Monday, September 19, 2016

Kalau macam ni, buat apa terhegeh-hegeh harapkan kerjasama PAS!

Hadi sahkan tiada kerjasama baharu dengan DAP
19 September 2016 | ARIF ATAN
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Tidak mungkin adanya kerjasama baharu dengan DAP kerana sikap parti itu yang menentang Islam.

Demikian pengulangan pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun parti berkenaan sebelum ini mahu strategi satu lawan satu menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Kalau kemungkinan (gabungan baharu dengan parti pembangkang lain menentang BN) juga kita tidak boleh jawab. Kita akan lihat parti lain (dahulu). Kita tidak (mahu) mengulangi senario lama. Akan dikaji,” ujarnya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan menolak mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP.

“Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP, juga dengan parti yang bekerjasama dengan DAP,” jelasnya lagi.

# Kalau ya pun kata-kata dan pendiriannya mengikut trek rekod memang tidak boleh dipakai

2 comments: