Friday, September 8, 2017

Kemarau etika dan intergriti - Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Bekas gabenor Bank Negara bimbang kemarau etika dan intergriti
07 September 2017 | BERNAMA
Zety Aziz

"Wujud keperluan untuk memperkukuhkan piawaian etika dan integriti individu serta organisasi dalam persekitaran dengan keadaan ekonomi menjadi tidak menenti bagi tempoh yang berpanjangan, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia," Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, perkembangan di peringkat dunia itu menyebabkan berlakunya kekurangan kepercayaan dan keyakinan dalam sistem serta kerajaan bagi menangani isu tersebut serta hasilnya.

Zeti, yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Gabenor-gabenor di Asia School of Business, berkata, antara faktor asas yang menyebabkan peningkatan ketidakpercayaan itu adalah kegagalan nilai etika, kekurangan kebertanggungjawapan peribadi dan organisasi serta kelemahan tadbir urus dan kawalan dalaman.

Kepercayaan adalah penting terutama ketika berdepan tempoh kritikal, apabila anda berada di tahap paling tidak berdaya. Bagaimanapun, membangunkan kepercayaan adalah usaha yang berpanjangan.

Oleh itu, usaha nyata dan berterusan diperlukan untuk membina kepercayaan ini. Ia mesti ada ketika anda perlukannya, katanya semasa menyampaikan ucaptama di majlis Anugerah Bina Kepercayaan PwC Malaysia kali kedua di sini, malam tadi.

Zeti berkata, pematuhan undang-undang perlu diperkukuhkan melalui budaya nilai etika yang tinggi.

Selain itu, ia memerlukan perubahan kepada insentif dan kod profesional, serta pada masa sama mempunyai penentuan jelas mengenai had tanggung jawab dan akauntabiliti bagi menyediakan asas kepada kemajuan budaya organisasi yang tinggi, katanya.

Beliau berkata, peningkatan mendadak salah laku korporat di peringkat global dan pelbagai skandal yang melanda dunia telah memusnahkan kepercayaan dan keyakinan secara ketara.

Ini sebahagian besarnya wujud dalam bentuk penyalahgunaan berleluasa dalam sistem, meningkatkan amalan yang boleh dipersoalkan dan kurang bijak, salah laku berulang dan pelanggaran etika profesional, rasuah dan tidak kompeten.

"Perniagaan dan industri kewangan kini berdepan cabaran hebat dalam membangunkan semula kepercayaan itu, katanya.

Zeti berkata, wujud pergantungan yang besar kepada media untuk melaksanakan tanggung jawab pelaporan mereka, berikutan ketidakpercayaan media yang semakin meningkat ketika perlu mengetahui dan menyedari mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Pada majlis itu, Sime Darby Bhd dinobatkan sebagai pemenang anugerah 2017 atas usaha firma itu membangunkan kepercayaan dengan pemegang kepentingannya Axiata Group Bhd menjadi pemenang kedua. - sumber

1 comment:

  1. sistem pung ada yang tak adil
    amanah untuk pemegang jawtaan pun penakut
    ngan sang penguasa
    bila pulak akan ada ketegasan n keadilan
    pesalah jinayah lain ada hukum sebat
    pesalah cperasuah pun mesti ada hukum sebat
    jugak baru adil
    perasuah mega mesti dihukum sebat n penjara
    jangan bagi muka lagi

    ReplyDelete