Thursday, September 1, 2016

Bocor 1MDB: Rafizi diperintah bela diri

Bocor 1MDB: Mahkamah perintah Rafizi bela diri
  | September 1, 2016
Hakim berkata bukti saksi mengesahkan dokumen yang dimiliki pemimpin PKR itu sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB yang dirahsiakan.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini memerintah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membela diri atas tuduhan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1MDB.
Hakim Zulqarnian Hassan berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan dakwaan di bawah Seksyen 8(1)(c) dan 8(1)(e)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) atas kesalahan memiliki dan membocorkan laporan 1MDB.
“Bukti saksi mengesahkan dokumen sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB dan beliau (Rafizi) mendedahkannya pada sebuah sidang media,” katanya.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 27 September dan 6-7 Oktober.
Peguam Rafizi, Gobind Singh Deo berkata pemimpin PKR itu akan memberi keterangan daripada kandang saksi.
Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang merupakan antara saksi pendakwaan.
Katanya, laporan audit 1MDB itu diklasifikasikan rahsia selepas kebocoran terhadap laporan interim 1MDB yang dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Julai tahun lepas.
Pada 5 April, Rafizi, yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR, ditangkap di bangunan Parlimen, sebelum didakwa 3 hari kemudian memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.
Sekiranya sabit kesalahan beliau berdepan hukuman penjara sehingga 7 tahun.

Pautan: 
Rafizi ditangkap di luar Parlimen, disiasat bawah OSA

2 comments:

  1. Budak ni bkn pandai baca kitab pon.
    Baca quran pun mungkin tajwid berterabur.
    Apatah lg kalo baca kitab arab x dak baris,memang sah kelaut..

    Tapi bdk nilah yg paling berani
    berdpn dgn pemimpin yg zalim lg bongok.sian kalo habis umur muda dlm jeriji besi..dgn kelayakannya mana2 syarikat antarabangsa boleh menawarkan tempat dan kemewahan.

    Beza antara org yg walk the talk dgn org yg pong pang pong pang hukum itulah wajib sunat makruh patuh syariah firman sabda bla bla bla..tang praktikal ke longkang..

    ReplyDelete