Saturday, September 9, 2017

Jasa pertahankan Puad.....

Apa salah Puad tanya soalan, dia bukan ancam saksi RCI, tanya Jasa
Diterbitkan pada 9 Sep 2017 3:38PM
Tun Faisal Ismail Aziz (tengah) berkata Puad hanya bertanyakan soalan dan bukannya mengancam atau mahu mencederakan saksi.– Gambar Facebook, 9 September, 2017

PEGAWAI kanan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz mempertahankan kenyataan Mohd Puad Zarkashi yang mempersoalkan keterangan seorang saksi utama siasatan suruhanjaya diraja terhadap kerugian urus niaga mata wang Bank Negara Malaysia.

Ahli panel pemikir Jasa yang juga ahli Umno itu berkata Puad hanya bertanyakan soalan kepada bekas penasihat Bank Negara Malaysia, Nor Mohamed Yakcop dan bukannya mengancam atau mahu mencederakan saksi.

“Sejak bila suatu 'pertanyaan' dari orang awam boleh mengancam dan mencederakan saksi?

“Sebenarnya sikap Nor Mohamed sendiri yang bakal meletakkan dirinya dalam bahaya. Lebih-lebih lagi selepas lebih ramai saksi, termasuk Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kenyataan,” kata Tun Faisal dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jasa itu mengulas kenyataan peguam terkemuka Gopal Sri Ram yang mempersoalkan kedudukan di sisi undang-undang komen Puad yang menuduh Nor Mohamed cuba melindungi Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan kenyataan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu “amat pelik dan melucukan”.

“Bagaimanakah pertanyaan Dr Mohd Puad boleh dianggap "mengancam, menghina atau mencederakan" saksi. Setidak-tidaknya Sri Ram sedar bahawa komen Dr Mohd Puad itu bukan suatu 'penghinaan' di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950,” kata Tun Faisal.

Puad dalam satu kenyataan pada Rabu bertanya apakah Nor Mohamed, mengikut keterangannya kepada suruhanjaya siasatan diraja itu, sedia dijadikan “kambing hitam dalam skandal yang sudah lama tertutup?”

"Dia (Nor Mohamed) mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990-an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian.

"Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu?” kata Puad dalam kenyataannya, dan bertanya apakah Nor Mohamed sengaja mengelak mengaitkan Dr Mahathir.

Peguam Dr Mahathir turut menyifatkan kenyataan Puad itu sebagai memfitnah dan menghina mahkamah.

Editorial: RCI Mata Wang Asing Kejar KPI Apa?

Tun Faisal dalam kenyataannya membela Puad kemudian menyenaraikan keterangan-keterangan saksi kepada suruhanjaya siasatan yang menyokong dakwaan pengarah Jasa itu.

“Bukankah semua kenyataan saksi-saksi ini sama sekali tidak menyebelahi Nor Mohamed?,” tanya Tun Faisal.

Menurut bekas exco Pemuda Umno Malaysia ini Puad hanya mahu tahu siapa yang layak dan berkuasa memberi kelulusan kepada Nor Mohamed, seorang pengurus bahagian biasa di Bank Negara Malaysia, membuat dagangan melebihi had selepas beliau sendiri mengaku bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Kerugian Mata Wang Asing Bank Negara yang memulakan sidang pada 21 Ogos lalu setakat ini sudah mendengar keterangan daripada 21 saksi.

Ia akan menyambung sidang selama tiga hari lagi atara 18-20 September ini, sebelum laporan akhir dikemukakan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebelum 13 Oktober ini. – 9 September, 2017. - sumber

* Mencedera di sini dalam bentuk apa?

2 comments:

  1. Apa nak dirisaukan jika rasa diri di tempat yang benar tapi sebaliknya jika rasa bersalah. Nampak sangat ketakutan bila disergah oleh bekas hakim mahkamah persekutuan, jika rasa tidak bersalah tak perlulah mengelabah. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Hey! This post could not be written any
    better! Reading this post reminds me of my
    previous room mate! He always kept talking about
    this. I will forward this page to him. Pretty sure he
    will have a good read. Thanks for sharing!

    ReplyDelete