Thursday, September 7, 2017

Pertandingan tiga penjuru: Bukan PAS yang mulakan?

Betulah tuu.......sebab pilihanraya belum diadakan lagi. Macam mana nak tuduh orang itu, orang ini?
Tapi yang lepas tu.......di Kota Damansara dan Bukit Besi (contoh) siapa yang letakkan calon?

Bukan Pas yang mulakan tiga penjuru
5 SEPTEMBER 2017
Nasrudin Hassan. – Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Pertembungan tiga penjuru yang bakal berlaku dalam PRU14 ini bukan dimulakan oleh Pas memandangkan terdapat parti-parti lain yang mengisytiharkan untuk bertanding di beberapa kerusi asal parti Islam itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pada asasnya, semua pihak boleh bersetuju untuk pertembungan satu lawan satu namun realiti politik mutakhir kini dilihat sukar untuk menggelak perkara berkenaan.

“Sebagai contoh di Temerloh, kerusi Dun Semantan dimenangi oleh Pas sejak bertanding dahulu lagi dan saingannya hanyalah Umno-BN. Apabila Pas menang dan calon ini pula masuk Parti Amanah Negara (Amanah), sudah pastinya ia kawasan kita dan kami akan kekal bertanding untuk melawan BN.

“Tapi malangnya mereka pun nak bertanding di sana dengan meletakkan calon Amanah dan dari situ kita nampak wujud tiga penjuru bukannya dari Pas kerana sejak tradisi kita bertanding menentang BN di sana,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Nasrudin berkata, memandangkan Pas kini tidak lagi mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan, parti Islam itu berhak untuk bertanding di semua kerusi asal mereka sebelum ini termasuk Parlimen Permatang Pauh.

Bagi pembahagian kerusi di seluruh negara, Nasrudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh memaklumkan bahawa perkara itu masih belum dimuktamadkan dan prosesnya akan selesai tidak lama lagi.

“Secara umumnya, kalau kita tak ada hubungan dengan parti lain, maka kita tidak terikat dengan mana-mana kerusi.

“Pas bukan masuk secara membuta tuli, (kerana) kita ada asas, kajian, dan sebagainya. Bukan main letak (calon) saja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Memali, Nasrudin berkata, Pas konsisten dengan penubuhan badan siasatan itu bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, Pas akan memberi kerjasama penuh dan saksi-saksi yang hidup perlu dipanggil untuk memberi kenyataan mengenai insiden pada tahun 1985 itu.

“Dahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah minta masa satu jam kepada stesen-stesen penyiaran untuk menjelaskan maksud sebenar amanat beliau dan kami tak gentar untuk terus desak penubuhan RCI ini,” katanya. - sumber

6 comments:

  1. Maaf...bila pemimpin Pas buka mulut, memang tak boleh pakai. Bila berjanji dia langgar. Bila buat muktamar, keputusan dia langgar. Bila majlis presiden PR buat keputusan, dia langgar.Lebih baik Pas bersendirian. Anda parti suci, setiap kata yang keluar pasti suci. Anda ada dalil, ada nas, ada ijtihad...parti lain tidak sesuci Pas. Teruskan kata-kata untuk menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. maaf la lebai. Kalau nak ikut kerusi tradisi, situ dulu parti PSRM atau parti kepala kerbau dulu yg bertanding. Tapi saya setuju dgn lebai, sememangnya banyak kerusi samada DUn atau Parlimen memang kerusi tradisi PAS, tradisi PAS bertanding x menang2...hahaha

    ReplyDelete
  3. Puncanya pas juga, kenapa tertubuhnya Amanah,.?? Ia disebabkan semasa muktamar diadakan pas merancang mengadakan kroni dengan sistem CAI untuk untuk mengusir mereka yg bijak pandai berpolitik dari memegang apa2 jawatan dalam parti, apabila mereka itu dianayai telah menyambut saranan hj hadi " sesiapa yg tak sehaluan dengan pas boleh keluar menubuhkan parti baru",.sudah tentulah pihak pas sendiri yg memulakan pertembungan tiga penjuru, mengapakah masih mahu menegakan benang yg basah wahai tantawi,.?? Akuilah kesilapan sendiri jangan menuduh sembarangan setiap kenyataan terdahulu sentiasa berada dalam lipatan sejarah politik, itulah kerenah pas sedari dulu yg di ibaratkan baling batu sembunyi tangan,.

    ReplyDelete
  4. Pascai mana pernah buat salah.. semua punca dari org lain.. parti2 lain tu patut muhasabah diri..

    ReplyDelete
  5. Lidsh berbelit2 mcm belitan serban dikepala. Lebihbtebal srban lebih lah belitnya. Fah tak saor nak meras habian dunia yg menanti. Sangup jadi pelacur agama wahai agamawan akhir zaman. Aku kat sini ada kwn jadi ahli pas pun dah jadi ustaz. Garu kepala aku sbb masa bila lah dia ni masuk uni ke maahad ke. Hebat2. Semua orgbtak betul semua org tak islam kau org jelah yg warak. Lupa balasan akhirat demi kenikmatan duniawi.

    ReplyDelete