Sunday, 12 November 2017
UTUSAN, BH HARI INI HABIS DIJUAL, KHABARNYA ANNUAR MUSA PUNYA JASA
Semalam Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa membidas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali atas tindakan kerajaan negeri Pakatan Harapan itu menghentikan pembelian akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk semua agensinya.
Kata beliau, tindakan itu adalah tidak bijak dan kebudak-budakan kerana kedua-dua akhbar berkenaan telah wujud sejak sebelum merdeka lagi bagi memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam dalam konteks negara berbilang kaum serta agama.
Hari ini, kedua-dua akhbar tersebut secara serentak memaparkan berita kemewahan hidup cucu Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad yang jelas dilihat sebagai tindakan terdesak dan bermotifkan politik kepartian bagi kepentingan UMNO dan BN.
Di manakah perjuangan untuk Melayu dan Islam dengan penyiaran berita seumpama itu?
Kenapa Utusan dan Berita Harian tidak menyiarkan sama berita kemewahan anak tiri Najib, Riza Aziz yang berjoli sakan dengan wang 1MDB jika benar ia akhbar dan seimbang dan berwibawa?
Tidakkah dengan melakukan serangan politik sempit ini hanya mewajarkan lagi tindakan yang telah diambil Azmin terhadap Utusan dan Berita Harian itu, malah seharusnya tindakan itu patut dibuat lebih awal lagi?
Namun demikian, di sebalik perkhabaran mengenai kekangan kewangan yang dihadapi oleh Utusan dan Berita Harian kebelakangan ini, siaran berita mengenai kemewahan cucu Tun Mahathir itu tentu saja menggembirakan Annuar kerana difahamkan beliau telah berjaya mengarahkan semua 3.2 juta ahli UMNO memborong akhbar berkenaan hari ini.
Esok lusa dan hari-hari seterusnya, bolehlah Utusan dan Berita Harian menyiarkan lagi kemewahan anak atau cucu pemimpin Pakatan Harapan yang lain pula secara berterusan tanpa henti.
Jika setiap hari dilakukan begitu, tidaklah ada lagi kakitangannya yang lewat menerima gaji seperti sekarang ini. (ShahbudinHusin 12/11/2017)
Posted by Shahbudin Husin at 22:01

pi mampuih la mamat ni
ReplyDeletebh utusang apa kerja kalau tak tabur pitnah
kena samang dah banyak kali
kat islam buat kerja pitnah ni ada pahala ka
sapa nak tanggung diakhirat nanti
hidup sampai tak tau takut kat Allah langsung
islam apa jenis amonoo ni
kat jabatan kerajaang amonoo ada ke akhbar pembangkang?
kalau ada kedai dibangunan jabatan kerajaan siar
tazkirah agama di tv pung dihalang
apa punya sial puka ni
takut rakyat tahu kebenaran islam ynag tak sama ngan perbuatan depa hanya laung islam islam
tapi amalan hidup jauh dari landasan
hari ini ahli2 politik..percayalah esok lusa..lambat laun keluarga2 diraja kerabat2 di raja akan di siarkan....
ReplyDeletebetul2 "lengit" dan iada modal...mcm bdk2 kecik zaman dulu2 tonggeng tepok bontot bila dah rasa lengit....
aduhai rakyat Malaysia makin rosak..bodoh dan bebal.....
Patut annuar marah. Um n bh akhbar umno bn. Kikiki
ReplyDelete