

Wednesday, November 8, 2017

Panas nii: Husam songlap RM1.5 juta bantuan banjir Pulau Pinang kepada Kelantan, ini buktinya!

WEDNESDAY, NOVEMBER 08, 2017
Bukti Husam songlap RM1.5 juta bantuan banjir Pulai Pinang kepada Kelantan
(Abu Syafiq atau Abu Munafiq?) - Tuduhan melulu tanpa bukti dari Lebai Pandir 

Selepas 3 tahun sumbangan RM1.5 Juta Pulau Pinang kepada banjir Kelantan berlaku, ada Lebai Pandir yang tuduh kononnya sumbangan itu hanya disampaikan kepada YB Husam, bukan kepada kerajaan negeri Kelantan.

 Malah tergamak mendakwa sumbangan RM1.5 juta itu telah digelapkan oleh YB Husam Musa? Adakah ini ajaran Islam ???

 Ada juga yang memfitnah kononnya LGE enggan jumpa MB Kelantan kerana sombong...

Berikut adalah agihan daripada RM1.5 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebagai bantuan kepada mangsa banjir 2014 di Kelantan melalui Ketua Menteri Lim Guan Eng:
1. Kerajaan Kelantan melalui Exco YB Mumtaz dibawah Tabung Serambi Mekah - RM250,000 (Jumlah ini 5 kali ganda dari bantuan Kelantan kepada Pulau Pinang hari ini iaitu 50k)

2.  Yayasan Darul Hijrah melalui YB Husam untuk gerakkan bantuan bina rumah mangsa banjir - RM200,000 

3. Badan Kebajikan Kuala Krai - RM200,000

4.  NGO Royalti untuk gerakkan bantuan melalui Presidennya Nazri Deraman -RM200,000

5. Kepada 6 Pertubuhan NGO - RM 260,000 

6.  Jemaah Pengurus SJK(C) Chung Hwa Temangan - RM 20,000

7.  Jemaah Pengurus SJK(C) Gua Musang - RM 20,000

Selain daripada itu, DAP telah mengutip derma melalui Impian Kelantan untuk bina 60 buah rumah dan buat kutipan derma untuk bantu bina semula Masjid bernilai RM1juta.

Tapi malangnya, segala jasa dan sumbangan dari DAP itu tidak mendapat penghargaan dari lebai-lebai parti suci itu; malah mencemuh dan memfitnah DAP dengan pelbagai tohmahan.

Harap YB Husam saman lebai-lebai yang memfitnahnya.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

Monday, November 6, 2017

Banjir: Lebai pandir melabun......

MONDAY, NOVEMBER 06, 2017
Lebai Pandir labun pasal banjir....
Ada Lebai Pandir kata Allah timpakan banjir di Penang disebabkan Octoberfest..

Baguih punya pandir! Kita tunggu Selangor banjir sebab ada kilang Carlsberg dan Anchor Beer....  Pahang banjir sebab ada Kasino, pusat judi di Genting?
Tang Kelantan banjir Lebai Pandir kata sebab Tuhan nak bersihkan semula negeri Serambi Mekah Kelantan sebelum terlaksananya hukum Hudud di negeri itu menjelang tahun 2015.

Peristiwa macam banjir besar melanda kota Mekah? Ha! Ha! Ha!

Mekah dahulunya tempat himpunan patung-patung berhala…Kemudiannya Allah SWT datangkan banjir besar di Mekah untuk menyucikan kembali kota Mekah dari daripada perkara-perkara kufur.... Kah! Kah! Kah!

Bila Lim Guan Eng kata banjir besar yg berlaku di Kelantan pada hujung tahun 2014 itu adalah disebabkan kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Kelantan, maka Lebai Pandir marah-marah dan la ni cuba nak samakan banjir Pulau Pinang sekarang ini disebabkan kelemahan pengurusan kerajaan DAP! 

Malah mereka mencemuh  dan mengejek dengan sinis kerana LGE minta bantuan dari Kerajaan Pusat!
Sebenarnya Ketua Menteri Pulau Pinang telah melaksanakan amanah yang ada padanya dengan penuh rasa tanggung jawab.

1) Bila musibah banjir melanda penang, LGE telah sedia berada di luar meninjau keadaan banjir dan hubungi TPM Zahid Hamidi jam 3.30 pagi minta bantuan... Tidak seperti MB Kelantan...

2) LGE telah minta bantuan RM847 juta untuk projek penebatan banjir dari Kerajaan Pusat sejak Nov 2016, tapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya. 
Walaupun kerajaan Pulau Pinang menyumbang kira-kira RM6.5 bilion hingga RM7.5 bilion dalam bentuk cukai dan duti eksais ke Putrajaya, Kerajaan Pusat hanya meluluskan RM150 juta, yakni 15 peratus daripada jumlah RM997 juta yang dipohon melalui permohonan yang dibuat bagi Bajet 2017.~ sumber

Apabila LGE berkata banjir besar yg berlaku di Kelantan pada hujung tahun 2014 itu adalah disebabkan kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Kelantan  memang ada asasnya : 

1) Kerajaan Kelantan tidak Ambil Peduli Amaran Pakar Alam Sekitar Pada tahun 2010, satu team pakar alam sekitar daripada luar negara, daripada Amerika, telah memberi laporan kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan, yang mengesahkan dan confirm dgn yakin, bahawa banjir yang dahsyat akan berlaku pada 2014 – mengikut perkiraan jumlah hujan yg turun, mengikut tarahan tanah, mengikut hakisan, apa yang berlaku dalam 4 tahun.

Banjir besar itu dijangka akan berlaku akibat daripada hakisan tanah.Laporan penuh telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan pada waktu itu, tetapi langsung tidak dilayan.

Dan mereka memberi alasan ini adalah satu drama ciptaan Kerajaan Pusat, untuk memalukan Kerajaan PAS Kelantan.

2) Kerajaan PAS meneruskan pencabulan ke atas tanah-tanah hutan simpan  dan balak diusung keluar atas nama Lebai tertentu yang kemudiannya kapitalis-kapitalis cina yang bersenang-lenang di negeri Kelantan atas perlindungan Lebai. Dapat makan komisyen senang hati goyang teloq!

Akhirnya, laporan yang diberi pada 2010 telah menjadi kenyataan.
Balak  hanyut bergelimpangan atas jalan raya

Bukan sahaja rumah-rumah musnah dan hanyut, malah batang-batang balak pun hanyut bergelimpangan atas jalan raya dan ada yang duk tecongok di depan pintu rumah!
Bala turun membawa balak depan pintu rumah..

Terbukti antara penyebab banjir besar 2014 di Kelantan adalah pembalakan yang berleluasa.

Kegiatan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, kawasan tanah tinggi Lebir, Galas dan kawasan bersempadan dengan Pahang dan Terengganu di Kelantan dikatakan faktor utama banjir besar 2014 berlaku di negeri itu.
2) Kerajaan Pas Kelantan Lebih Menumpukan isu Hudud. Ketika rakyat Kelantan bermati-matian bergelut dengan tragedi banjir besar, Pas Kelantan pula bermati-matian mahu melaksanakan hudud!

Kerajaan Pas Kelantan memberikan lebih tumpuan untuk membawa usul persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.

a) Menteri Besar Ahmad Yakob mahukan Hudud terlaksana di Kelantan menjelang 2015…

b) Nik Abduh buat kenyataan merapu : Allah nak bersihkan negeri Kelantan sebelum Hudud dilaksanakan…

Cerita sebab Allah nak menyucikan bumi Kelantan semata-mata kerana akan terlaksana hukum Hudud pada 2015 adalah karut.
Ternyata akhirnya, Hudud yang nak dibentangkan Hj Hadi itu sudah bertukar jadi kepada Pindaan Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah 1965.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 6:00 pm