AbdullahJones | Dikemaskini 19 Mac 2018, 9:44 pagi
Kami dapati adalah sukar untuk mengubah persepsi seseorang yang telah lama dibasuh otaknya.
Apa saja yang kami tulis pasti dilihat dari sisi politik.
Apabila kami cerita tentang pembunuhan bermaruah yang mendatangkan imej buruk kepada Islam, maka orang politik akan membacanya sebagai satu tamsilan kepada partai kesayangan mereka.
Yang sokong Melayu akan berteriak tanpa perlu ada sebab yang baik, manakala yang sokong partai agama pun berbisik-bisik mengatakan bahawa kami ini lain kerjanya tidak ada kecuali menghentam partai mereka.
Orang beragama memang begitu. Mereka ada akhlak dan tidak semberono.
Hidup ini bukan mengenai kita (sahaja) - itu yang kami pegang dan semua orang bukan kerjanya mencari salah (partai) kita setiap hari.
Diangin-anginkan partai politik
Yang paling salah ialah mereka yang bankrap dalam mentadbir partai. Yang paling malang pula ialah mereka yang korup semasa memegang jawatan dalam partai.
Ini yang kami ulang-ulang setiap kali dan kami tidak peduli siapa mereka. DAP-kah, Umnokah, PAS-kah, AMANAH-kah, BERSATU-kah atau mana-mana partai politik sekali pun.
Mengapa ini tidak boleh masuk ke kepala kita? Kerana kepala kita sudah dipenuhi dengan keajaiban yang kita lihat dimiliki oleh partai politik dukungan kita.
Kerana bebalnya ini, maka layaklah kita diangin-anginkan oleh ketua mana-mana partai yang kita sokong.
Dengan janji memartabatkan bangsa, maka kita pun mendabik dada bahawa kita ini menyokong apa sahaja yang akan menjadikan bangsa kita lebih superior berbanding bangsa lain.
Kita didik anak bangsa supaya jadi bangga dilahirkan dalam satu kelompok sambil memperlekehkan bangsa lain.
Sifat ini ada dalam semua bangsa di Malaya ini. Baik Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain - semuanya ada.
Jika kamu mahu tahu, ini dipanggil rasis dan ianya adalah pekung paling jahat dalam mencari jalan menjadi manusia sihat.
Bangsa banyak membunuh
Semua sibuk membangunkan bangsa sendiri dan sengaja mahu melemahkan bangsa lain dengan alasan kononnya demi kelangsungan hidup bangsa mereka.
Kepada mereka, tuhan tidak ada hak untuk menentukan hidup mati bangsa.
Jika kamu mahu tahu, ada satu jalan politik di dunia ini yang terkenal sangat memperjuangkan bangsanya dan kamu sangat benci akan mereka.
Bangsa ini paling banyak menerima dan pada masa sama membunuh para nabi dan rasul.
Pemimpin mereka menjadikan agenda mengangkat tinggi bangsa sendiri sambil dengan senang hati membunuh - secara literal - bangsa lain.
Penyokong mereka diasuh dengan bersungguh-sungguh tentang betapa mulianya mereka tanpa ada rasa perlu dinilai bangsa-bangsa lain.
Lalu penyokong mereka berasakan ini adalah perkara benar dan hak.
Sama sahaja kamu dan mereka apabila kamu sangat sibuk dengan agenda menaikkan bangsa suci kamu itu.
Apa yang boleh kami lakukan untuk mengubah persepsi bahawa bangsa apa pun mesti layak diberi keadilan selama mana mereka taat dalam undang-undang dan saksama dalam menerima dan memberi peluang.
Janji mesti menang
Kemudian kita ada mereka yang menjadikan agama sebagai jalan politik. Di sini ada jalan nipis yang payah dibeza.
Dan selalunya, penyokong kumpulan ini lebih jujur dalam perjuangan sedangkan mereka yang berada di barisan kepimpinan ialah ahli politik yang mahir dan mencuba sedaya upaya untuk kekal dalam jawatannya.
Lihat saja apabila berlaku pemilihan dalam partai maka sungguh-sungguh berusaha mereka untuk menang tanpa belas kasihan kepada kawan walaupun lawan mereka yang dilihat lebih berwibawa.
Ustaz lawan ustaz. Ulama lawan ulama. Siapa pun mereka, apa pun caranya, lawan mesti lawan. Janji menang.
Kami ulang dan ulang bahawa ahli politik yang ada hari ini ialah mereka yang saling salah menyalah hanyasanya untuk menang pilihan raya.
Mereka mempertahankan partai demi untuk mempertahankan diri. Bagaimana kami mahu mengubah persepsi ini?
Demi sesungguhnya kami pasrah bahawa kami ini walau apa pun akan sentiasa dianggap sebagai antimelayu, antiagama, penyokong LGBT, sekular - dan yang terbaru - seorang ateis.
Lembut sungguh lidah tidak bertulang tuan-tuan sekalian.
Baca 'Masjid kampung pun bayar lebih RM4,000'
Kerana kuat berpegang dengan persepsi jugalah maka semua kita ini akan kekal dalam satu sistem pemerintah yang ada sekarang ini tanpa mengira siapa yang akan menang dalam pilihan raya akan datang.
Kita tidak mahu mereka yang benar-benar mahu melindungi kita, tetapi kita mahu orang kita menang dan jika setelah itu mereka jahat, maka kita pun jadi pemaaf paling agung.
Tak apalah, kalau kita di tempat mereka, kita pun akan rasuah. Lagi pula kita beriman lemah, dan siapa yang tidak teruja dengan harta wang berganda, kata kita memujuk diri sendiri.
Sedangkan kita ada kuasa untuk mengubah tetapi disebabkan Dollah yang kata, maka pergi jahanamlah Dollah, si sesat dalam cahaya yang handsome tidak terkira itu.
* ABDULLAHJONES ialah pelukis, penulis dan penyair yang sederhana. Juga seorang jurugambar amatur.

No comments:
Post a Comment