Sunday, November 12, 2017

Memang jijik dan terdesak: Tanak siasat ker berapa ribu juta Mukhriz dah songlap, dan berapa ratus juta dia beri kat anak dia?

Penjilat berakal jelik bermain propaganda jijik sebagai berita
The Malaysian Insight  · Diterbitkan pada 12 Nov 2017 6:52PM ·
Hujah mereka mudah, secetek fikiran mereka: "kalau Dr Mahathir sendiri tak mampu mengajar cucunya berpakaian elok atau bercirikan Islam, maka dia tak layak pun untuk jadi pemimpin Melayu." – Gambar The Malaysian Insight, 12 November, 2017.

BANKRAP: miskin kualiti.

Dangkal: akal tepu.

Jahat: tiada moral atau keji.

Bila dicantum ketiga maksud di atas, secara tidak langsung akan menghuraikan sikap individu-individu tertentu dalam Kem Najib Razak. Yakni, mereka-mereka yang menghamburkan kepada pembaca berbahasa Melayu gambar-gambar cucu Dr Mahathir Mohamad yang dikutip daripada media sosial itu.

Mainan mereka mudah: rosakkan reputasi Dr Mahathir dengan menanam gambar-gambar gadis berpakaian terdedah, a la moden itu ke dalam lubuk fikiran Melayu.

Tunjukkan gambar sebegitu kepada khalayak Melayu dan biarkan rakyat simpulkan begini: kalau Dr Mahathir sendiri tidak mampu mengajar cucunya berpakaian elok atau bercirikan Islam, maka dia tidak layak pun untuk jadi pemimpin Melayu.

Taktik sebegini terang-terangan menunjukkan gerak kerja pasukan Najib yang sebenarnya sama seperti pemimpin mereka buat. 

Mereka inilah yang keji dan pengecut.

Malah, mereka gagal untuk berhujah mengenai dasar atau visi negara.

Paling teruk, mereka tidak berupaya bermain ke tahap lebih bijak dan bernilai. Mereka gagal untuk bermain akal, melawan hujah, mahupun bekerja lebih keras daripada seseorang yang berusia 92 tahun itu.

Jujur cakap, mereka sendiri tidak pasti dan tidak yakin dengan ‘pencapaian’ era Najib.

Jadi, mereka sanggup turun ke tempat jijik dan cuba untuk menjatuhkan Dr Mahathir dengan menjahanamkan masa hadapan cucunya.

Inilah sikap individu-individu yang telah menanam benih buruk dalam pemikiran elit pemerintah.

Beginikah akal pasukan pemikir?

Bankrap, dangkal dan jahat.

Malah, perkataan-perkataan ini tidak cukup pun untuk huraikan individu-individu yang bergerak di bawah Kem Najib. Tanpa sehabuk pun kebijaksanaan, mereka tayangkan gambar-gambar kepada orang ramai dengan harapan kononnya gambar dapat menjelaskan segala-galanya.

Rancangan mereka ialah dengan menyumbat apa sahaja untuk masyarakat supaya dapat mengalih isu yang lebih utama, tidak kisah lah isu itu di bawa oleh Dr Mahathir atau orang lain. Mereka rasa rakyat perlu disumbat dengan gosip dan gambaran kabur sebegitu, berbanding memfokuskan masyarakat kepada hal yang lebih utama buat negara.

Keupayaan mereka bermain taktik sebegitu di media arus perdana secara terang lagi bersuluh menunjukkan tahap pemikiran cetek mereka dan betapa rendahnya standard berita dan propaganda dewasa ini.

Satu-satunya cara untuk tidak terperangkap dalam permainan mereka ini ialah dengan mengabaikan mereka dan ketepikan isu itu. 

Sebab, hanya kita, rakyat Malaysia sahaja yang boleh tentukan sama ada mereka patut kekal atau tidak. – 12 November, 2017.

Serangan terhadap cucu Dr Mahathir ‘tindakan terdesak,’ kata Marina
Bede Hong · Diterbitkan pada 12 Nov 2017 4:03PM
Marina Mahathir berkata akhbar pro-Umno, Utusan dan Berita Harian terdesak dan sengaja mengalih perhatian isu 1MDB yang lebih genting. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 November, 2017.

GAYA hidup mewah cucu Dr Mahathir Mohamad yang dipaparkan Berita Harian dan Utusan Mingguan hari ini terang lagi bersuluh menunjukkan parti itu dalam keadaan sangat terdesak, kata Marina Mahathir.

Marina memberitahu The Malaysian Insight, Berita Harian dan Utusan Malaysia dalam keadaan tertekan dan terdesak sampaikan sanggup meletakkan berita kehidupan mewah cucu Dr Mahathir, Meera Alyana Mukhriz (Ally) itu di muka hadapan akhbar itu hari ini.

Mukhriz merupakan anak Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Kedah yang dipecat daripada Umno kerana didakwa melakukan kesalahan tatatertib.

Marina kemudiannya mengirim pautan mengenai laporan anak tiri Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz yang membeli hartanah menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

“Orang yang terdesak tengah cuba mengalih tumpuan dari isu ini,” katanya kepada The Malaysian Insight berhubung rencana itu.

Rencana itu yang memetik Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sebagai berkata bahawa Riza Aziz telah membeli hartanah di luar negara dan poster filem yang mahal menggunakan dana yang disalahgunakan dari 1MDB melalui Aabar BVI.

Laporan bertarikh 16 Jun itu juga menyebut, selain hartanah di AS, Riza turut membeli hartanah Belgravia.

Belgravia merupakan kawasan di Barat London yang terkenal sebagai kawasan hartanah paling mahal dunia.

Awal hari ini, Utusan Malaysia dan Berita Harian berganding bahu menghentam gaya hidup Ally di muka hadapan akhbar pro Umno itu.

Mingguan Malaysia, Utusan untuk Ahad yang menggunakan tajuk “Meera Alyanna Mukhriz mewah bergaya bak selebriti” mendakwa hidup Ally itu mewah umpama selebriti selain sering menggayakan pakaian berjenama dan menghabiskan masa mengelilingi dunia dengan kapal layar mewah.

Manakala Berita harian pula dalam rencana bertajuk “Viral Kehidupan Mewah Cucu Tun M,” memaparkan gambar Ally dan adiknya Melia Serena di atas bot bersama rakan-rakan mereka.

Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan merupakan pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Najib, menuduh perdana menteri itu telah mencuri berbilion ringgit dari tabung negara. – 12 November, 2017.

Bagaimana dengan gaya hidup Najib dan keluarga, soal pengguna media sosial
Low Han Shaun  · Diterbitkan pada 12 Nov 2017 7:36PM
Pengguna media sosial mengecam Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana mendedahkan kehidupan mewah cucu Dr Mahathir dan mendesak supaya kehidupan mewah keluarga Perdana Perdana Menteri Najib Razak juga ditonjolkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 November, 2017.

GAYA hidup Perdana Menteri Najib Razak dan keluarganya juga perlu ditonjolkan kerana mereka juga terkenal dengan gaya hidup yang mewah, kata pengguna media sosial.

Mereka memberi maklum balas terhadap laporan yang disiarkan dua akhbar pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian yang mendedahkan kehidupan mewah Meera Alyanna Mukhriz, cucu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Menurut Edisi Mingguan Malaysia terbitan Utusan, laporan di muka depan bertajuk "Gaya hidup selebriti Meera Alyana Mukhriz" adalah berdasarkan akaun Facebook dengan nama "Sudahlah Mahathir".

Pengguna Facebook seperti Daniel Mikael dan Zailani Ariffin mendesak akhbar pro Umno juga menonjolkan kekayaan keluarga Najib kerana bapa Meera Alyana, Mukhriz "tidak mencuri duit negara".

"Aadakah ayahnya (Mukhriz) mencuri duit negara? Adakah ayahnya bawa bencana kepada negara? Soal tentang kehidupannya yang mewah adalah masalah dia (sebab itu duit dia). Masalahnya sekarang ialah kos sara hidup yang tinggi, pengangguran, cukai dan tol," Zailani Ariffin memberi komen.

"Kenapa mereka tak tonjolkan gaya hidup mewah isteri dan anak-anak Najib dan kroni mereka?... jangan percaya kepada cerita -cerita yang dicetak oleh media Umno," komen Subramaniam Applanaidu.

"Perniagaan ayahnya (boleh tampung dia), bagaimana pula dengan anak lelaki Najib?" soal Daniel Mikael.

Pengguna Facebook lain berkata, tidak seperti Najib, Mukhriz Mahathir memegang pelbagai jawatan di beberapa firma perniagaan dan beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan boleh menampung gaya hidup Alyana.

"Ayahnya ahli perniagaan, tiada masalah kalau dia (Mukhriz) mahu berbelanja untuk anaknya," komen Dedi diya.

"Biarlah dia, dia ada duit, selagi dia tak ambil duit rakyat," kata Wan Hamid, seorang lagi pengguna Facebook.

"Berita mereka menjengkelkan. Itu bukan duit GST, bukan duit 1MDB. Jadi kami tak kisah tentang kekayaan dia. Kami kisah ke mana duit 1MDB pergi," komen Zul Said.

Malah pengguna bernama Angelina Andreas dan Mohamed Reza Arabi juga berkata Mukhriz perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas kedua-dua akhbar berbahasa Melayu itu.

"Mereka patut saman Utusan untuk bersihkan nama mereka, dan ia layak dipanggil fitnah, pasti akan menang," kata Angelina Andreas.

"Biar Mukhriz ambil tindakan undang-undang," kata Mohamed Razi Arabi.

Marina Mahathir sebelum ini telah memberi respon terhadap kedua-dua laporan itu dan berkata ianya tidakan terdesak untuk mengalihkan perhatian skandal 1MDB.

“Orang yang terdesak tengah cuba mengalih tumpuan dari isu ini,” katanya kepada The Malaysian Insight berhubung rencana itu.

Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan merupakan pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Najib, menuduh perdana menteri itu telah mencuri berbilion ringgit dari tabung negara. – 12 November, 2017.

2 comments:

  1. kalau bab dedah aurat 2 2 sama saja
    tak boleh diharap
    hanya bab dunia saja yang lebih itu pung
    banyak yang tak ikut apa yang Allah perintahkan
    itulah amonooo

    ReplyDelete
  2. Sekadar mengelirukan rakyat demi dedak utusan dan berita harian sanggup memperbodohkan rakyat dengan mengalihkan Isu 1MDB kepada Yb Mukhris,sebenarnya rakyat melihat wayang yg dimainkan anjing2 surohan umnobn yg amat jijik,. Diharap yb Mukhris jangan diamkan saja ambilah tindakan saman fitnah kepada utusan n Berita harian, berani kerana benar n lawan tetap lawan,..

    ReplyDelete