* Bukankah banyak langkah dan cara untuk mengurangkan perbelanjaan?
Tak mungkin hutang negara berkurang bawah HARAPAN
Mac 16, 2018 - Oleh ERIC SEE-TO
Rasa lucu melihat kenyataan terkini Tun Dr Mahathir yang mendakwa manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) akan berjaya mengurangkan hutang kerajaan persekutuan.
Jika diteliti, manifesto HARAPAN untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 hanya berkisar tentang hasrat mereka ingin memansuh pelbagai perkara dan pada masa sama menawarkan pelbagai bentuk dedak kepada rakyat.
Hakikatnya manifesto tersebut tidak menjelaskan bagaimana mereka bercadang untuk mengurangkan defisit atau hutang kerajaan.
Rekod prestasi kerajaan Selangor dan Pulau Pinang sejak jatuh ke tangan mereka pada 2008 mejadi pentunjuk jelas HARAPAN gagal membiayai perbelanjaan tahunan.
Perbelanjaan operasi kedua-dua negeri setiap tahun meningkat dengan ketara khususnya Pulau Pinang yang melonjak tinggi dengan peningkatan 500 peratus sejak 2008.
Bagi membiayai jumlah perbelanjaan yang melambung ini, kerajaan Pulau Pinang terpaksa menjual dan menggadaikan tanah dan aset negeri yang bernilai hampir RM40 bilion.
Kedua-dua kerajaan negeri ini juga telah menaikkan kadar caj yang dikenakan ke atas pemaju dan hartanah yang menyumbang kepada kenaikan kos hartanah.
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual banyak tanah sejak 2008. Anggaran saya kini kurang 5 peratus tanah di negeri itu yang masih dimiliki kerajaan negeri, berbanding 18 peratus sebelum itu.
Rakyat mungkin masih belum merasakannya pada hari ini tetapi ia pasti akan memberi kesan buruk kepada generasi akan datang.
Semua ini gara-gara mereka terdesak dan terpaksa mencari sumber untuk membiayai perbelanjaan operasi tahunan yang tinggi.
Pastinya amalan menjual aset tetap bagi menampung kos operasi bukanlah cara pentadbiran yang baik.
Di Pulau Pinang, kebanyakan caj pemaju meningkat dua kali ganda. Peningkatan kos ini membawa kepada pelaksanaan kadar cukai setinggi RM120 kaki persegi ke atas hartanah di negeri itu.
Ia kemudiannya ditanggung rakyat sama ada dalam bentuk pinjaman hartanah yang lebih tinggi atau peningkatan kadar sewa. Ini sekaligus menaikkan kos sara hidup mereka.
Selain itu, ramai yang mula sedar penurunan 95 peratus hutang kerajaan negeri yang sentiasa dicanang DAP - malah DAP cuba mengambil kredit dalam soal itu - bukanlah atas inisiatif parti itu.
Ia sebaliknya disebabkan langkah kerajaan persekutuan yang mengubah hutang air kerajaan negeri menjadi kaedah pembayaran pajakan tahunan untuk tempoh 45 tahun.
Di Selangor pula, pada tahun kedua Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi menteri besar, negeri itu kembali mengalami defisit pada tahun 2016.
Azmin juga menandatangani perjanjian untuk meminjam RM7 bilion daripada kerajaan persekutuan untuk penstrukturan semula kemudahan air negeri itu.
Era Mahathir
Bagi Mahathir pula, rekod pengurangan hutangnya terlalu rapuh. Sejak 1981 hingga 2003, beliau meingkatkan saiz hutang kerajaan sebanyak 706 peratus.
Dalam tempoh enam tahun terakhir menjadi perdana menteri, iaitu 1998 hingga 2003, Mahathir meningkatkan hutang kerajaan sebanyak 112 peratus kerana konsisten mengamalkan belanjawan defisit pada kadar empat hingga enam peratus.
Ia lebih tinggi berbanding kadar defisit ketika ini iaitu antara 2.8 hingga tiga peratus.
Pada enam tahun pertama pentadbirannya pula, Mahathir telah menggandakan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih dua kali ganda, iaitu daripada 44 peratus pada 1980 kepada 103.4 peratus pada 1986.
Nisbah ini kekal melebihi 60 peratus selama lebih sedekad pentadbirannya.
Akibatnya kadar pembayaran hutang negara (nisbah jumlah bayaran hutang kerajaan berbanding KDNK) setinggi 1.8 peratus pada 1987 dan kekal melebihi 20 peratus selama bertahun-tahun.
Bandingkan angka ini dengan nisbah hutang berbanding KDNK pada masa ini yang sentiasa konsisten pada kadar 50 peratus.
Bandingkan pula kadar pembayaran hutang negara zaman Mahathir dengan pentadbiran Najib yang kini pada kadar 12 peratus.
Berdasarkan rekod pencapaian Mahathir, kerajaan negeri HARAPAN dan manifesto "mansuh semua", kita boleh menganggap jika mereka menang PRU ke-14 hutang kerajaan hampir pasti akan meroket lebih tinggi.
Pentadbiran Najib
Satu-satunya masa hutang kerajaan melonjak dengan ketara pada era Najib adalah ketika beliau menjadi perdana menteri pada 2009.
Ketika itu beliau memperkenalkan tiga pakej rangsangan ekonomi yang menyebabkan hutang kita melonjak daripada 40 peratus kepada 50.8 peratus dalam tempoh setahun.
Ia berpunca daripada kejatuhan pelaburan dan jumlah eksport ketika dunia dilanda kemelesetan ekonomi yang teruk antara 207 hingga 2012.
Ketika itu Amerika Syarikat sendiri terpaksa bail out beberapa syarikat seperti Citibank, General Motors dan AIG.
Disebabkan pakej rangsangan tersebut yang mengepam sejumlah besar wang ke dalam ekonomi negara, ekonomi Malaysia berjaya dipulihkan lebih cepat berbanding negara kuasa ekonomi dunia.
Namun ramai yang tidak menyedari skala kemusnahan yang mungkin berlaku jika tiga pakej rangsangan yang meningkatkan hutang itu tidak diambil.
Ironinya, ramai yang menyalahkan Najib kerana peningkatan hutang kerajaan. Mereka sebenarnya menyalahkan beliau atas 'kesalahan' menyelamatkan ekonomi Malaysia.
* ERIC SEE-TO adalah timbalan pengarah, Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC)

Eric, Lu Bay Hio, lu bukan pakar ekonomi, ok diam-diam udah ler..lu tiam-tiam maaa
ReplyDeleteMemanglah kalau kaki hutang cuba samakan orang seperti mereka. Hutang2 boleh dikurangkan dengan merampas semua harta2 yang telah samun oleh pemimpin2 korap. Membatalkan semua projek2 yang tidak bermanafaat kepada rakyat. Mengukuhkan perniagaan domestik dan megurang kebergantungan import dari luar negara. Insha Allah hutang2 akan boleh dikurangkan dan dihapuskan.
ReplyDelete