Friday, November 3, 2017

Ini dia Patriot sebenar!

Veteran tentera ikrar pertahan, lindungi Dr M
mk   -   Hari ini, 12:49 pm
Persatuan Patriot Kebangsaan menyelar keputusan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyifatkan keputusan itu tidak bertanggungjawab, presidennya Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata pihaknya berikrar akan terus "mempertahankan dan melindungi" bekas perdana menteri itu.
"Kita tidak boleh jadi patriot kepada bangsa ini jika tidak bersimpati dengan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan Raja-Raja," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan menarik balik pengawal peribadi Mahathir Rabu lalu adalah langkah terbaru dikenakan terhadap negarawan itu sejak beliau menjadi pengkritik kerajaan dan pengerusi gabungan parti pembangkang.

Sebelum ini, kontrak tukang masak dan pembantu pejabatnya juga ditamatkan, manakala khidmat polis pengiring juga ditarik balik.
Mohd Arshad berkata keputusan itu adalah "amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah serta merendahkan" bekas pemimpin yang telah memimpin negara selama 22 tahun dan membawa banyak kemajuan ekonomi kepada negara.

"Para pemimpin dunia memberi perhatian yang tinggi kepada beliau dan Malaysia pernah mendapat penghormatan semasa kepimpinannya. Semasa kemelesetan global 1998, tindakan Mahathir menyelamatkan ekonomi kita.

"Tidak kira apa pun beliau hari ini, beliau pastinya tidak berhak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab seperti itu oleh kerajaan," kata Mohd Arshad.

Katanya, anggota persatuan bekas tentera itu akan menyalahkan kepimpinan negara sepenuhnya sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku kepada Mahathir.

2 comments:

  1. apa nak bnagga snagat ngan pencapaian matde 22 tahun hnaya pentingkan kebendaan saja
    pembangunan ruhani manusia tak dipeduli sangat saperti arahan dari Allah
    maju tak tera mana akhlaq umat bnayak yang dah rosakk
    inilah hasil ynag matde semai 22 tahun lalu lahirlah manusia manusia kemarok harta n dzolim ynag duk pegang kuasa

    ReplyDelete
  2. Ramai jadi zalim seleps berkuasa, merampas tanah orang asli,tanah orang,membalak berlebihan,kezaliman atas nama agama lebih teruk dirasakan

    ReplyDelete