‘Saya akan pergi rumah Mahathir raya nanti’
JANATUL FIRDAUS YAACOB 18 MAC 2018
SHAH ALAM - “Raya Aidilfitri nanti saya akan ke rumah Tun Dr Mahathir Mohamad makan lemang, kalau nak marah dengan saya, marahlah, demikian ungkapan Penasihat Sosiobudaya Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim.
Menurut Rais, sebelum beraya ke rumah bekas Perdana Menteri keempat itu, beliau akan berkunjung ke rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu.
Bekas menteri kabinet itu turut mendedahkan bahawa sebelum ini beliau ditegah untuk berkunjung ke rumah Tun Dr Mahtahir ketika negara di bawah pimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Dulu saya di tegah untuk pergi ke rumah Tun Mahathir masa itu Pak Lah berkuasa. Trend itu juga timbul, ia membawa sifat politik yang membelahkan kesatuan pada hari-hari mulia seperti itu, sedangkan kita orang Islam harus akur kepada asas agama,” katanya ketika sesi Facebook Live Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini Rais pernah menzahirkan rasa sedihnya apabila hanya sebilangan kecil pemimpin negara menziarahi pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid hanya kerana perbezaan politik.
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, Allahyarham Sanusi adalah kawan kepada semua menteri yang ada dalam kabinet sekarang.
“Sanusi bekas setiausaha agung Umno, bekas menteri besar Kedah, menteri pertanian dan juga menteri pembangunan luar bandar jadi sahabat beliau ada beratus-ratus dalam kerajaan sekarang.
“Jadi apabila sampai saya dapati dan tanya kawan-kawan tak ada rakan lama yang hadir ini mengejutkan saya kerana tak ramai kawan-kawan lama sampai,” keluhnya.
Menurut Rais, sepatutnya inilah masanya kita mengetepikan perbezaan politik.
“Kita harus sama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada seorang yang telah berjasa.
“Tetapi trend di negara kita ini, bila sudah berbeza pendapat, seseorang itu tidak lagi bersama dengan pemikiran mereka maka dianggap bukan lagi kawan.Tak baik buat begitu kerana yang tentukan itu ALLAH bukannya manusia,” tegur beliau.
Beliau mengingatkan bahawa dalam urusan kahwin ,sakit, lahir, meninggal dunia, sahabat tak boleh putus.
“Kalau ini tidak dapat dipegang oleh kawan-kawan dalam mana parti poitik sekali pun tolong kembali kepada harkat yang sebenar.
“Kita hidup dalam pegangan Islam, hanya kerana berbeza ideologi politik, hubungan silaturrahim tidak wajar diputuskan begitu saja,” kata Rais.
JANATUL FIRDAUS YAACOB 18 MAC 2018
Tan Sri Rais Yatim - Foto: ROSLI TALIB

Abih bila tokay dulu kata jgn pergi berhari raya kat umah mahathir, lu pegi ke idok? Apasal masa tu lu x pegi, sekarang baru nak pegi. Lu beli insuran ye?
ReplyDeleteKita harus sama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada seorang yang telah berjasa
ReplyDeletebukan wajib
berjasa apa ke benda?????
berjasa untuk dunai pung tak tera mana
apa jasa untuk Islam
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
dan orang-orang yang menunaikan zakat,
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,
dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya
ini bab ramai yang kantoi tambah pulak ornag pulitik
jawaplah dengan Allah