Friday, September 30, 2016

Mengapa Jadi Begini?

Gelaran “Dr” PhD dan Gelaran-gelaran Palsu – Mengapa Jadi Begini?

1. Hari ini kecoh di media sosial tentang kenyataan Universiti Malaya yang menyatakan bahawa universiti tersebut tidak pernah menganugerahkan sebarang Ijazah Kehormat Kedoktoran kepada Encik Azizan Osman.

2. Rentetan dari kenyataan tersebut, timbul kembali perbincangan tentang isu gelaran-gelaran palsu. Saya sedar tulisan saya ini adalah tulisan berisiko tinggi. Tapi sebagai pendidik, saya sanggup mengambil risiko tersebut.

3. Kembali kepada Ijazah Doktor Kehormat Dr Azizan Osman. Apa ynag ditulis di laman web beliau ialah seperti berikut: Azizan Osman - Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).

4. UM yang ditulis di situ mungkin bukan merujuk kepada Universiti Malaya. Boleh jadi ianya merujuk kepada University of Massachusetts, atau mungkin Universiti Mongolia, mungkin juga Universiti ManekUrai dan boleh jadi juga Universiti Melaka. Terdapat pelbagai kemungkinan di sini.

5. Oleh itu, saya tidak berminat untuk mengetahui samada gelaran tersebut didapati beliau secara sah atau tidak. Biarlah beliau menjelaskannya.

6. Sebaliknya saya ingin menyentuh penyalahgunaan pelbagai gelaran palsu di Malaysia. Sebagai contoh, terdapat juga ramai pengasas-pengasas produk “kesihatan” dan “kecantikan” menggunakan pelbagai gelaran, Professor, Professor Emeritus, Dr dan sebagainya. Itu belum masuk bab pelbagai gelaran Datuk palsu.

7. Mengapa jadi begini? Apa yang menyebabkan mereka begitu bersungguh-sungguh tanpa segan silu menggunakan pelbagai gelaran palsu yang entah dari mana datangnya.

8. Hipotesis saya ialah kerana kita hidup didalam masyarakat yang “power distance”nya cukup tinggi. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai tahap “power distance” yang paling tinggi di dunia (Hofstede, 1991).

9. “Power distance” merujuk kepada budaya di mana yang kurang berkuasa memandang tinggi kepada mereka yang lebih berkuasa. Ianya berkait rapat dengan darjat dan kedudukan didalam masyarakat.

10. Ketinggian tahap “power distance” di Malaysia telah lama berakar. Ianya berlaku semenjak zaman feudal dan terus mengukuh di zaman British dan berterusan hingga ke hari ini.

11. Dalam konteks ini, mereka yang mempunyai gelaran akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

12. Oleh itu, tidak peliklah ramai yang sanggup menggunakan pelbagai gelaran palsu dengan harapan masyarakat akan lebih memandang tinggi kepada mereka seterusnya dapat membantu perniagaan dan pelbagai urusan mereka.

13. Selagi tidak ada penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa, penggunaan gelaran palsu ini tidak akan ada penghujungnya.

14. Apabila saya mendapat PhD, anak-anak saya bertanya, “Mengapa abah tidak guna gelaran doktor”. Saya jawab, “Di Australia kita tidak gunakan gelaran di depan nama. Professor sekalipun tidak ingin mereka dipanggil Professor”.

15. Ini adalah budaya di negara yang mempunyai tahap “power distance” yang rendah.

16. Saya masih ingat, di dalam satu majlis di Australia, seorang rakyat Malaysia memperkenalkan diri beliau kepada anak perempuan saya yang ketika itu berusia enam tahun. Beliau kenalkan diri, “Nama saya Dr xxxx”. Anak saya jawab, “Oooo…abah saya pun Dr juga. Tapi kat Australia orang tak panggil dia Dr. Kat Malaysia je orang panggil dia Dr”.

17. Saya tidak kata budaya “power distance” yang rendah adalah lebih baik. Apa yang saya ingin tekankan ialah bagaimana sesetengah dari anggota masyarakat mengambil peluang di atas budaya “power distance” yang tinggi di Malaysia. Penguatkuasaan yang lemah menyebabkan perkara ini berleluasa.

Dr Radzi Jidin
Hobart
Australia
29 September 2016
Untuk FB Page Bicara Malaysia

4 comments:

  1. Akhir sekali penulis sendiri kelihatan bangga mengiktiraf dirinya sebagai Dr.

    ReplyDelete
  2. constantly i used to read smaller articles which also clear their motive, and that is also happening with this article which I am reading here.

    ReplyDelete
  3. I'm impressed, I have to admit. Seldom do I encounter a blog that's both educative and amusing, and without a doubt, you've hit the nail on the head.
    The issue is something which not enough folks are speaking
    intelligently about. Now i'm very happy I found this in my search for something regarding this.

    ReplyDelete
  4. Hi, i read your blog occasionally and i own a similar one and i was just wondering if you get a lot of spam responses?
    If so how do you protect against it, any plugin or anything you can suggest?
    I get so much lately it's driving me insane so any assistance is
    very much appreciated.

    ReplyDelete