Friday, March 16, 2018

Kekadang terfikir juga, betul ker kepala mamat yang bergelar Dr. ni?

Mohd Fitri Bin Asmuni

PENJELASAN TERHADAP RESPON DR KAMARUL BERKAITAN PROSES MEDIASI YB DATO’ DR MUJAHID DAN DR KAMARUL.

Saya ingin merujuk kepada posting Dr Kamarul semalam berkaitan proses Mediasi yang diadakan semalam di Pusat Mediasi, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Setelah selesai proses Mediasi semalam, saya telah menasihatkan Dr Mujahid agar tidak memuatnaik apa-apa posting di media sosial sebagai menghormati proses Mediasi yang sedang berjalan.

Malangnya, beberapa jam setelah proses Mediasi dijalankan, Dr Kamarul telah memuatnaik satu posting bergambar yang mengelirukan di Facebook beliau sendiri sehingga menyebabkan ramai pihak yang keliru telah menghubungi Dr Mujahid untuk mendapatkan kepastian.

Oleh itu, saya telah diminta oleh Dr Mujahid untuk memberikan sedikit pencerahan terhadap posting Dr Kamarul tersebut. Atas keperluan itu, saya terpaksa memuatnaik satu posting untuk menjelaskan kekeliruan yang berlaku. Selepas itu, beliau sekali lagi telah memuatnaik satu respon balas terhadap posting saya pula sehingga memaksa pihak kami untuk sekali lagi memberi penjelasan di sini.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa seandainya Dr Kamarul benar-benar jujur ingin menghormati kehendak Mahkamah, maka sewajarnya beliau tidak memuatnaik apa-apa posting berkaitan proses mediasi tersebut atau setidak-tidaknya mengelak dari memuatnaik posting yang mengelirukan seolah-olah memberi gambaran kepada umum bahawa Dr Mujahid “berjiwa besar” ingin menarik saman beliau terhadap Dr Kamarul tanpa apa-apa sebab.

Dr Kamarul di dalam jawapan balas beliau semalam telah memperincikan dan mendedahkan apa yang berlaku di dalam proses mediasi tersebut kepada umum. Walaubagaimanapun, kesemua dakwaan yang diperincikan dan didedahkan oleh Dr Kamarul di dalam jawapan balas beliau semalam TELAH DIJAWAB SATU PERSATU oleh Dr Mujahid di hadapan pegawai Mediasi.

Mengenai Tuntutan Balas beliau terhadap Dr Mujahid, perlu saya tegaskan di sini bahawa perkataan “gila”, “jumud” dan sebagainya yang dikutip oleh Dr Kamarul semalam melalui artikel Dr Mujahid bertajuk “Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan” telah dikutip secara tidak bertanggungjawab dan diluar daripada konteks. Perlu diketahui bahawa artikel Dr Mujahid yang menjadi subjek kepada Tuntutan Balas tersebut adalah respon beliau terhadap beberapa artikel Dr Kamarul terhadap beliau. Tidak perlulah saya perincikan di sini berkaitan artikel Dr Mujahid tersebut kerana di sini bukanlah medannya.

Apapun dakwaan Dr Kamarul kepada Dr Mujahid semalam, pegawai Mediasi yang mendengar hujahan dan alasan dari kedua-dua pihak semalam tetap memohon supaya Dr Kamarul memohon maaf kepada Dr Mujahid, dan bukan sebaliknya. Namun beliau enggan dan menolak tuntutan “mudah” dari Dr Mujahid tersebut dan meminta masa untuk berfikir.

Justeru, pegawai Mediasi telah menetapkan satu tarikh lain bagi memberi ruang kepada Dr Kamarul untuk membuat keputusan.

Akhir kalam, saya menasihatkan Dr Kamarul agar benar-benar menghormati proses Mediasi dan Undang-undang yang sedang berjalan di Mahkamah. Dr Mujahid dan saya akan menunggu apa jua keputusan dan penjelasan Dr Kamarul di Mahkamah pada masa akan datang.

Terima kasih

Mohd Fitri Asmuni 
Peguam

4 comments:

  1. Hanya DR yg akal tak sihat je bergelumang dalam PAS..
    Lubuk taik

    ReplyDelete
  2. Spesis yg tinggal dalam PAS sekarang hanyalah dari kategori munafik dan dayus. Minta Dr. Mujahid teruskan saman dan jangan beri muka kepada manusia munafik yg bertopengkan Islam tetapi berdarah Iblis.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dengar ttg Dr kangkung ka? Ramai jg diuniversiti2 kita

    ReplyDelete
  4. Ramai yang berjawatan tinggi, tapi bila dah terikut-ikut dengan perangai kepala pemaki, begitu lah jadinya akhlaq depa!!!

    ReplyDelete