Monday, September 19, 2016

PH perlu fokos hadapi PRU14, abaikan PAS

PAKATAN HARAPAN MEMERLUKAN FOKUS, ABAIKAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) UNTUK MENGHADAPI  PRU-14.

Oleh : Muhammad Radzi Ismail
Ahli Persatuan Ummah Sejahtera Semalaysia (Pasma) Kelantan

Ucapan Tuan Presiden Pas yang dipetik daripada portal online Malaysiakini yang berbunyi “"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti AMANAH akan melutut kepada kita," katanya selepas menghadiri Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan malam tadi.” Amat mendukacita dan tidak menggambarkan kebijaksanaan seseorang pemimpin yang tidak berpaksikan pada bumi nyata.

Dalam konteks politik demokrasi di Malaysia mahupun dunia, tiada parti yang mempunyai kuasa veto atau menjadi “DE FACTOR” supaya mengikut serta sujud kepada sesuatu parti. Hal ini dapat disaksikan dalam konteks Malaysia dengan kerajaan Barisan Nasional yang terdiri daripada 13 parti komponen politik  seperti MCA,MIC,UMNO dan sebagainya untuk membentuk sebuah kerajaan.

Dengan kenyataan tersebut menunjukkan bahawa sebenarnya Pas sudah mengalami kecelaruan dalam hala tuju. Sebagai seorang pemimpin sesebuah parti seharusnya mengabaikan kepentingan peribadi dan memperjuangkan nasib rakyat. Jika diimbau kembali dalam konteks pilihanraya Malaysia seperti tahun 90 ketika UMNO tumpas di Kelantan dapat menyaksikan bahawa sebuah parti pembangkang tidak boleh mengambil alih dengan bersendirian untuk menumbangkan UMNO. Hal ini jugak dapat terbukti dapat dilihat dalam  pilihanraya pada tahun 98, 2004,2008 dan yang terakhir pada tahun 2013 dengan kesepakatan pembangkang memberi kesan kepada Barisan Nasional.

Selain itu, kepada parti komponen Pakatan Harapan perlulah bertegas serta mengabaikan PAS yang semakin hilang arah. Dengan Pru-14 dijangka akan berlaku dalam suku ketiga atau suku keempat , Pakatan Harapan perlu kukuh dan muafakat untuk menumbangkan Barisan Nasional. Jika diteliti dan dihalusi dalam beberapa perkara lain semasa perjanjian Pakatan Harapan seperti :

1)Sebarang perbezaan pendapat, percanggahan, ketidakpuasan hati atau bantahan dari satu parti terhadap parti sekutu perlu disuarakan mengikut saluran dalaman untuk diselesaikan secara bersama.

2) Tatacara bagi penyelesaian pertikaian antara parti dalam gabungan berkenaan ialah dengan penubuhan Badan Perantara yang menangani sebarang aduan dibawa parti.

3)Kerangka dasar akan dilaksanakan oleh pentadbiran gabungan berkenaan di semua peringkat.

4)Dalam pilihan raya Pakatan Harapan hanya meletakkan satu calon bagi setiap kerusi, selain jawatankuasa pilihan raya bertanggungjawab menentukan agihan kerusi untuk ketiga-tiga parti.

5) Ketiga-tiga parti bersetuju jika ia menjadi kerajaan di peringkat negeri mahupun Persekutuan, ia adalah tertakluk kepada dasar bersama Pakatan Harapan.

Kejayaan sesuatu kerjasama politik amat bergantung kepada keputusan kolektif yang dicapai antara semua parti terlibat.

1 comment: