* Yang meragukan ialah Putera Mohammed sendiri yang mengetuai jawatankuasa anti rasuah baru yang dibentuk itu.
Walau pun apa yang berlaku, itu adalah hak mereka dan hal ehwal negara mereka. Cuma apa saja tindak tanduk jangan merugikan Islam dan perkembangannya sudah!
Arab Saudi tahan 10 putera, 4 menteri
TMI · Diterbitkan pada 5 Nov 2017 8:45AM
Putera Al-Waleed bin Talal, pelabur terkenal Arab Saudi dan 10 putera lain, empat menteri serta 10 bekas menteri ditahan hari ini. Penahanan ini dikatakan bermulanya kemelut keluarga diraja Arab Saudi. – Gambar AFP, 5 November, 2017
DALAM usaha mengukuhkan kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi menahan pelabur terkenal negara itu, Putera Al-Waleed bin Talal, serta sekurang-kurangnya 10 putera diraja lain, empat menteri dan sepuluh bekas menteri, lapor akhbar New York Times hari ini.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman adalah putera kegemaran Raja Arab Saudi, Raja Salman. Beberapa jam sebelum penahanan dibuat, Raja Salman mengisytiharkan pembentukan jawatankuasa anti rasuah baru yang berkuasa menyiasat, menahan, melarang perjalanan atau membekukan aset sesiapa yang didakwa korup, jawatankuasa itu diketuai Putera Mohammed.
Penahanan itu juga berlaku beberapa jam selepas Raja Salman menyingkirkan menteri pertahanan Arab Saudi, Putera Mutaib bin Abdullah yang mengawal tiga pasukan tentera yang masih belum dikuasai Putera Mahkota Mohammed.
Sumber penerbangan memberitahu yang tentera negara itu diletakkan di beberapa lapangan terbang utama, dipercayai bagi menghalang individu tertentu melarikan diri, lapor AFP.
Khabar angin sudah lama bertiup kencang yang Raja Salman dan anak lelaki kegemarannya, Putera Mohammed akan bertindak ke atas Putera Mutaib, komander tiga pasukan tentera dan pesaing Putera Mohammed dalam perubatan takhta keluarga diraja itu.
Menurut penganalisis, penahanan Putera Al-Waleed bin Talal, sekiranya benar, akan menggemparkan komuniti perniagaan dalam negara dan antarabangsa.
“Skala penahanan ini tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah moden Arab Saudi. Penahanan Putera Al-Waleed bin Talal, sekiranya benar, akan menggemparkan komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa,” kata Kristian Ulrichsen, felo di Baker Institute for Public Policy di Rice University kepada AFP.
Pada September, pihak berkuasa juga menahan lebih 20 orang termasuk ulama berpengaruh dalam tindakan yang disifatkan aktivis penangkapan bersistematik.
Putera Mohammed yang berusia 32 tahun itu sedang mengubah imejnya menjadi “perubahan liberal” di negara ultra konservatif itu dengan beberapa siri perubahan termasuklah membenarkan wanita memandu bermula Jun depan.
Dipercayai yang baginda sedang menghapuskan individu yang berisiko memberikan penentangan dalaman sebelum kuasa pemerintahan dipindahkan secara rasmi daripada ayahandanya yang sudah berusia 81 tahun, Raja Salman. – 5 November, 2017.

Kearah lebih baik ke ape ek? Kah kah kah.
ReplyDelete