Monday, September 4, 2017

RCI Memali: Keterangan Hadi boleh melemahkan sokongan akar umbi Pas

RCI Memali boleh jejaskan Pas
MOHD HAFIZ ISMAIL  -  4 SEPTEMBER 2017
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM -  Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat semula tragedi Memali bakal beri kesan kepada parti itu.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, sekiranya wujud kekeliruan dan percanggahan dalam keterangan yang diberikan, ia akan melemahkan sokongan akar umbi Pas.

“Walaupun ada penafian Amanat Hadi  punca tragedi, tetapi dalam Kertas Putih Memali yang dibentangkan di Parlimen ada mengaitkan amanat itu dengan tragedi.

“Bila RCI ditubuhkan, mereka yang berada dalam jawatankuasa itu adalah dalam kalangan mereka yang pakar dalam satu-satu isu. Saya yakin lebih banyak perkara-perkara akan terbongkar dan berkait,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Marthada berpendapat, kesediaan Abdul Hadi untuk memberikan kerjasama kepada RCI sekiranya ia ditubuhkan adalah kesediaan personalitinya.

“Saya lihat kesediaan beliau ini ada kaitannya dengan kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini bersedia untuk bekerjasama jika RCI ditubuhkan,” katanya.

Ahmad Marthada  berkata, RCI juga tidak seharusnya menumpu kepada mencari pihak mana yang salah.

“Ia pastinya beri kesan kepada pemimpin terdahulu. Pas perlu tahu apa rasionalnya penubuhan RCI ini. Kertas Putih Memali telah dibentangkan sebelum ini dan rakyat telah membacanya.

“Jika ada yang berpendapat ada rahsia di sebalik tragedi itu dan mahu menyelongkarnya sehingga terjawab, saya fikir itu akan beri kesan kepada rakyat. Dalam peristiwa itu orang yang meninggal dan saya rasa cadangan penubuhan itu perlu diperhalusi terlebih dahulu,” katanya.

3 comments:

  1. Helllooo! Tujuan penubuhan RCI Memali adalah untuk melepaskan kesalahan ke atas Tun Mahadhir kerana beliau sekarang menyertai pembangkang. Peranan Haji Marang, jika ada pun sekadar menjadi tukang bawa nasi tambah saja supaya rencana sebenar mencapai matlamat. Sesiapa yang percaya RCI ini akan membongkar segala kebenaran peristiwa kejam tersebut adalah ibarat orang-orang yang percaya bahawa babi bisa terbang!

    ReplyDelete
  2. Tanpa perlu terhegeh-hegeh mahu memberi keterangan kepada RCI Memali pun, akar umbi PAS sudah lama curiga kepada haji Hadi. Mereka mulai mencurigai Al Hadi sejak beliau mula berpakaian sedondong dengan pencuri nombor wakhid negara dan dilihat cuba melindungi kemungkaran UMNO/BN.

    Sebenarnya image Al Hadi sudah lama tercalar sejak mulut celuparnya mula mencarut memaki hamun orang yang berlainan pandangan dengannya. Ulama sesat apa yang suka mengeluar perkataan keji sesama manusia. Yang masih tegar menyokong Hadi sekarang ialah anak menantu serta pengampu bodek yang akan kehilangan segala kemewahan dunia jika sosok ini tewas.

    ReplyDelete
  3. Kali ni kita bagi pemimpin syiah pis
    mullah hadi terkencing...

    ReplyDelete