Marah Najib dituduh 'pencuri', MP DAP koyak The Economist
mk | Dikemaskini 13 Mac 2018, 9:04 malam
PARLIMEN | Seorang anggota parlimen hari ini mengoyak salinan majalah The Economist yang menyiarkan laporan yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan "mencuri" kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Nga Kor Ming (DAP-Taiping) berkata tajuk laporan itu iaitu "Stop, thief! Malaysia's PM is about to steal an election” (Berhenti, pencuri! PM Malaysia akan mencuri pilihan raya) adalah melampau.
"Ini tak boleh diterima, mereka di London menghina perdana menteri kita sebagai pencuri. Saya akan koyakkannya!" katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata apa yang lebih menaikkan kemarahannya adalah tiada pemimpin daripada BN yang memulakan tindakan undang-undang terhadap majalah berpengaruh British itu.
"Jika anda tidak mampu menanggung kosnya, tak apa. Saya, Beruas (Ngeh Khoo Ham), Puchong (Gobind Singh Deo) boleh memberi khidmat perundangan percuma kepada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) jika Pekan tidak mahu dipanggil sebagai pencuri.
"Kita akan ambil tindakan undang-undang di London," katanya lagi.
Beliau berkata Najib dan kerajaan terus membisu dengan penghinaan itu, sama seperti edisi terbaru majalah terkenal Indonesia Tempo, yang mendakwa kapal layar mewah Equanimity yang dirampas adalah milik individu yang rapat dengan Najib.
Dalam laporan itu, The Economist mendakwa Najib akan "menafikan pilihan pengundi" antaranya melalui gerimander dan pembahagian sempadan pilihan raya.
Laporan itu mendakwa ini kerana Najib bimbang pengundi tidak akan memilih BN ekoran isu 1MDB.
“Di kebanyakan negara, kerajaan yang membenarkan AS$4.5 bilion hilang dari agensi pembangunan negara akan bergelut untuk menang dalam pilihan raya semula. Tetapi dalam pilihan raya di Malaysia, pengundi tidak diambil kira sangat," dakwa laporan itu.
Najib menafikan sebarang salah laku berkaitan 1MDB. Peguam Negara Tan Sri Apandi Alai juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Cina jugak yg jadi hero..
ReplyDeleteTerbaek mp pakatan!