Guan Eng dakwa PM ‘sebar berita palsu’ mengenai GST
TMI · Diterbitkan pada 12 Mar 2018 12:55PM
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Malaysia sudah mencatatkan defisit sebelum kerajaan persekutuan melaksanakan GST pada 1 April 2015. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2018
DAP hari ini menuduh Perdana Menteri Najib Razak "menyebarkan berita palsu" yang Malaysia akan mengalami defisit tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan mencabar Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kementerian perlu membuktikan tiada pilih kasih dalam mengambil tindakan apabila Najib "keluar dengan pembohongan terang-terangan dan berita palsu".
Ahli Parlimen Bagan itu berkata Malaysia sudah mencatatkan defisit sebelum kerajaan persekutuan melaksanakan GST pada 1 April 2015.
Beliau berkata dakwaan GST akan menangani defisit belanjawan kerajaan persekutuan adalah satu pembohongan.
"Malaysia terus mengalami defisit walaupun selepas GST dilaksanakan, dan dijangka kekal begitu.
"Jelas sekali GST yang berjumlah RM45 bilion yang dipungut tahun ini tidak mencukupi untuk menampung defisit kerana rasuah yang berleluasa dalam Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib dilaporkan berkata semalam yang Malaysia akan menjadi "negara defisit" jika ia tidak mempunyai GST sebagai sumber pendapatan.
"Sekiranya pembangkang mahu menghapuskan GST dan digantikan dengan SST (cukai jualan dan perkhidmatan), itu adalah satu pembohongan.
"Jika kita tidak dapat memperoleh pendapatan sebanyak RM45 bilion, negara akan menjadi negara defisit," katanya dipetik berkata dalam berita itu.
Pemimpin BN beberapa kebelakangan ini mempertahankan GST, berikutan janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan cukai itu dalam tempoh 100 hari ia mengambil alih Putrajaya sebagai langkah untuk menangani kenaikan kos sara hidup.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah juga dilaporkan berkata pemansuhan GST akan menyebabkan Malaysia kehilangan RM45 bilion.
"Ia jumlah yang besar, dan kami tidak memperkenalkannya begitu sahaja, tetapi selepas mengkajinya selama bertahun-tahun.
"Sejumlah 160 negara di dunia melaksanakan GST, tetapi ia dilaksanakan dalam pelbagai kadar peratusan, tetapi di Malaysia, kita mengambil 6% - kadar yang lebih munasabah, dan tidak membebankan ekonomi dan rakyat," katanya.
Lim berkata hanya "kerajaan bersih boleh memulihkan defisit", memetik pengalaman kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.
Kedua-dua negeri ditadbir oleh pembangkang sejak 2008. Di Pulau Pinang, Lim menjadi ketua menteri selama 10 tahun.
"Pulau Pinang dan Selangor membuktikan kita boleh mempunyai bajet lebihan walaupun tanpa GST, selagi kita mempunyai kerajaan yang bersih tanpa rasuah," katanya. – 12 Mac, 2018.

No comments:
Post a Comment