Friday, September 16, 2016

Tahap ketaksuban seorang pemimpin kepada pemimpin

Mokhtar Senik 'diserang' kerana kaitkan cuaca dengan pemergian Dr Haron Din
16 September 2016 | ARIF ATAN
Status Mokhtar Senik di laman facebook yang mengundang kontroversi.

Ketika umat Islam di negara ini berduka dengan pemergian ke rahmatullah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Amerika Syarikat (AS) pagi tadi, lain pula halnya dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik.

Rata-rata netizen mempersoalkan dakwaan Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang itu bahawa cuaca di negara ini mendung sebagai meratapi pemergian Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) itu.

Reaksi mereka ekoran kenyataan Mokhtar di facebook mengaitkan keadaan cuaca dengan pemergian Allahyarham ketika negara bercuti sempena Hari Malaysia.

"Boleh dikatakan cuaca di Malaysia hari ini redup dan suram di seluruh negeri. Bukan kita hanya makhluk bernama manusia menangisi pemergian seorang murabbi ummah malahan awan, pohon-pohon serta seluruh makhluk lain turut menangisinya," ujar Mokhtar di laman Facebook beliau pagi tadi.

Walau bagaimanapun, ruang komentar status Facebook pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun ekoran pembabitannya dengan kumpulan Al-Maunah itu dibanjiri cemuhan.

Antaranya, individu yang menggunakan nama Greg M Cohen yang berkata, pada masa ini memang merupakan musim tengkujuh seperti kelazimannya sebelum ini.

"Makin lama makin mengarut puak-puak ni. Dah bulan September sampai bulan 12 ni masuk musim hujan dan angin kuat," ujarnya.

Lain pula dengan Hasiah Muhamad yang memberitahu cuaca di utara tanah air panas terik.

"Kami kat Kedah panaih meletit ni...adoiii....," katanya.

Sementara itu, Namza Lintar pula berkongsi maklumat bahawa Kelantan dan Perlis juga panas hari ini.

Sementara itu, Lokman Lazim menganggap, "Terus menerus membangangkan pengikut."

1 comment:

  1. Cuaca pun sedih kerana ulamak berdiam diri dengan kemungkaran najib dan minat nak UG dengan umno..tak sempat bersama hadi nak saman fitnah terima 90 juta..

    ReplyDelete