Thursday, September 14, 2017

Tahniah: Johor sifar miskin!

MB Johor terus mahu berbohong
14 September 2017 | AMINI JAGAT
Mohamed Khalid Nordin

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor merasakan tindakan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan Johor sifar miskin di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor adalah suatu kenyataan yang ternyata bohong.

Pengerusi  AMANAH Negeri Johor,  Aminolhuda Hassan (Gambar bawah) mempersoalkan kenyataan itu yang dilihat seperti mahu mendapatkan kredit dari usaha yang kononnya dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Khaled.

Adun Parit Yaani itu juga turut mempersoalkan berkenaan ukuran yang dibuat oleh Menteri Besar mengenai tahap kemiskinan yang dikatakan sifar di negeri ini.

“Saya menafikan Johor ini sifar miskin kerana kita boleh lihat sendiri masih wujud penerima-penerima zakat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor yang sememangnya kebanyakkan mereka yakni penerima zakat tersebut adalah dari mereka yang kurang berkemampuan atau miskin.

“Saya turut menyenaraikan penerima-penerima zakat yang ada di Johor ini boleh dikatakan lebih seribu penerima bagi setiap daerah dan bagaimana Menteri Besar Khaled boleh menafikan akan hal ini.

“Apa yang dimaksudkan oleh Menteri Besar di dalam sidang DUN itu adalah berkenaan dengan miskin tegar melalui sistem yang diadakan oleh pihak kerajaan negeri dalam sistem E-Kasih,” jelas YB Haji Aminolhuda Haji Hassan.

Aminolhuda menambah lagi, suatu yang tidak masuk sekiranya melalui sistem E-Kasih itu membuatkan penerima itu sudah terlepas dari tahap kemiskinan tegar kerana sistem yang diperkenalkan itu hanya membantu dari sudut air percuma dan beberapa sumbangan sahaja.

“Tak mungkin dengan wujudnya E-Kasih ini membuatkan penerima yang tergolong dalam miskin tegar itu terlepas dalam permasalahan mereka dan ini adalah suatu yang tidak munasabah bila seorang Menteri Besar mengambil contoh sedemikian.

“Saya ingin menjelaskan dari bantuan E-Kasih itu bermakna masih ada lagi orang-orang miskin yang wujud di negeri ini jika tidak sistem ini pastinya sudah tidak ada penerima bantuan.

“Saya melihat ini hanya kenyataan politik yang sengaja diwar-warkan agar orang ramai merasakan kerajaan begitu mengambil berat akan keadaan kemiskinan sedangkan pihak kerajaan hari ini dilihat banyak berlepas tangan dalam isu masalah kemiskinan contohnya dalam isu Rumah Mampu Milik Rakyat Johor (RMMJ) yang diberikan kouta kepada mereka yang mendapatkannya di bawah Kouta Menegakkan Kerajaan (KMK),” ujar beliau lagi sewaktu ditemui.

Dalam rekod sebelum ini, parti AMANAH telah membawa kes berkenaan dengan Kouta Menegakkan Kerajaan ini ke peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat wujudnya penyelewengan dalam isu mendapat rumah RMMJ yang dikatakan hanya berpihak kepada mereka yang menyokong pihak kerajaan sahaja.

5 comments:

  1. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.

    jangan menipu
    sampai kiamat pung tetap akan ada orang miskin
    dijadikan untk ujian kepada ckaya

    ReplyDelete
  2. Mb johor auta. Umno penipu perompak penyamun. Khalass. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Kesian rakyat johor ditipu oleh mb penipu pembohong bangsa jawa totok? Jom tolak bn. Pilih PH. Bila lagi nak ubah?

    ReplyDelete
  4. Kenyataan MB ni sebagai merak hanya syuk sendiri dalam masa yg sama mengkhabarkan kepada raja dedak konon penglima dedak dari selatan buat kerja kuat dikawasan jajahanya seolah olah derama melayu silam, demi menonjolkan nama sendiri untuk diangkat kepangkat n darjat lebih tinggi sedangkan rakyat dinegeri Johor sendiri banyak yg hidup kais pagi makan pagi n kais petang makan petang akibat pentadbiran negeri n negara tika ini, sangupnya seorang MB memperbodohkan rakyat Johor yg lebih celik daripadanya, nampak sangat tak pergi kepelusuk tempat bagi mendekati segala permasalahan rakyat , ini lah menyebabkan rakyat memandang serong kepada MB itu sendiri,. Sebagi bangsa Johor yg dah terlebih dulu makan garam daripada MB itu, hanya satu pesanan kepadanya, Contohilah tatacara DYMM Sultan Ibrahim n TMJ yg sering menghampiri rakyat bertanyakan khabar n permasalahannya, kenapa tidak kepada seorang MB,.??? Jangan lah sekadar menyakini segala laporan yg dibacai hanya diatas kertas sebolehnya turunlah kepadang sebagi pengesahan,.percayalah selagi itulah yg diamalkan MB kini Rakyat n Bangsa Johor akan menjauhi anda,...

    ReplyDelete
  5. Bro. Apakah bangsa johor? Melayu tulen? Jawa bugis banjar minang? Melayu tulen di johor maybe hanya 20%. Hehe

    ReplyDelete