Tak tahulah mereka takut untuk bercakap benar atau takut untuk berbohong(ikut skrip) sebagaimana kata sesetengah pihak di sini?
Kalau tidak takkan di Amerika pun mereka takut?
Namun banyak pula pihak dan negara yang telah mengambil tindakan tanpa rasa takut pun!
Saksi 1MDB terlalu takut untuk bercakap, kata laporan
Dikemaskini kira kira 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 6 Sep 2017 9:19AM
Saman terhadap 1MDB yang difailkan di Amerika Syarikat (AS) berdepan masalah apabila individu yang mungkin dipanggil menjadi saksi terlalu takut untuk bercakap dengan FBI. – Gambar AFP, 6 September, 2017.
SAMAN terhadap 1MDB yang difailkan di Amerika Syarikat (AS) berdepan masalah apabila individu yang mungkin dipanggil menjadi saksi terlalu takut untuk bercakap dengan FBI, lapor Bloomberg hari ini.
Di mahkamah di Los Angeles semalam, Biro Siasatan Persekutuan berkata beberapa individu di “negara tertentu” bimbang dengan keselamatan mereka, sementara ada juga yang berkata terlalu bahaya untuk bekerjasama dalam siasatan jenayah terhadap 1MDB.
Itu perkembangan terbaru dalam kes berkenaan menjelang lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Washington dan pertemuan dengan Presiden Donald Trump minggu depan.
Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga tahun lalu, menafikan sebarang salah laku dengan peguam negara sendiri berkata beliau tidak terbabit dalam kerugian berbilion ringgit dialami syarikat pelaburan negara itu.
Bloomberg berkata saksi yang tampil memberikan maklumat memberitahu FBI mereka risau untuk “membahayakan keselamatan diri dan keluarga”.
Dalam permohonannya, FBI memetik laporan berita Malaysia di mana beberapa pegawai ditahan kerana dikatakan memainkan peranan dalam siasatan penyelewengan 1MDB.
Ia memetik pada 30 Ogos, kes tembak pemandu bekas peguam negara Malaysia Abdul Gani Patail, yang membuka siasatan awal 1MDB, sebagai kemungkinan amaran supaya tidak bekerjasama dengan AS.
Jabatan Kehakiman (DoJ) AS memulakan siasatan jenayah terhadap dakwaan wang diselewengkan daripada 1MDB dan memohon penangguhan tuntutan saman difailkan dua tahun lalu bagi menyita lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion) dalam bentuk hartanah dan aset lain.
Dalam kes sivil, jabatan itu mendakwa antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion milik 1MDB dialihkan oleh pegawai atasan syarikat itu dan sekutu mereka.
Pada Jun, DoJ memfailkan satu lagi saman untuk menyita AS$540 juta dalam bentuk aset, termasuk apal layar Equanimity bernilai AS$165 juta (RM704 juta) dan hak filem komedi "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib Razak.
DoJ juga mendakwa dalam tuntutan itu sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan oleh Low untuk membeli loket dan rantai berlian merah jambu 22 karat untuk “Malaysian Official 1 Wife”.
Aset lain diperoleh Khadem al Qubaisi, bekas pengarah urusan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co.
Badan amanah yang memegang aset bagi pihak Jho Low, Riza, al Qubaisi dan keluarga mereka turut membuat tindakan pelucutan hak dan membantah permohonan untuk menangguhkan kes sivil itu.
Ia meminta AS memberikan identiti saksi, sumber bukti dan ribuan dokumen berkaitan siasatan jenayah itu, menurut FBI.
Siasatan AS itu sebahagian usaha global untuk menjejaki berapa banyak daripada AS$6 bilion yang dikumpul 1MDB untuk projek pembangunan, digelapkan atau terbabit dalam pengubahan wang haram.
Sementara itu, pembangkang mengkritik lawatan Najib ke White House sebagai “memalukan”, memandangkan DoJ menuduhnya kleptokrat berhubung skandal 1MDB.
DoJ memetik Malaysian Official 1 (MO1) sebagai individu penting dalam skandal itu.
Pada September tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Rahman Dahlan mengesahkan MO1 ialah Najib.
Kali terakhir Najib melawat AS ialah pada perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2015. Beliau tidak hadir pada mesyuarat sama tahun lalu dengan timbalannya, Ahmad Zaid Hamidi mewakili Malaysia di PBB. – 6 September, 2017. - sumber
Kaitan: 'Selamat datang ke Amerika, kami tahu siapa MO1'

No comments:
Post a Comment