Kerajaan digesa hidupkan semula Istac
01 September 2016 | DALIA ISMAIL
Kerajaan digesa 'menghidupkan' kembali Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) sebagai sebuah institusi di bawah pentadbiran kerajaan dan bukan diletakkan di bawah pentadbiran universiti seperti sebelum ia ditutup pada 2002.
Bekas dekan Istac Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, kerajaan perlu mengambil alih pengurusan Istac sebagai sebuah institusi yang diberi 'nafas baru' untuk terus mengekalkan usaha dan objektif yang pernah diasaskan oleh Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai salah sebuah institusi pendidikan Islam tersohor negara.
"Istac masih ada bangunannya dan isi khazanah ilmunya. Masih ada harga pada pasaran pendidikaan negara dalam dan luar negara.
"Jika dinilai semula Istac boleh berdiri sendiri tanpa UIAM sekiranya kerajaan serius untuk menghidupkan semula institusi ini.
"Setelah penutupannya bangunan Istac itu dijadikan pusat bisnes tetapi ia tidak mendatangkan keuntungan kepada UIAM.
"Dengan nilai harta seperti khazanah di dalam perpustakaan, artifak yang mahal ditinggalkan begitu sahaja sebenarnya boleh dioptimumkan semula untuk tujuan pendidikan Islam," beritahunya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam Harakah keluaran 26-28 Ogos lalu.
Mohd Amar mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan sewajarnya ke atas penghinaan dilakukan pihak tertentu terhadap Istac.
Ini ekoran Istac telah dijadikan lokasi 'hospital gila' dalam sebuah penerbitan filem baru-baru ini.
Beliau juga membangkitkan kembali punca pusat penyelidikan Islam yang hebat dirantau ini terpaksa ditutup.
Kata Mohd Amar lagi," Adakah ia suatu ancaman perkembangan dunia akademi atau tiada bajet?" soalnya seperti dipetik.
Keratan akhbar Harakah melaporkan komen menteri besar Kelantan berkaitan bangunan Istac yang dijadikan lokasi pengambaran 'hospital gila'amat dikesali.
Dalam hal ini, Mahmood Zuhdi berkata, beliau dimaklumkan ada dua sebab menjadi punca penutupan Istac.
"Istac ditutup kerana ia dilihat sebagai sebuah institusi yang banyak menerokai dan mengemukakan nilai Islam berasaskan ketamadunan Timur Tengah dan Eropah berbanding ketamadunan Asia.
"Dan keduanya kerana Istac pada waktu itu mengunakan perbelanjaan yang tidak menguntungkan sebagai sebuah institusi pelaburan yang tidak balik modal oleh pihak universiti.
"Malah ada juga pihak yang pertikai Istac gagal lahirkan agamawan dan ilmuan yang dicita-citakan," dakwanya.
Bagaimanapun beliau menambah, jika masalah kewangan menjadi punca Istac ditutup, beliau tidak bersetuju.
"Tidak lojik langsung kalau pihak universiti berpandangan tiada sumber kewangan untuk menguruskan Istac.
"Saya dapati berjuta-juta ringgit yang pernah Istac perolehi, namun ia telah disalahguna oleh pihak pentadbiran universiti untuk tujuan menampung pengurusan lain," dakwanya.
Justeru katanya jika benar UIAM tidak berminat mentadbir dan menguruskan Istac, sudah tiba masanya pentadbiran universiti memikirkan untuk menyerahkan bangunan yang ditinggalkan itu kepada kerajaan.
"Universiti bukan tempat mencari untung tetapi untuk melahirkan para ilmuan yang unggul dengan khazanah ilmu Islam tertinggi sebagai rujukan generasi akan datang sebagaimana objektif penubuhannya.
"Saya melihat Istac mempunyai potensi yang sangat baik untuk menjadi lambang ketinggian ilmu.
"Malah sejak tertubuhnya Istac, kita telah mula memimpin hingga di peringkat antarabangsa sebagai sebuah institusi rujukan di kalangan pensyarah dan pelajar luar negara, tetapi ia `dimatikan' begitu sahaja.
"Jika kerajaan berminat mengambil alih, saya fikir hanya perlu menampung perbelanjaan pengurusan tahunannya sahaja. Ini kerana tradisinya dari awal penubuhannya, institusi ini telah mencari dananya sendiri untuk menampung sebahagian kos pentadbirannya," katanya yang pernah dilantik sebagai Dekan dan Timbalan Dekan di Istac.
Istac adalah sebuah institusi penyelidikan dan pengajian pasca sarjana kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Status Istac dikatakan 'elit' kerana reputasinya sangat tersohor di kalangan ilmuan Islam moden yang datang dari pelbagai pelosok dunia sejak penubuhannya pada 27 Februari 1987.
Pada tahun 2002, semasa Tan Sri Sanusi Junid masih memegang jawatan Presiden UIAM, Istac telah dibatalkan perlembagaannya, manakala Pengasas merangkap Pengarah institusi itu, Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas pula, tidak disambung kontraknya tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Pada 4 Ogos 2008 UIAM telah mengambil alih dengan membina bangunan baharu di kawasan seluas 4.6 hektar di Jalan Duta berjumlah RM200 juta.
01 September 2016 | DALIA ISMAIL
Porf Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid

Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al Attas
Status Istac dikatakan 'elit' kerana reputasinya sangat tersohor di kalangan ilmuan Islam moden yang datang dari pelbagai pelosok dunia sejak penubuhannya pada 27 Februari 1987.
Pada tahun 2002, semasa Tan Sri Sanusi Junid masih memegang jawatan Presiden UIAM, Istac telah dibatalkan perlembagaannya, manakala Pengasas merangkap Pengarah institusi itu, Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas pula, tidak disambung kontraknya tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Pada 4 Ogos 2008 UIAM telah mengambil alih dengan membina bangunan baharu di kawasan seluas 4.6 hektar di Jalan Duta berjumlah RM200 juta.
No comments:
Post a Comment