Saturday, March 17, 2018

Saya meraguinya: “Adakah dia tahu tentang hak lain dalam MA63?" - Zainnal

March 17, 2018
Adakah Anifah benar-benar akan letak jawatan?
Tracy Patrick
Zainnal berkata ancaman Anifah untuk berhenti cuma cakap kosong

KOTA KINABALU: Seorang aktivis politik Zainnal Ajamain mencemuh ikrar Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman akan meletakkan keahlian Umno dan jawatan kerajaan jika Putrajaya tidak memulihkan hak Sabah.

Beliau berkata menteri itu mungkin tidak tahu semuanya tentang jaminan-jaminan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Merujuk kepada laporan berita tentang kenyataan yang Anifah buat baru-baru ini mengenai memulihkan hak-hak tersebut, Zainnal berkata: “Apa dia maksudkan dengan istilah ‘hak Sabah’ dan bagaimana dia melihat kerajaan memenuhi janji mengembalikan hak-hak itu?

“Mana tahu mungkin Anifah merasakan ia hanya Putrajaya memulangkan 40% daripada hasil bersih Sabah yang dikutip di negeri ini. Nampaknya dia hanya bercakap tentang perkara itu.

“Adakah dia tahu tentang hak lain dalam MA63? Saya meraguinya.”

Zainnal mendakwa pernah menjalankan penyelidikan mendalam tentang MA63 dan pernah menerbitkan buku mengenai perkara itu. Beliau berkata perjanjian itu menyatakan 53 hak.

“Jika Putrajaya sungguh mahu memulangkan hak Sabah dan Sarawak, ia perlu melihat senarai lebih 50 pelanggaran yang saya himpunkan,” katanya.

“Putrajaya dialu-alukan untuk menentukan hak mana yang akan dikembalikan dahulu. Jika mahu mula dengan 40%, baguslah. Tetapi jangan berhenti di situ. Hak Sabah lebih daripada itu. Kita mahu hak ke atas minyak dan gas, contohnya.”

Pada Sabtu, media tempatan memetik Anifah sebagai berkata beliau menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang yang menunaikan janji dan oleh itu akan memulihkan hak Sabah yang dijamin MA63.

Zainnal tidak percaya Najib akan menunaikan janjinya.

“Dia tidak akan melakukannya. Dia mungkin beri RM1 bilion untuk menenangkan rakyat Sabah dan berkata, ‘Inilah 40%.’ Tetapi dia tidak akan melakukannya benar-benar mengikut Perlembagaan Persekutuan.”

Beliau berkata ancaman Anifah untuk berhenti itu cuma “cakap kosong” kerana mungkin dia sudah menjangkakan Putrajaya akan memberikan RM1 bilion “walaupun dia tahu benar 40% itu lebih daripad RM1 bilion”.

No comments:

Post a Comment