Tuesday, March 20, 2018

Pecat pegawai kerajaan: Mukhriz kata yang 'lidungi' Najib. Bukan semuanya

* Tapi tajuk belit/spin akhbar harian pro kerajaan di maksudkan lain dengan tajuk yang mengelirukan. Cer baca link yang saya sertakan di bawah artikel ini.

Pakatan akan pecat pegawai kerajaan lindungi Najib
Melati A. Jalil, Yasmin Ramlan  · Diterbitkan pada 18 Mar 2018 7:52PM
Kalau nak berpihak kepada ‘government of the day’ itu tak apa. Tapi mereka melampaui batas (dengan) melindungi penjenayah, kata Mukhriz. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Mac, 2018

TIMBALAN Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata, gabungan parti pembangkang akan memecat kesemua pegawai kerajaan yang melindungi Perdana Menteri Najib Razak.

Tindakan itu akan dibuat kerana Najib merupakan seorang “penjenayah,” kata bekas menteri besar Kedah itu dalam satu sesi dialog di Senawang, hari ini.

 Katanya ia akan disenaraikan sebagai tindakan yang akan dilaksana oleh Pakatan Harapan (PH) dalam masa 30 hari selepas berjaya menawan Putrajaya.

“Kalau kami berjaya tubuhkan kerajaan dengan mandat (yang diberikan) tuan-tuan dan puan-puan, saya boleh masukkan janji dalam 30 hari, kami akan pecat kesemua pegawai tinggi kerajaan.

"Ini melampau. Kalau nak berpihak kepada ‘government  of the day’ itu tak apa. Tapi mereka melampaui batas (dengan) melindungi penjenayah.

"Bagi kami (Perdana Menteri) Najib Razak itu penjenayah. Ia satu yang tak boleh diterima,” kata Mukhriz lagi kepada kumpulan anggota NGO dalam program itu.

Tegasnya, pegawai berkenaan memegang amanah untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukannya menjaga individu tertentu.

Selain itu, PH juga akan mengubah cara pelantikan jawatan utama dalam badan kerajaan supaya ditentukan oleh ahli parlimen sebelum dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Katanya ia termasuk pelantikan untuk jawatan ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam negara.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rancangan PH untuk menangani pegawai tertinggi kerajaan selepas 30 hari memenangi pilihan raya umum 14.

Hanya Dr Mahathir layak lawan Najib

Mukhriz juga memberi jaminan bahawa Dr Mahathir yang juga bapanya itu tidak akan menjadi perdana menteri untuk tempoh lama dan hanya mengisi jawatan tersebut untuk melawan Najib.

"Tapi dia selalu sebut umur dah 92, jadi takkan lama sangat nak pegang jawatan tu," katanya.

Pada masa sama beliau mengakui bahawa banyak negara di seluruh dunia memilih pemimpin muda untuk menerajui kerajan.

Namun hanya Dr Mahathir Mohamad yang mampu menewaskan Najib dalam pilihan raya umum akan datang, tegasnya.

"Yang betul-betul boleh kalahkan Najib Razak dan (isterinya) Rosmah Mansor dan seluruh jentera Barisan Nasional (BN), tak lain tak bukan hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang layak,” katanya.

Begitu juga jika dibandingkan dengan pemimpin lain dalam PH seperti timbalan presiden PKR Azmin Ali dan naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar, tambahnya.

"Tujuan ialah untuk peralihan, nak ambil alih nak bagi keyakinan kepada rakyat.

 Kalau nama saya naik (sebagai calon PM), Azmin Ali naik, nama YB Izzah naik, kena perkenalkan lagi apa yang kita buat selama ini.

"Pengalaman (kami jika) dibanding dengan Tun jauh beza sangat – langit dan bumi," katanya.

"Jadi payah. Lebih memudaratkan PH kalau orang baru nak jinak dalam politik, kita tonjolkan sebagai calon PM, nak lawan seorang kleptokrat seperti Najib Razak. Saya rasa tak mampu," katanya.  

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang wakil NGO mengenai pemilihan calon perdana menteri dan timbalan perdana yang lebih muda.

Wakil NGO terbabit juga mencadangkan agar beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri dan Nurul Izzah sebagai calon timbalannya.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata timbalan pengerusi PH Dr Wan Azizah Wan Ismail juga calon timbalan perdana menteri terbaik untuk meyakinkan rakyat supaya memilih gabungan parti itu. – 18 Mac, 2018.

Pautan:

Berita harian: Pakatan akan pecat pegawai tinggi kerajaan - Mukhriz
Utusan online: Pakatan Harapan mahu pecat semua pegawai tertinggi kerajaan
Ismaweb: PH pecat pegawai tinggi kerajaan jika menang PRU14

Isamaweb perbetulkan laporan kenyataan Mukhriz

Pecat pegawai kerajaan: Mukhriz kata kenyataan diputar belit
PH hanya pecat pegawai yang sengaja lindungi penjenayah seperti Najib
Nor Azlinda Abdullah   20/03/2018 0 27
BANGI, 2 Rejab 1439H, Selasa – Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan laporan, kononnya gabungan pembangkang akan memecat semua pegawai tinggi kerajaan, sekiranya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau berkata, kenyataannya yang disiarkan media pro-Najib itu, sengaja diputar-belit untuk mengelirukan rakyat dan menakut-nakutkan pegawai-pegawai kerajaan.

Sedangkan, mereka faham apa yang diperkatakan adalah PH akan memecat pegawai tinggi kerajaan yang sengaja melindungi penjenayah iaitu Datuk Seri Najib itu sendiri.

“Mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang tidak melakukan kesalahan itu, sebaliknya bersikap profesional memikul amanah untuk sentiasa menjaga kepentingan rakyat tentunya tidak akan dipecat walaupun PH mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

“Malangnya ada beberapa pihak yang terus terpedaya dengan putar-belit media Najib itu, atau sudahpun makan suapan dedak Najib mengulas kenyataan saya yang disalah laporkan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan, sekiranya PH berjaya memegang kerajaan dengan mandat yang diberikan rakyat, dalam janji 30 hari pertama gabungan pembangkang akan pecat semua pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang memihak kepada Barisan Nasional.

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau yakin pegawai kerajaan yang tidak melakukan sebarang kesalahan akan rasa selesa bahawa mereka tidak akan dipecat.

“Ironisnya pegawai-pegawai kerajaan yang menolak arahan untuk melindungi kesalahan Najib serta merta digugurkan jawatan, atau ditukar jawatan.

“Saya percaya bahawa beberapa pegawai tinggi kerajaan yang bersekongkol dengan kleptokrat Najib itu menghitung hari mereka akan digugurkan dari jawatan, dan akan dihadapkan kemuka pengadilan seperti yang Rakyat harap akan dilakukan oleh PH,” katanya.

4 comments:

  1. I just like the helpful info you supply on your articles.
    I'll bookmark your blog and take a look at once more here
    frequently. I am moderately certain I will be told lots of new stuff right right here!
    Best of luck for the next!

    ReplyDelete
  2. I'm now not sure the place you are getting your info, but great topic.
    I must spend some time learning more or working out more.
    Thank you for great info I was looking for this information for my mission.

    ReplyDelete
  3. I think this is onne of the such a lot significant info
    for me. And i'm happy reading your article. However should remark onn
    some general issues, The website taste is perfect, the articles is actually nice :
    D. Good task, cheers

    ReplyDelete
  4. I know this if off topic but I'm looking into starting
    my own blog and was wondering what all is needed to get setup?
    I'm assuming having a blog like yours would cost a pretty penny?
    I'm not very internet smart so I'm not 100% sure. Any recommendations or
    advice would be greatly appreciated. Many thanks

    ReplyDelete