Thursday, September 7, 2017

Berbaloikah pasangan pensyarah ini ditahan babitkan RM52,000?

Pasangan pensyarah Utem direman lima hari
6 SEPTEMBER 2017

MELAKA - Sepasang suami isteri yang juga pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan nilai kira-kira RM52,000.

Tempoh reman sehingga 10 September ke atas dua-dua suspek berusia 35 dan 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini.

Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas suspek mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah pada 11.05 pagi diiringi pegawai daripada suruhanjaya itu.

Semalam media melaporkan kedua-dua suspek yang masing-masing memegang jawatan sebagai pensyarah kanan dan pensyarah di fakulti berlainan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan.

Penahanan pasangan itu dibuat selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016.  - sumber

2 comments:

  1. Tak berbaloi setakat 50K. Biar beratus million atau billion baru sprm tak usik. hahaha

    ReplyDelete
  2. Sprm pilih yg kecik jer. Jerung dia takut. Nnti boss sprm kena pencen awal. Spt abu kassim dan shukri abdol. Resam dunia. Kikiki

    ReplyDelete