Sunday, September 18, 2016

Hanya disebabkan Pas kesepakatan pembangkang sukar diwujudkan semula

Sukar tafsir pendirian Pas
WARTAWAN SINAR HARIAN - 18 SEPTEMBER 2016
Pas

SEREMBAN - Pembangkang perlu mengetepikan kepentingan parti masing-masing buat sementara waktu jika mereka mahu membentuk semula kesepakatan bagi melawan BN pada PRU akan datang.

Penganalisis politik, , Prof Dr Nasrudin Mohammed, bagaimanapun, menjangkakan kesepakatan itu sukar diwujudkan semula hanya disebabkan Pas.

“Saya melihat susah untuk menentukan dan mentafsir pendirian Pas buat masa sekarang kerana kadang-kala kita nampak mereka cenderung bersama BN, sudi bertolak-ansur dengan rakan pembangkang lain dan ada masanya memilih untuk bersendirian.

“Tapi saya percaya jika pembangkang tumpu kepada usaha menjatuhkan BN dan ketepikan idealisme perjuangan mereka dan masalah dalaman lain, ia boleh memberi keuntungan kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis dalam Umno sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Nasruddin yang juga Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan berkata demikian ketika diminta mengulas usaha menemukan semua parti pembangkang di meja rundingan untuk memperhalusi kerjasama dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Jumaat lalu, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata kepada Sinar Harian,  bahawa satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi mengenai strategi tersebut dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Mengenai soal pembahagian kerusi dan pemilihan calon pula, Nasrudin berkata, ia bukan satu isu besar yang perlu dibimbangkan kerana masalah itu juga turut berlaku kepada BN.

Katanya, pembangkang perlu memikirkan formula khusus untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding dan paling utama ia adalah calon boleh menang.

“Spekulasi pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi sudah banyak kita dengar dan ini masa sesuai untuk pembangkang bertindak.

“Cuma sehingga tempoh itu, sejauh mana pembangkang dapat mengekalkan kesepakatan yang ingin dibentuk semula tanpa ada sebarang masalah yang boleh menjejaskan mereka,” katanya.

Menurut beliau, BN pula tidak perlu gentar jika parti pembangkang ingin bersatu semula, kerana perkara yang perlu dibimbangkan adalah krisis dalaman antara mereka yang belum lagi selesai.

Nasrudin berkata, jika ia dapat diatasi dan diselesaikan BN tidak perlu lagi bimbang cara untuk berhadapan dengan pembangkang.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebelum ini dilaporkan berkata, pembangkang perlu bergabung, termasuk menggunakan formula satu lawan satu, bagi mengalahkan BN.

# Kalau pun PAS bersetuju, mampukah meraih kembali kepercayaan pengundi terhadap pendirian PAS?

Sebelum ini terlalu banyak aksi konar baring dari pemimpin-pemimpin PAS di dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama pembangkang

3 comments:

  1. Kalau dah masing2 terima rm90 juta purata untuk menyokong UMNO dan meranapkan Pakatan Rakyat, masih ada harapan kah untuk berkerjasama dengan penerima rasuah...? Melainkan kalau mereka menang sekalipun (Pas), mereka akan u~turn untuk bersama Umno sebab perut masing2 dah penuh dengan dedak.

    ReplyDelete
  2. Ulamak ajar haram makan rasuah tapi dia ada ayat yg boleh makan rasuah..ulamak yg menjatuhkan maruah islam..kempen kpd ahli2 pas supaya lari dari ulamak buat dosa...dah lebih sebulan tak saman2 SR..

    ReplyDelete


  3. BEZA nya era Nik Aziz dgn era Haron Din & Hadi

    Ada sesiapakah yg dpt memikir sdlm2nya kenapa kah yg ini boleh terjadi...:


    ...Telah terhambur drp "MULUT"nya merapu2 mem FITNAH aka pilKUDA broka & BARUA


    ...Dgn "MULUT"nya juga terhambur yg dia tlh pun 'menyalak' BABI yg ada ddlm bukit

    ...Drp idea comel montelnya menjelma lah PAS + Ikatan = Pasik


    ...Terkini idea warak-KASYAFnya lahirlah, PIGS(parti ikatn ggasan sjhtra) @pigs


    ...Yg latest skali, suruh me'lutot' seolah2 dia tu POWER tul dgn-Cakor-Siku-LUTOT


    Dia juga sgt GAH dan TERKENAL selain drp berpusing2 khianat belit U-TURN mem FITNAH adalah juga kaki PONTENG tegar yg sgt2 "rare" lg hebat..



    Adakah makhluk yg sebegini "rare" yg asyik berpusing2 Fitnah PONTENG nih boleh dianggap sbg ulamak oleh nabi SAW?

    Adakah ALLAH yg maha7LURUS lg maha7PENYAYANG, yg mengHARAMkan perbuatan FITNAH itu dpt menerima makhluk "rare" yg suka buat FITNAH merapu2 itu sbg ulamak??





    Sorang taiko PIGS @pigs nya yg trsgt2 berILMU lg tggi skali didonia ini tlh pun bewasiat mintak dikebumi di USA Calfornia yg terkenal sbg bumi porno-LGBT itulah juga bumi Yahudi laknatullah kafir HARBI...yg slalu mnjd wirid "kutukan" ulamak2 pigs walaunta2 pigs blogger2 pigs serta macai2 pigs mrk trhdp PAN n DAPigs.. tup2 smua tohmahan itu kini REVERSE & jatuh kat batang idung mrk sndri!


    Tup2 dtglah idea SUCI lg warak kasyaf dari ulamak2 & macai2 PIGS @pigs konon2nya California itu dah pun bertukar mnjd seolah2 bumi "ANBIYA'" ler pulok..


    Adakah blogger2 @pigs dan macai2 @pigs dpt "MENYEDARI" hakikat yg maha2 halus sbg SYMBOLIK & reverse PHYCOLOGY drp "NYA" itu..???



    "Ulaika kal Ann'am Bal Hum ADOL..." Mrk itu bak BINATANG bahkan lebih SESAT lg


    "Rabbana Ma Holakta Haza BATILAA..." Oh! Tuhan kami Tak KAU jdkan ini smua SIA2







    ReplyDelete