Ada orang tanya kenapa saya tidak ucap "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan" seperti ramai wakil rakyat dan ahli politik yang lain?
Bagi saya, rakyat Malaysia masih tidak merdeka dan masih dibelenggu dengan masalah-masalah yang sama sebelum 1957 cuma dalam konteks dan "quantum" yang berbeza.
Malah rakyat Malaysia yang muda kini berdepan dengan kemungkinan besar diperhambakan dengan bebanan hutang negara di masa hadapan.
Contoh-contoh masalah yang masih membelenggu rakyat Malaysia sebelum 1957 sehingga kini:
1) masih ramai yang "kais pagi makan pagi, kais petang bayar hutang yang makan pagi". Yang berbeza hanya relatif
2) masih ramai yang terpaksa bergantung makan gaji kerana peluang berniaga dan kemudahan modal terlalu sukar
3) masih banyak batasan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti menyebabkan berlaku ketidakseimbangan di antara yang kaya dan miskin, Melayu dan bukan Melayu
4) masih dihantui sentimen ragu meragui di antara kaum sehingga rakyat boleh dimanipulasi dengan melaga-lagakan kaum-kaum dan kepercayaan sedangkan golongan bangsawan mesra tanpa mengira kaum
5) masih pekat perasaan feudal dan menunggu golongan bangsawan membela rakyat sedangkan banyak kesengsaraan bermula dari golongan bangsawan
6) masih menggunakan sebahagian besar sistem pemerintahan yang dicipta dari pendekatan dan pemikiran penjajah
7) masih menghukum insan-insan yang berbeza pendapat dengan pemerintah dan bangsawan walaupun mereka hanya menyuarakan keluhan rakyat terbanyak
8) masih lemas dengan "yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin" kerana budaya "aku makan bila dapat peluang" masih bermaharajalela
9) masih takut bersuara, masih menunggu orang lain mulakan langkah untuk mengubah keadaan, masih lebih gemar dengan sindrom "bersimpati dan pasrah dengan nasib badan" lalu menjadi kaku walaupun diganyang
dan banyak lagi.
Merdeka bermula di hati, di dalam jiwa.
Merdeka tidak diukur dari tinggi bangunan, jumlah wang atau jawatan yang kita pangku.
Merdeka itu cerminan tingkah laku kita kerana kita hanya hamba kepada Allah SWT, bukan benda-benda lain di dunia ini.
Saya rasa saya sudah lama merdeka sejak remaja lagi kerana saya memang tidak makan saman dari dulu.
Orang tanya kenapa saya selalu tidak makan saman sejak dari bangku sekolah.
Saya jawab: kalau kita yakin tindakan kita itu betul di mata Allah SWT dan diberikan keredhaan Allah SWT kerana tindakan kita itu, maka apa yang perlu dibimbangi dengan perkara yang ditentukan manusia di dunia (cerca mereka, hukuman mereka, denda mereka dan lain-lain)? Bukankah jika kita yakin tindakan kita itu ikhlas mencari keredhaan Allah, maka Allah akan melindungi kita di dunia dan akhirat? Sebaik-baik pelindung adalah Allah SWT.
Bagi saya itu erti kemerdekaan: bebas dari penghambaan selain dari Allah SWT. Maka kita bebas melakukan tindakan yang betul tanpa takut kepada apa-apa.
Anda bagaimana? Jika setuju bolehlah share .
*Rafizi Ramli*

No comments:
Post a Comment