PRU14: Undi MCA langkah tepat - Liow
Diterbitkan pada November 05, 2017 07:00 MYT
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-64 di Wisma MCA malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: MCA berikrar mewujudkan suasana baharu bagi kaum Cina untuk membolehkan mereka terus berkembang maju sekiranya parti itu memperoleh lebih banyak sokongan daripada komuniti berkenaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Sambil memberi jaminan yang pengundi Cina akan membuat pilihan tepat dengan menyokong MCA pada pilihan raya umum itu, presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA mempunyai keyakinan penuh untuk bertindak balas terhadap setiap cabaran yang dihadapinya.
"Kami berharap undi masyarakat Cina akan kembali kepada MCA dan Barisan Nasional (BN) secara besar-besaran supaya kami dapat melaksanakan peranan yang lebih besar dan berjuang dari dalam kerajaan demi mendapatkan lebih banyak manfaat untuk masyarakat Cina," katanya ketika menyampaikan amanat presiden pada perhimpunan agung tahunan MCA ke-64 di Wisma MCA di sini, malam tadi.
Liow berkata sejak beliau dan pasukannya mengambil alih kepimpinan parti itu pada 2013, mereka telah memperkenalkan beberapa program transformasi untuk mengukuhkan struktur organisasi parti, memperkasa pasukan kerja dan meningkatkan kecekapan mereka dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Beliau berkata mereka juga berjaya menyatukan anggota-anggota MCA serta masyarakat Cina.
"Apa yang kita perlukan adalah kekuatan masyarakat Cina. Sejarah akan membuktikan bahawa sokongan komuniti Cina kepada MCA dalam PRU14 akan menjadi pilihan yang paling rasional dan tepat.
"Dengan ini, saya berjanji, jika setiap orang Cina memberikan sokongan sepenuhnya kepada MCA, kami akan berusaha membawa (tahap) prestasi yang menampilkan suasana baharu untuk masyarakat Cina," katanya kepada 1,526 anggota perwakilan yang hadir di Dewan San Choon di ibu pejabat parti di sini, hari ini.
Sambil mengkritik DAP, Liow berkata parti pembangkang juga tidak memberi keutamaan perkhidmatan kepada masyarakat dan tidak melakukan sebarang usaha untuk memperbaiki pendidikan dan ekonomi kaum Cina, sebaliknya hanya bergantung kepada keupayaannya untuk memutarbelitkan fakta dan menghasut sentimen rakyat.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata adalah penting bagi MCA untuk terus diwakili dalam kerajaan BN demi kebaikan orang Cina di negara ini.
Beliau berkata kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan banyak dasar dan projek yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Liow berkata kelulusan bagi 10 sekolah vernakular Cina baharu sekali lagi membuktikan yang perdana menteri mengotakan janji beliau.
"Saya juga yakin bahawa selagi Datuk Seri Najib memimpin kerajaan BN, masa depan pendidikan Cina di negara ini akan terus cerah. Inilah sifat kerajaan Datuk Seri Najib, yang mengotakan janji-janjinya," kata beliau.
Najib dijadual merasmikan Perhimpunan Agung MCA pada Ahad.
Menjelang PRU14, Liow menggesa anggota-anggota parti itu supaya menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memaparkan pencapaian dan perkhidmatan MCA kepada rakyat selain menangkis fitnah dan pembohongan pembangkang. - sumber

Ya bagilah peluang supaya kami sama boleh songlap!
ReplyDelete