Saturday, November 4, 2017

Bakal MB Perak?: Nasib baiknya muncul kerana masih kekal dalam UMNO

Saturday, 4 November 2017
HUSNI BAKAL MB PERAK?

Apabila bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah yang sebelum ini pernah merajuk dan mempertikai kewujudan 1MDB, tetapi tiba-tiba memuji Najib Razak dan mengutuk enam pemimpin Pakatan Harapan, ramai yang bertanya apa sudah jadi kepadanya?

Adakah ia berkat tambahan ilmu agama yang dipelajarinya di Jordan?

Atau dedak sudah mula mempengaruhinya?
Apa pun bagi Mukhriz Mahathir, Husni kini sudah pusing 180 darjah berbanding sebelumnya.

Tetapi, khabar dari Perak memberitahu, Husni kini kembali menyokong Najib kerana dikatakan telah dijanji untuk dijadikan Menteri Besar Besar dalam PRU 14 akan datang ini.

Beliau bakal menggantikan Zambry Abdul Kadir yang dijangka melepaskan jawatan jawatan Menteri Besar yang disandangnya selama ini dan seterusnya akan diletakkan bertanding di peringkat Parlimen pula.

Dikatakan juga, pemilihan Husni kerana Najib tiada pilihan lain memandangkan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi turut cuba untuk meletakkan "orangnya" sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Zambry itu.
Calon pilihan Zahid Hamidi bagi mengambil alih tempat Zambry ialah Adun Rungkup, Bagan Datuk yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak, Shahrul Zaman Yahya.

Dalam pertembungan dengan pilihan Zahid Hamidi itu dan untuk tujuan menghadapi kemaraan Pakatan Harapan yang dilihat turut berpeluang cerah merampas kembali Perak, Husni dikatakan menjadi pilihan kerana dipercayai dapat memungkinkan Najib mampu mengimbangkan kedua-dua keadaan tersebut. (ShahbudinHusin 04/11/2017)

Anda mungkin juga meminati:
Gentleman Husni, dia tidak melawan tapi terus letak jawatan sebagai protes?:  HUSNI BERSARA KERANA TIDAK SETUJU DITUKARKAN, BUKANNYA ...

Posted by Shahbudin Husin at 07:04 

No comments:

Post a Comment