Friday, March 16, 2018

“Biarlah beliau yang putuskan. Ini tak boleh diputuskan oleh tali barut”

* Betullah tu, tak payang dok bergayut lama-lama. Lenguh tangan!
Satu lagi akan buktikan yang Najib tak boleh ditegur atau kritik
Namun prinsipnya memang begitu, jika tak sehaluan, undur lebih bermaruah

Saya akan bersara jika Najib isyaratkan, kata Rais Yatim
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 16 Mar 2018 8:32AM
Rais Yatim menyelar kenyataan Panel Pemikir Jasa, Tun Faizal Ismail Aziz yang mahukannya bersara selepas kenyataan Rais mendesak Jho Low disiasat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Mac, 2018

PENASIHAT sosiobudaya kerajaan Dr Rais Yatim berkata beliau sedia untuk bersara sekiranya “diisyaratkan” Perdana Menteri Najib Razak.

“Kalau PM isyaratkan baru saya bersara. Tapi sabarlah Tun Faisal saya dah berhubung dengan PM. 

“Biarlah beliau yang putuskan. Ini tak boleh diputuskan oleh tali barut,” kata Rais melalui catatan di akaun Twitter @DrRaisYatim lewat malam tadi.

Rais mengulas gesaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz yang memintanya meletakkan jawatan kerana mengkritik kerajaan.

“Silalah letak jawatan jika tidak boleh bertindak sebagai menteri dan menggunakan saluran yang betul,” kata Tun Faisal melalui akaun Twitter semalam.

Menjelaskan mengenai kritikannya itu Rais berkata, beliau hanya mahukan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low disiasat.

“Macam nak runtuh langit,” katanya.

Pada awal bulan ini, Rais membidas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak kerana turut beria-ia mempertahankan Jho Low.

Ia susulan kenyataan Salleh yang mendakwa Jho Low bukan pemilik kapal mewal Equanimity yang dirampas penyiasat Amerika Syarikat berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Julai 2013, Rais dilantik sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri. 

Selain itu, beliau juga merupakan presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. – 16 Mac, 2018.

1 comment: