Wednesday, September 28, 2016

Ularmak makan selipar suapan sape ek?

[9/28, 10:28] ‬: Hansard Parlimen rahun 1984
Akta 355.

Pada tahun 1984 kerajaan Malaysia telah mengusulkan untuk meminda akta RUU 355. Menaikan nilai denda serta memberatkan lagi hukuman. Usul tersebut diluluskan walaupun mendapat bantahan dari Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (ATGNA).  ATGNA mengatakan hukuman dari RM1000 denda ke RM3000, bukan hudud oleh itu beliau membantah dan tidak sokong.

ULAMAK PAS KINI - SIAPA TAK SOKONG RUU355 usul dari MARANG boleh jatuh iman, mati tanam dalam jirat. Dalam kurungan KAFIR.

P/s: TGNA (1984) dulu tolak RUU 355 malah menyatakan ini bukan hudud. Kalau TGNA masih ada Ulamak PAS banyak yang dah makan selipar. :) huhu......

C&P

[9/28, 12:10] ‬: #cukup lah mempermainkan sentimen agama untuk kepentngan politik
#menuduh orang yang x menyokong ruu 355 kafir dan akan jatuh kepada yang menuduh

Nik Aziz dahulu pun tak setuju pindaan akta 355 pertama dahulu kini mai pula yang kedua dok paksa kita

Teuku Zacharyah Iskandar

PINDAAN AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANGKUASA JENAYAH) 1965

Aku sebenarnya dah buat keputusan untuk tidak komen isu ini malah aku juga dah bagitau kawan-kawan supaya tak perlu nak komen isu ini kerana isu ini bukan suatu isu yang tersangat penting. Aku sudah banyak kali menulis dan menjelaskan berkaitan isu ini malah aku turut mengajak parti aku DAP supaya tidak membantah hasrat YB Marang untuk membawa usul untuk membolehkan beliau membawa pindaan Akta ini sebaliknya mendesak YB Marang supaya membentangkan sahaja di Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Tidak perlu riuh rendah di luar Dewan mengajak masyarakat menyokong sedangkan usul belum dibahaskan. Bawa ke Dewan untuk dibahaskan dan kita bahas di Dewan. Hanya Ahli-ahli Dewan yang terlibat bukan masyarakat awam kerana ini hanya melibatkan prosedur Dewan.

Tapi aku terpaksa komen juga akhirnya kerana isu pindaan Akta ini telah terpesong jauh. Bermula dengan cakap-cakap bahawa pindaan ini untuk melaksanakan hudud di Kelantan, kemudian beralih kepada hanya hendak memperkasakan Mahkamah Syariah dan akhirnya menjadi senjata mengkafirkan orang awam dan golongan tertentu yang berbeza pendapat dalam isu ini.

Apabila isu ini sudah sampai ke tahap kafir mengkafir di dalam masyarakat, maka perlu untuk dijelaskan adakah pindaan ini melibatkan aqidah atau sekadar fiqh.

AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANGKUASA JENAYAH) 1965 - AKTA 355.

Akta ini digubal pada tahun 1965. Mula dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Encik Abdul Rahman bin Ya'kub Menteri Tanah dan Galian pada 3 Mac 1965. Tujuan penggubalan Akta 355 adalah untuk menyelaraskan dan menyeragamkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah di seluruh Tanah Melayu semasa itu kerana disebabkan kuasa agama di bawah negeri maka hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah berbeza antara negeri-negeri. Itulah tujuan asal penggubalan Akta 355 iaitu menyelaras dan menyeragamkan bidangkuasa menghukum.

Pada peringkat awal, Akta 355 ini hanya memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kesalahan yang hanya boleh dihukum dengan denda tidak lebih $1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

Dato' Mohamed Asri Haji Muda Ahli Parlimen PAS mewakili Parlimen Pasir Puteh ketika itu semasa membahaskan Rang Undang-Undang tersebut menyokong penggubalan sebagai permulaan memperkasakan Mahkamah Syariah tetapi meminta jaminan Menteri bahawa Akta 355 tidak mutlak iaitu boleh dipinda mengikut keperluan.

PINDAAN PERTAMA AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANGKUASA JENAYAH) 1965

Setelah 18 tahun Akta 355 digubal, pada tahun 1984, Akta ini dipinda untuk menaikkan bidangkuasanya daripada hanya boleh menghukum denda tidak lebih $1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya kepada menghukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi $5,000 atau sebatan tidak melebihi 6 kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Pindaan ini dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984. Dalam ucapan pembukaannya beliau menyatakan :

"Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk memperluaskan lagi bidang kuasa jenayah bagi membolehkan Mahkamah-mahkamah Syariah membicarakan kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau apa-apa denda tidak melebihi $5 ,000 atau sebat tidak melebihi 6 kali atau apa-apa cantumannya berbanding dengan kuasa sekarang yang menghadkan kepada penjara 6 bulan atau dengan denda $1,000 atau kedua-duanya sekali. Undang-undang Mahkamah Syariah yang berkuatkuasa sekarang adalah tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dari segi had maksima hukuman yang boleh dikenakan. Akta ini telah digubal lebih kurang dalam 18 tahun yang lalu dan ia memperuntukkan hanya denda maksima $1,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali sahaja ."

Antara yang membahaskan pindaan Rang Undang-Undang ini ialah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semasa perbahasan, almarhum menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam. Almarhum menyatakan di halaman 4617 - 4618 Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 11 Oktober 1984  :

"Tuan Yang di-Pertua, saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini. Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku. 

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama. Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda- mindanya."

Akhirnya menggulungkan perbahasannya, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan seperti berikut :

"Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf mahkamah-mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan mahkamah-mahkamah Megistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja. Sekian terima kasih."

Dapat difahami bahawa Almarhum Tuan Guru bukan sahaja mahu bidangkuasa menghukum Mahkamah Syariah dinaikkan tetapi sepatutnya lebih dari itu.

CADANGAN PINDAAN AHLI PARLIMEN MARANG.

Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang memohon di Dewan Rakyat untuk meminda Akta 355 melalui Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawa beliau untuk meminda hukuman sedia ada iaitu tidaklah boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi 3 tahun atau denda melebihi $5,000 atau sebatan melebihi 6 kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut kepada menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati.

Polemik menjadi-jadi apabila Ahli Parlimen Marang dan ahli-ahli partinya serta pengikut-pengikutnya dibutakan dan dikelirukan tentang tujuan cadangan pindaan tersebut.

Mulanya dikatakan pindaan bagi membolehkan perlaksanaan hudud di Kelantan selaras dengan penggubalan dan kelulusan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 di DUN Kelantan.

Apabila heboh dikatakan Kelantan hendak melaksanakan hudud, Parti Haji Abdul Hadi mengubah nada mengatakan bahawa cadangan pindaan hanya untuk memperkasakan Mahkamah Syariah kerana kedudukan Mahkamah Syariah dilihat rendah daripada Mahkamah Majistret Sivil.

Jika kita dapat perhatikan cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Haji Abdul Hadi dan alasan pindaan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, kita dapat katakan bahawa jika Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih ada, cadangan ini akan ditolak. Rujuk perbahasan Almarhum Tuan Guru pada 11 Oktober 1984 di mana beliau berkata "Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf mahkamah-mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan mahkamah-mahkamah Megistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja. Sekian terima kasih"

Jika alasannya hanya untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, Tuan Guru sudah menolak dulunya, dan sekarang juga akan ditolak.

ADAKAH JATUH IMAN, ROSAK AQIDAH DAN KAFIR?

Rujuk perbahasan pada 1984 semasa pindaan menaikkan hukuman, ketika itu juga Almarhum Tuan Guru menolak pindaan Akta 355 malah meminta hukuman mengikut yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul.

Cadangan pindaan Dato' Seri Haji Hadi jika dilihat juga tidak mengikut yang ditetapkan oleh Allah dan Al-Quran kerana hukuman yang dicadangkan kecuali hukuman mati sedangkan hukuman mati ditetapkan Allah dalam Al-Quran bagi kesalahan qisas.

Jika pada tahun 1984 Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak cadangan pindaan dan meminta lebih, adakah sekarang menolak cadangan pindaan Haji Hadi jatuh iman, rosak aqidah dan kafir?

Di situlah letak duduknya Akta 355. Ianya bukan melibatkan aqidah kerana yang ditolak adalah undang-undang manusia yang digubal bukan Undang-Undang yang ditetapkan Allah dan Rasul dalam Al-quran dan Hadith.

Cukup-cukuplah mengkafirkan orang. Takutlah kafir itu kembali kepada orang yang mengkafirkan. Suka kita mengkafirkan orang tetapi tidak sedar kita sudah kafir kerana mengkafirkan orang secara sembrono.

Aku ahli DAP.

ZULHAZMI SHARIFF
27 SEPTEMBER 2016

2 comments:


  1. Aci sondol uturn PONTENG khianat belit bepusing2

    Aci sondol makan dedak menyalak BABI ddlm bukit

    Aci sondol pilkuda FITNAH merapu2

    Sapakah yg tolol-JAHIL yg maseh nak caya dgn spesis2 PIGS nih?

    Kerja memFITNAH uturn PONTENG khianat berpusing2 maseh ada hati nak jual TEMBERANG..huhu

    nak jual TEMBERANG hal2 berkait Islam pulak tu!?

    Dah sesat barat dah weh puak2 nih!

    ReplyDelete
  2. Dajal besarban,kerjanya kafirkan orang umpama syurga neraka tok dia yg punya

    ReplyDelete