Saturday, November 4, 2017

Gelisah dan dah terasa bahangnya kot?

* Nampaknya semua nama yang disebut dah meloncat!

SATURDAY, NOVEMBER 04, 2017
Nasihat peguam sendiri pun dia diabaikan, inikan pula nasihat Subky!

Semakin nampak pelik dengan telatah Hj Hadi. Peguam sendiri di London menasihati  'tidak ulas apa-apa'  supaya tidak mengganggu proses mahkamah, tapi Hj Hadi sendiri telah ingkari!

Degil dan tak mahu dengar nasihat orang adalah antara ciri-ciri orang yang sombong dan angkuh. Ulama tidak sepatutnya begitu. Jangan hanya mahukan orang lain ikut kata kita sahaja dan merasakan diri kita sahaja sahaja yang betul.

Hj Hadi dilihat telah bertindak sebagai hakim mahkamah menjatuhkan hukum dengan berkata :  Clare gagal sahkan dakwaan!
Hadi berkata, Rewcastle-Brown yang beroperasi dari London tidak menyemak dengan beliau atau pihak lain daripada PAS berkaitan perkara itu sebelum menerbitkannya. 

 “Dia juga tidak berusaha mendapatkan komennya (Hadi) atau PAS,” menurut pernyataan tuntutan yang difailkan pada 21 April 2017 yang dilihat oleh Malaysiakini. Baca dari SUMBER.

Sementara itu, Subky Latif dalam reaksinya terhadap rungutan Ambiga antara lainnya telah menulis sebagaimana yang disiar Harakahonline berikut : 

Saya kira tidak bijak orang di luar mahkamah campur tangan dan urusan perbicaraan itu sebelum mahkamah menyelesaikan tugasnya. Kiranya orang di luar PAS mengambil kesempatan untuk memanaskan masalah Ambiga itu, lantak merekalah, tetapi orang PAS sepatutnya diam dulu dan biarkan mahkamah menguruskan perkara itu.

 Kita mesti menerima hakikat mana-mana nama yang disebut dalam sesuatu perbicaraan, belumlah sah kesnya sebagai yang disebutkan itu. Ia mungkin betul dan mungkin tidak betul. Biarlah mahkamah menggunakan kearifannya menentukan perkara itu.

Nampaknya Subky tanpa ada rasa malu cuba menafikan tentang adanya orang-orang Pas yang campur tangan dalam urusan perbicaraan itu sebelum mahkamah menyelesaikan tugasnya.

 Ambiga mendakwa dengan tegas :

“Dalam tempoh beberapa hari ini, saya terima serangan bertalu-talu daripada menteri, anggota parti dan sekutu yang sealiran dengan pihak penuntut (Datuk Seri Hadi Awang). 

 “Media kerajaan semalam berikan saya liputan tiga muka surat, termasuk muka depan, yang menuntut saya menjelaskan perkara sebenar. Saya malah masuk berita TV#,” katanya 

Ungkapan "Anggota parti dan sekutu yang sealiran dengan Hj Hadi" itu  adalah sangat jelas merujuk kepada anggota parti Pas dan Umno, parti sekutu Hj Hadi. Mustahil jika Subky tidak faham bahasa yang semudah itu!
Sebelum Hj Hadi keluarkan  kenyataan "Clare gagal sahkan dakwaan" , terdapat beberapa pemimpin Pas yang gatal mulut buat kenyataan "untuk memanaskan masalah Ambiga itu..."- saya pinjam ungkapan Subky!

 1) Idris Ahmad : " Ambiga perlu bersihkan nama dari dakwaan Clare.

Idris menuntut Datuk S Ambiga memohon maaf susulan dakwaan bekas presiden Majlis Peguam itu membekalkan maklumat salah berkaitan dana diterima PAS kepada Sarawak Report.

 “Jadi tak betul (kalau diam),” kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad. Lihat VDO di sini.

2) Khairuddin at-Takiri : “Pas dizalimi, gesa Ambiga kena respon segera” Beliau tuduh Penyata Clare yang dihantar ke mahkamah semuanya adalah rubbish! Sampah! VDO di sini

3) Dato' Takiyuddin Hassan : PAS turut menggesa Datuk S.Ambiga memberikan respon terhadap dakwaan Editor Sarawak Report tersebut bagi memberikan gambaran yang sebenar terhadap kenyataan dengar cakap (hear say) tersebut. ~ sumber

Subky kata ".... orang PAS sepatutnya diam dulu dan biarkan mahkamah menguruskan perkara itu." - Ada depa kisah? Ada tak Hj Hadi dengar nasihat Subky? Ada tak Hj Hadi dengar nasihat peguam dia di London?

Ambiga dalam satu kenyataan berkata, oleh kerana Hadi memulakan prosiding itu di UK, sebarang permohonan maklumat mesti dibuat melalui mahkamah negara itu.

Jadi, kalau nak dapat apa-apa penjelasan dari Ambiga, biarlah peguam Hj Hadi nanti uruskan melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi London nanti.

Bolehlah para walaun semua bersolidariti bersama Hj Hadi nanti. Biarlah kali ini walaun kutip derma dari lebai-lebai yang namanya ada dalam senarai tu...

Sementara tu, tak payahlah nak jadi loyar buruk atau hakim cabuk!

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

4 comments:

  1. Everything is very open with a precise explanation of the issues.

    It was truly informative. Your site is extremely
    helpful. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  2. Definitely imagine that that you stated. Your favorite reason appeared to be on the internet the easiest factor to understand of.
    I say to you, I definitely get annoyed at the same time
    as people think about concerns that they just do not recognize about.
    You controlled to hit the nail upon the highest as smartly as defined out the entire thing without having side effect ,
    other people could take a signal. Will likely be again to get
    more. Thanks

    ReplyDelete
  3. If you want to get much from this post then you
    have to apply these strategies to your won web site.

    ReplyDelete
  4. What's up colleagues, good piece of writing and good urging
    commented here, I am in fact enjoying by these.

    ReplyDelete