Thursday, March 15, 2018

Lagi pertikaian agama: Budha-Islam

Saya Penganut Buddha, Bukan Islam – Rosliza Ibrahim
By Wartawan Menara - March 15, 2018
Kuala Lumpur: Seorang wanita yang berasal dari Selangor mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Buddha dan bukannya beragama Islam mahu pihak mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Muslim sepertimana yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online

Rosliza Ibrahim, 37 tahun, dengan bantuan peguamnya, Aston Paiva, telah membawa permohonan beliau untuk diisytiharkan sebagai bukan Islam ke Mahkamah Rayuan dua hari yang lalu.

“Wanita ini dilahirkan sebagai seorang penganut Buddha oleh ibunya, beliau terus mengamalkan ajaran Buddha sehingga ke hari ini dan mahu meneruskan kehidupan beliau sebagai seorang penganut ajaran Buddha secara aman di Malaysia,” kata Aston Paiva dalam penerangannya. 

Rosliza turut mendakwa bahawa Undang-Undang Islam Negeri Selangor dan bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak terpakai ke atasnya kerana beliau bukan seorang penganut agama Islam dan tidak pernah mengamalkan mana-mana ajaran Islam. 

Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa beliau dilahirkan sebagai anak luar nikah dimana ibunya yang beragama Buddha dan bapanya yang beragama Islam tidak pernah berkahwin mahupun mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat pihak berkuasa agama termasuk di sepuluh buah negeri selain Selangor. 

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada tahun 2017 membuat penghakiman bahawa kedua-dua ibubapa beliau mungkin telah bernikah tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka. 

Dalam penghakiman yang sama turut dinyatakan bahawa menurut Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor boleh mendengar dan memutuskan perkara-perkara membabitkan orang-orang Islam jika ia bersabitan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. 

Aston Paiva, peguam Rosliza Ibrahim sebelum ini terlibat dengan kes Indira Gandhi membabitkan penukaran agama anak secara unilateral dan beliau juga pernah mendakwa dalam sebuah forum anjuran kumpulan G25 baru-baru ini bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak berperlembagaan.

3 comments:

  1. anak haram susah sanagt nak sebut ka

    ReplyDelete
  2. Salah bapak dia. Jgn salahkan ibu dan anak.

    ReplyDelete
  3. Timbul persoalan di sini, jika ibunya adalah seorang penganut budha sedangkan tidak pernah berkahwin dengan bapa biologinya sama ada sebelum ataupun selepas dia dilahirkan dan hanya dipelihara oleh ibunya yang kekal beragama budha, mengapakah Jabatan Pendaftaran membenarkan nama bayi (ketika itu)didaftarkan dengan nama Rosliza Ibrahim? Mengikut usianya sekarang seperti yang dinyatakan iaitu 37 tahun, bermakna dia dilahirkan dalam tahun 1981. Ya tahun 1981 bukannya 1961, apakah Jabatan Pendaftaran ditahun 1981 terlalu cuai meneliti masalah yang mungkin akan timbul dikemudian hari? Setuju dengan anon 8:43pm, yang bersalah adalah lelaki yang telah menyebabkan ibunya menghamilkan Rosliza Ibrahim dan jangan diabaikan bahawa Jabatan Pendaftaran juga adalah satu lagi pihak yang sepatutnya boleh dipersalahkan.

    ReplyDelete