Wednesday, March 21, 2018

Perkara mudah pun tak fahamkah: Mereka ini "...tidak tahu di mana letak sense mereka." - terbalik tuu!

Riuh tak tentu hala isu pecat penjawat awam
The Malaysian Insight · Diterbitkan pada 21 Mar 2018 11:00AM
Kenyataan Mukriz Mahathir tentang pembangkang akan memecat penjawat awam yang menyokong Umno seharusnya diraikan pemimpin Umno, bukannya melatah tak tentu hala. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2018

RASA tidak selamat tidak ada hujungnya dalam Umno. Pemimpinnya kalau berjalan ternampak sombong, kalau bercakap bunyinya berdegar-degar tetapi cuba ada ada laporan atau artikel yang tidak ngam dengan naratif mereka, nah, mereka mula melatah.

Ambil saja ucapan Mukhriz Mahathir yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) akan memecat penjawat awam sekiranya gabungan itu dapat mandat dalam pilihan raya, kononnya berhubung sokongan mereka kepada kerajaan hari ini.

Mukhriz hanyalah seorang pemimpin pembangkang yang menggariskan agenda partinya. Lumrah bagi ahli politik di mana-mana pun di serata dunia kecuali nampaknya di Malaysia.

Diam-diam, pemimpin Umno terganggu dengan apa yang dikatakan oleh Mukhriz dan dengan media kerana menyiarkan kenyataannya itu. Mereka mengugut mahu mengambil tindakan ke atas media, blah blah blah. Tuan-tuan faham apa maksudnya.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor memberikan pandangannya tentang isu berkenaan. Komennya kepada wartawan semalam pendek saja, "...tidak tahu di mana letak sense mereka." Beliau kemudian merungut tenaga kerja perkhidmatan awam yang adakalanya tidak mencukupi.

Inilah yang jadi tanda tanya.

Kenyataan Mukhriz itu boleh menjejaskan PH kerana ia barangkali akan menyebabkan perkhidmatan awam menyokong Barisan Nasional (BN).

Kenapa mengecam media kerana menyiarkan kenyataan Mukhriz? Kenapa ugut hendak hantar notis undang-undang? Kenapa pula sampai minta laporan itu dipadamkan sedangkan ia diberi liputan meluas dan dikritik di ruang lain?

Bagi sebuah parti yang luar biasa yakinnya akan menang pilihan raya dan mengetepikan cabaran pemimpin berumur 93 tahun dan rakan-rakannya, pemimpin Umno dan BN nampak mudah panas telinga dan rasa macam tidak selamat hendak melangkah ke pilihan raya.

Hakikatnya, pembangkang lebih sibuk menghentam parti pemerintah daripada menjelaskan manifesto atau rancangan mereka untuk sebuah Malaysia yang lebih sejahtera. 

Hakikatnya, parti pemerintah ada peluang lebih baik untuk kekal di Putrajaya daripada ditumbangkan pada pilihan raya ini.

Atau begitulah ceritanya, apabila parti pemerintah ke hulu ke hilir menjaja janji-janji serupa lima tahun lalu.

Makanya, kenapa hendak panas punggung dan melatah dengan komen seorang pemimpin politik yang pada suatu masa dulu adalah juga sebahagian daripada kalian?

Mungkin kata-kata Ku Nan itu sesuai untuk menggambarkan mereka ini: "...tidak tahu di mana letak sense mereka." – 21 Mac, 2018.

* Tak faham atau sengaja 'badot'kan diri?
-  Cer baca apa yang mukhriz maksudkan sebenar

2 comments:

  1. Ni la mentaliti penjawat awam Malaya. Tu pasal Malaya tak maju maju. Majoriti yang pegang jawatan tu Melayu dan yang bangang pun Melayu tu la jugak! Kah kah kah. Puuuih!

    ReplyDelete
  2. ngaji tinggi tinggi
    dapat jawatan tinggi pangkat besar
    tapi bodo 60 thaun ditipu amono
    takut apa undi pakatan
    kalau ramai undi apa amono boleh buat?????
    mau tukar mau berhentikan penjawat awam
    tak mungkin itu gila namanya
    lumpuh kerajaang
    lagi pulak kalau askar n polis berani amono nak berhentikan ramai ramai
    ynag betoinya amono yang amat takut
    kalau ramai penjawat awam undi pakatan
    dahlah jangan terus jadi boddo

    ReplyDelete