Menteri disaran laksana tiga perkara elak tragedi MH370 berulang atau letak jawatan
| ARIF ATAN
| ARIF ATAN
Berikan elaun kritikal kepada juruterbang jet pejuang seperti amalan beberapa negara lain; wujudkan kursus pendek juruterbang pejuang untuk tugas pemintasan udara serta menggaji semula juruterbang jet pejuang yang telah menamatkan perkhidmatan secara kontrak.
Itu tiga saranan bekas Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad bagi mengatasi alasan kononnya wujud masalah kekurangan juruterbang jet pejuang sehingga terpaksa menurunkan tahap siap sedia pesawat pejuang (alert status) daripada 30 minit kepada dua jam seperti sebelum nahas MH370.
“Ini adalah sebahagian langkah yang boleh difikirkan oleh kerajaan khususnya Menteri Pertahanan. Jika perkara sebegini pun beliau tidak boleh fikir dan buat, elok beliau letak jawatan saja.
“Sejarah tercatat bahawa tragedi MH370 dan MH17 berlaku semasa beliau adalah Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan,” tegasnya dalam satu kenyataan merujuk kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, sekiranya nahas kedua-dua pesawat itu berlaku di luar negara, menteri dan panglima angkatan tentera berkenaan telah meletak jawatan atau dipecat.
“Namun, hakikatnya di Malaysia yang tidak cekap dan gagal tetap dikekalkan asalkan mahu bersekongkol dengan Perdana Menteri yang terpalit dengan pelbagai skandal terutama skandal rompakan wang negara berjumlah RM14 bilion melalui 1MDB,” bidasnya.
Walau bagaimanapun, Zaidi mengingatkan operasi jet pejuang bukanlah penyelesaian terbaik kepada krisis seperti MH370 memandangkan radar pesawat pejuang hanya boleh melihat ke hadapan dan tidak ke sekeliling.
Hal ini, jelasnya, berbeza dengan pesawat radar amaran awal (Aewacs) yang mampu mengesan pesawat lain pada jarak lebih jauh berbanding pesawat pejuang.
“Tempoh terbang yang singkat oleh pesawat pejuang hanya sekitar maksima dua sehingga tiga jam berbanding pesawat Aewacs sekitar empat sehingga lima jam,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau yang berpengalaman sebagai juruterbang jet pejuang lebih dua dekad berpendapat perolehan pesawat Aewacs sebagai aset paling mendesak bagi negara ini demi mengelak berlakunya tragedi lebih buruk daripada nahas MH370.
Cadangan dan kritikan trbaik dr zaidi.
ReplyDeleteCdangan aku la...sebaik2nya zaidi tangkap seko tenggiling..letak dalam pagar cermin.sblum tu cat atas blakangnya nama isamudin..kasi misai sket..then bebelkan cadangan td kat tengisamudin dlm sangkar 3 hari 3 mlm.x jln jgak jual sama vietnam kasi bikin sup power..