Monday, March 12, 2018
50 AHLI UMNO DAN PAS JENGKA MASUK PPBM TANPA DEDAK SATU SEN PUN
Tuan-tuan, sila lihat gambar berikut. 50 ahli UMNO dan PAS di Jengka 13, dalam Parlimen Jerantut telah keluar parti masing-masing dan menyertai PPBM.
Sidang Media perisytiharan keluar PAS / UMNO telah diadakan bersama saudara Wan Mohd Shahrir, Ketua Perhubungan PPBM Pahang yang juga bakal calon kerusi Parlimen Jerantut.
Parlimen Jerantut merangkumi tiga kerusi DUN ia itu Tahan, Damak dan Pulau Tawar.
Apa yang harus diteliti ialah 50 ahli PAS dan UMNO ini rela meninggalkan parti masing-masing tanpa sebarang pembayaran dedak atau habuan.
Mereka juga menanggug risiko besar menjadi mangsa dendam UMNO, PAS dan BN sebab tentu sekali tindakan berani mereka ini sangat memalukan PAS dan UMNO.
Salah seorang daripada 50 orang ini pernah menyertai PAS selama 54 tahun ia itu sejak 1964. Namun demikian, beliau melihat kerjasama antara PAS dan pemimpin UMNO yang penipu, pencuri dan pengkhianat menjadi bukti PAS adalah haiwan politik semata dan bukan berjuang untuk apa pun.
Ramai penduduk di kawasan ini adalah peladang kelapa sawit termasuk kawasan Felda yang menghadapi tekanan duit dan ekonomi yang makin rumit.
Jalan tanah di kawasan ladang tidak terjaga sehingga terlalu susah untuk memotong buah kelapa sawit dan mengangkut hasil keluar. Sebahagian daripada peneroka kawasan ini tidak mengutip hasil sejak empat bulan.
Bayaran dari Felda untuk kutipan buah juga makin lewat, sehingga dua bulan sebelum peneroka dapat bayaran tunai.
Kawasan sekitar ladang juga tidak terjaga dengan belukar, lalang dan pokok duri bukan saja menghalang laluan masuk ke ladang tetapi menghakis kesuburan tanah yang mengurangkan hasil buah kelapa sawit.
Nasib mereka tidak akan berubah kecuali kerajaan BN tumbang dan kerajaan baru wujud yang akan membantu mereka dalam keadaan yang sangat genting ini.
Jika BN masih kekal sebagai kerajaan, nasib penduduk di Jengka 13, DUN Damak, Pulau Tawar dan Tahan serta seluruh Parlimen Jerantut (dan juga nasib kita semua di Malaysia ini) akan menjadi jauh lebih susah. Percayalah. Ini bukan cakap kosong. Orang kita semua makin susah.
Posted by Syed Akbar Ali at 3:02:00 PM

Setuju dengan ayat'PAS haiwan politik'..
ReplyDeleteHaiwang politik besarban
Ni la muka yang menjilat umno hingga kekal berkuasa. Ni juga yang akan jadi duri dalam daging. Sekupang je umno hulur ni jugak la muka yang akan buat U turn. Semua muka bodoh nak mampus tak bersekolah. Puuih! Kah kah kah.
ReplyDelete